BAB 13💐

4.9K 159 7
                                    

"Eh Umairah pergi la naik atas." Ujar Puan Sri Zaleha.

"Eh tak pe la mommy. Mairah nak tolong mommy kesian mommy buat kerja sorang sorang." Umairah sengaja mencipta alasan supaya dia tidak bertemu dengan Syafiq.

"Eh takpelah mommy dah biasa dah. Dah pergi naik atas kesian Syafiq dah lama dia tunggu kamu." Ujar Puan Sri Zaleha.

"Baik mommy." Umairah naik kebilik suaminya dengan terpaksa.

TOK...TOK...TOK..

Umairah masuk ke dalam bilik Syafiq dengan perasaan gementar.

"Wujud lagi kau eh. Ingat dah mampus. Kau sini perempuan." Panggil Syafiq.

Tanpa membuang masa Umairah melangkah ke arah suaminya.

"Eh kau mengadu dekat Umar kan yang aku tinggal kau dekat tepi jalan! Kau mengadu apa lagi dekat dia hah perempuan?!." Tengking Syafiq sambil mencengkam pipi Umairah dengan kuat.

"Lepaslah. Sakit.. saya tak mengadu apa ii pun dekat dia Syafiq. Sumpah!." Kata Umairah teresak-esak.

"Sakit! Sakit lagi hati aku kena kahwin dengan perempuan sial macam kau ni! Tak sampai sehari jadi isteri aku. Kau dah tunjuk belang.Eh kau tak payah tipu lah cakap je la kau mengadu dekat Umar kan?.!." Tengking Syafiq dan melepaskan cengkaman tersebut.Dia berasa puas melihat Umairah yang sedang menangis teresak-esak.

" Ya Allah.. sumpah saya tak mengadu apa apa dekat dia terpulang lah awak nak percaya atau tak." Ujar Umairah.

"Tch lepas ni aku tak nak kau masuk campur urusan aku. Kau hal kau. Aku hal aku. Kita buat hal masing masing. Aku tak nak kau halang aku dengan Sofea. Sebab aku hanya cintakan dia.not you. Bila depan family aku nak kita berlakon yang kita bahagia. Faham?!." Ujar Syafiq sambil menunjal kepala Umairah.

"Fa..faham." kata Sumayyah yang sedang menagis teresak-esak.

"Good.ha lagi satu kau tidur atas lantai. Aku tak nak satu katil dengan perempuan sial macam kau. Jijik!." Kata Syafiq tersenyum puas dan berlalu pergi meninggalkan Umairah.

Umairah terduduk menangis teresak-esak apabila Syafiq menganggapnya begitu.

Umairah hanya tidur dia atas lantai beralaskan kain tuala yang dibawa olehnya. Betapa kejamnya Syafiq terhadap dirinya. Tiada sedikit pun belas kasihan lelaki itu terhadapnya.

"Awak... Bangun solat subuh." Dengan berhati hati  Umairah mengejut suaminya.

"Bising la kau ni." Kata Syafiq dengan kasar.

"Awak bangunlah solat. Lepas dah solat awak tidur la balik." Kata Umairah dengan lembut.

"Eh kalau kau nak solat. Solat je la tak payah nak ajak aku. Menyemak betul la kau ni." Tengking Syafiq.

"Ma..maaf." kata Umairah sambil menahan air matanya daripada mengalir.

"Dah bla sana." Dengan kasar Syafiq berkata.

Tanpa membuang masa Umairah pun menunaikan solat subuh tanpa berimamkan suaminya.

Usai menunaikan solat subuh. Umairah pun bersiap turun ke bawah untuk membuat sarapan.

Tibanya dia di dapur dia terlihat susuk ibu mertuanya yang sedang menyediakan bahan untuk membuat sarapan pagi.

"Mommy nak masak ap?." Soal Umairah kepada ibu mertuanya.

"Eh Maira terkejut mommy. Mommy nak buat nasi goreng je. Awal Maira bangun?. " Soal Puan Sri Zaleha.

Maira dah biasa bangun awal.lagipun lepas subuh tak elok sambung tidur nanti rezeki tak masuk..biar Maira yang buat sarapan pagi mommy duduk je okey." Kata Umairah sambil tersenyum manis.

"Eh tak pe lah mommy boleh buat.. Maira rehat je.. mesti penat melayan tetamu semalam tak habis lagi." Ujar Puan sri Zaleha.

"Tak de lah mommy.. Maira tak penat pun... Mommy tu patut rehat kesian pula Maira tengok mommy dari semalam lagi tak berhenti buat kerja dengan kena layan tetamu lagi mesti mommy penat.. jadi biar Maira pula buat sarapan.. lagipun Maira dah biasa buat semua ni... Mommy rest je okey." Kata Umaira kepada ibu mertuanya.

"Yelah Maira." Ujar Puan sri Zaleha dengan senyuman yang manis.. Dia bersyukur kerana dikurniakan menantu sebaik Umairah. Dia berharap perkahwinan anak dan menantunya berkekalan sehingga Jannah.

Usai menyiapkan sarapan pagi Umairah menghidangkan untuk mereka makan bersama sama.

"Morning mommy."  Ujar Syafiq sambil duduk di kerusi meja makan.

"Morning too..Amboi morning dekat mommy je ke? ." Soal Puan sri Zaleha.

"Eh! Morning sayang." Ucap Syafiq dengan senyuman plastik.

"Morning too." Umairah hanya membalas dengan senyuman janggal.

Umairah meletakkan nasi goreng di dalam pinggan dan memberikan kepada suaminya.

"Thank sayang." Ucap Syafiq sambil tersenyum manis.

Umairah hanya membalas dengan senyuman yang kelat dia tahu bahawa suaminya hanya berlakon sahaja  di hadapan Puan sri Zaleha dan Tan Sri Kamil.

"Ha kamu berdua dah berbincang nak honeymoon dekat mana?." Soal Tan Sri Kamil.

"Kami tak bincang lagi daddy.. lagipun Umairah cakap dekat Fiq dia  tak kesah pun kalau tak pergi honeymoon... Honeymoon dekat rumah pun dah cukup kan sayang." Syafiq mengeyitkan matanya kepada Umairah.

"Betul daddy.. Umairah tak kesah pun kalau tak pergi honeymoon." Ujar Umairah dengan senyuman kelat.

"Nanti kalau dah bincang nak pergi honeymoon bagi tahu daddy.. nanti daddy sponser tiket dengan hotel sekali." Kata Tan Sri Kamil kepada anak dan menantunya.

"Fikir cepat cepat tahu mommy tak sabar nak ada cucu." Ujar Puan sri Zaleha dengan ceria.

Uhuk...uhuk..uhuk..

Umairah tersedak mendengar kata kata daripada ibu mertuanya.

" Eh Sayang ni lain kali makan hati hati." Syafiq menghulurkan air kepada Umairah..

"In shaa Allah mommy kalau ada rezeki adalah." Kata Syafiq sambil tersenyum.

'mommy ingat aku nak sentuh ke perempuan kampung ni. Memang tak lah aku nak sentuh jijik. Mati hidup balik pun aku tak sanggup.' desis Syafiq di dalam hatinya.

"Emm mommy Syafiq nak bawa Umairah balik rumah Fiq harini." Kata Syafiq.

"Eh awalnya tak puas mommy nak spend time dengan menantu kesayangan mommy." Ujar mommynya dengan nada perlahan.

"Eh awak ni sayang biarlah Fiq nak bawa bini dia balik rumah dia.. mana tahu tak lama lagi kita dapat cucu.. untung kita tau." Kata Tan Sri Kamil dengan senyuman yang nakal.

"Betul juga tu bang. Ha tak pe lah Fiq balik la rumah Fiq tapi jangan lupa tiap tiap minggu balik sini mommy nak juga spend time dengan menantu mommy ni." Ujar Puan Sri Zaleha.

"Baik mommy." Kata Syafiq dan menyambung makan.































LAYAKKAH AKUWhere stories live. Discover now