POV SUMAYYAH..
“Jauh sayang termenung fikir apa tu?.” Soal Umar sambil duduk disebelah isterinya..
“Tak de lah bang.. saya terfikir macam mana lah Umairah sekarang.. Okey ke dia dengan Syafiq.. saya takut Syafiq apa apa kan dia.. saya pernah dengar Umairah kena hina dengan Syafiq bang.” Kata Sumayyah dalam nada yang risau terhadap sahabatnya.
“ Hey sayang! In shaa allah Umairah okey.. kita berdoa supaya Syafiq dapat terima Umairah sebagai seorang isteri.. kalau sayang nak melawat Umairah esok pergilah abang izinkan.. dah sayang jangan fikir sangat sayang tu tengah pregnant.” Ujar Umar sambil mengusap perut isterinya yang membukit.
“Okey abang.. thanksyou!.” Kata Sumayyah dengan teruja sambil mencium pipi suaminya.. dia teruja apabila suaminya beri greenlight untuk berjumpa Umairah.. banyak benda yang ingin dia Tanya kepada Umairah.
Umar hanya menggelengkan kepala melihat keterujaan isterinya..
END POV..
“UMAIRAH.. UMAIRAH SINI KAU!.” Jerit Syafiq daripada atas.
Umairah yang sedang berada di dapur terkejut mendengar jeritan Syafiq yang kuat itu.. tanpa membuang masa Umairah pun bergegas ke atas ..
“Kenapa awak?.” Soal Umairah kepada suaminya..
“Eh perempuan kau tanya aku kenapa?! Kenapa kau tak kejutkan aku awal awal! Kau tahu tak aku dah lewat pergi meeting disebabkan kau! Kau ni memang perempuan tak guna la.. baik tak payah jadi isteri kalau macam ni. Menyusahkan betul la.” Herdik Syafiq kepada Umairah..
“Maaf saya tak tahu awak kerja harini.. saya ingat awak cuti.” Kata Umairah dengan nada yang bergetar..
“Kau ingat aku nak cuti lama lama ke?! Memang takla.. jijik aku nak hadap muka kau dua puluh empat jam.. tak fasal fasal sial kau tu kena dekat aku..mungkin sebab ni kot ayah kau tak suka kau sebab kau ni bawa sial.. kau penyebab mak kau mati!..tapi bagus juga kan juga mak kau mati tak de lah dia hadap perempuan yang bawa sial macam kau.” Ujar Syafiq dengan sinis sambil memandang Umairah yang hampir menitiskan air mata.
PANG..
“Awak jangan nak kurang ajar sangat Syafiq! Awak tak de hak nak kata saya macam tu.. ye memang saya punca mak saya mati.. kalau saya tak lahir dekat dunia ni mungkin mak saya ada lagi.. dan saya pun takkan kahwin dengan lelaki kejam macam awak ni!.”Kata Umairah teresak esak.
“Shitt! Kurang ajar kau.. berani kau tampar aku! Eh sedar diri sikit perempuan! Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau ha! Kau tak layak untuk aku malah untuk semua lelaki dekat dunia ni sebab takut sial kau tu lepas dekat diorang.” Ujar Syafiq dengan sinis sambil menolak Umairah dengan kuat. Kepala Umairah terkena bucu meja Syafiq. Umairah mendesis kesakitan apabila terdapat cecair merah yang mengalir dikepalanya.
Syafiq hanya tersenyum sinis dan berlalu pergi ke pejabatnya tanpa menghiraukan Umairah yang mendesis kesakitan itu.. Umairah bangun untuk keluar dari bilik suaminya sambil memgang kepalanya yang berpinar pinar itu. Dia menangis teresak esak betapa kejam suaminya terhadap dia..
‘Ya allah kalau ini ujian yang kau berikan kepadaku..kau kuatakan lah aku untuk berhadapan dengan suamiku ya allah’ doa Umairah didalam hati.
Talefone Umairah bendering.. Umairah melihat siapakah yang menelefonenya.. rupa rupanya sahabatnya Sumayyah.
“Assalammualikum Mairah.. aku dengan Umar ada dekat depan rumah kau ni.. buka la pintu.” Ujar Sumayyah.
“Waalaikumussalam tak cakap pun nak datang.. kejap aku buka pintu.” Kata Umairah.
Umairah bangun untuk membuka pintu rumahnya.. dia menghiraukan kepalnya yang sedang berpinar pinar ..Penglihatan Umairah semakin kabur dan akhirnya Umairah pengsan.
Prangg bunyi sesuatu yang jatuh mengejutkan Sumayyah yang belum mematikan panggilan talefone tersebut..
“Mairah… Mairah weyh kau okey tak?.” Soal Sumayyah dengan cemas apabilan soalannya tidak disahut oleh Umairah..
“Abang saya risau la apa apa jadi dekat Umairah kita masuk bang..” kata Sumayyah dengan cemas.
Tanpa membuang masa mereka masuk kedalam rumah Syafiq.. nasib baik pintu rumah Syafiq tidak berkunci.. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat susuk tubuh Umairah yang terbaring di atas lantai dan di kepalanya terdapat cecair merah yang banyak.
“Ya allah.. Mairah bangun Mairah.. abang kita bawa Umairah pergi hospital.” Kata Sumayyah sambil menangis apabila melihat sahanatnya tidak sedarkan diri.
“Sabar yang kita bawa Umairah pergi hospital izinkan abang angkat Umairah ye sayang.” Ujar Umar.. dia melihat angukan dari isterinya. Tanpa membuang masa Umar mengangkat Umairah masuk kedalam kereta audi miliknya..
YOU ARE READING
LAYAKKAH AKU
Non-FictionBerdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirkan oleh ayahnya... Kerana bagi ayahnya umairah lah punca isterinya meninggal... umairah dibenci oleh...