BAB 16💐

5.5K 187 7
                                    

Mereka menunggu Umairah di luar bilik kecemasan.

“Abang dah bagitahu Syafiq?.” Soal Sumayyah.

“Dah sayang..kejap lagi dia sampai la tu..jangan risau okey.” Ujar Umar.

“Abang saya rasakan  Umairah jadi macam ni disebabkan Syafiq la.” Kata Sumayyah sambil memandang suaminya.

“Tak baik tuduh orang tanpa bukti sayang.” Ujar Umar kepada isterinya.

“Sorry bang..tapi kan abang perasan tak lebam dekat tepi bibir Umairah macam kena tampar.” Kata Sumayyah.

“Abang pun perasan tapi takkan la Syafiq nak buat Umairah macam tu.” Ujar Umar.

Pintu bilik kecemasan dibuka oleh doktor yang merawat Umairah. Sumayyah dan Umar bangun dengan serentak dan pergi kearah doktor yang merawat Umairah.

“Doktor macam mana dengan kawan saya?.” Soal Sumayyah dengan nada yang cemas. Umar yang berada disebelah hanya menunggu jawapan yang keluar dari mulut doktor perempuan tersebut.

“ Alhamdullilah semuanya okey.. kawan awak hanya menerima tiga jahitan di dahi akibat hentakan yang kuat... tapi jangan risau kawan awak stabil..” Kata doktor perempuan tersebut.

“Baiklah doktor..boleh kami masuk?.” Soal Sumayyah.

“Boleh..kalau tak de apa apa saya pergi dulu .” kata doktor tersebut sambil tersenyum dan berlalu pergi.

Umairah perlahan lahan mencelikkan matanya..

“Eh Maira kau dah sedar. Nak apa apa tak.?” Soal Sumayyah.

“Nak air. Macam mana aku boleh ada kat sini?. Bukan tadi aku kat rumah ke.?” Soal  Umairah.

“Kau pengsan masa kitorang datang rumah kau tadi.” Kata Sumayyah sambil menghulurkan air kepada Umairah..

“Ouh.. maaf susahkan korang.” Ujar Umairah.

“Eh tak takdelah.. aku kan kawan kau takkan time kawan sendiri sakit aku tak tolong..kan abang.” Kata Sumayyah.

“Betul tu Umairah.. tak menyusahkan kitorang pun.” Kata Umar.

“Thankyou.” Ucap Umairah.

“Ha ni aku nak tanya.. kepala kau tu kena apa?.” Soal Sumayyah.

Glupp..Umairah terkejut dengan soalan Sumayyah.

‘Apa aku nak jawab apa ni.. takkan nak cakap Syafiq yang buat.’ Desis Umairah dalam hati.

“Aku terjatuh..lepas tu terkena meja.” Jawab Umairah .

“Yeke tah tah suami….

Belum sempat Sumayyah menghabiskan ayatnya..percakapan nya dipotong oleh Syafiq.

“Eh korang pun ada kat sini. Ingat korang balik da tadi.” Kata Syafiq apabila melihat sahabatnya masih ada disitu.

“Kitorang tunggu kau sampai baru balik. Ni kitorang balik dululah.” Ujar Umar.

“Ha okey ii.” Kata Syafiq.

“Umairah aku balik dulu tahu.. Syafiq kau jaga kawan aku ni elok elok.” Pesan Sumayyah kepada Syafiq.

“Ye aku jaga dia elok elok.. dia kan isteri aku.. tak kan aku nak dera dia kan sayang.” Kata Syafiq dengan senyuman yang penuh makna.

Umairah hanya mengiyakan kata kata yang keluar dari mulut suaminya.

“Kalau macam tu kitorang mintak diri dulu. Assalamualaikum.” Kata Umar dan keluar dari wad tersebut.

“Waalaikumussalam.” Ujar mereka serentak.

Setelah bayang bayang Umar dan Sumayyah tiada Syafiq mendekati isterinya dan…

PANGG..

Syafiq menampar pipi Umairah dengan kuat.

“Kenapa awak tampar saya ?.” soal Umairah.

“Disebabkan kau lah aku terpaksa batalkan date aku dengan Sofea sampaikan dia merajuk dengan aku..Kalau bukan disebabkan mommy suruh aku datang sini memang tak la aku nak datang tengok perempuan jiik macam kau..

aku ingat bila aku datang sini kau da mampus rupanya belum.. mungkin kau belum puas kena seksa dengan aku kan. Tah ii kau nak attention dari aku kan sebab tu kau pura pura sakit. Ye la kau kan kurang kasih sayang.” Kata Syafiq dengan sinis.

“Kenapa awak lebihkan Sofea saya isteri awak bukan dia.” Ujar Umairah teresak esak.

“Tchhh. Sofea adalah segala galanya dalam hidup aku. Dia perempuan yang paling aku cinta. Dia saja yang layak untuk jadi isteri dan ibu kepada anak anak aku bukannya kau..

kau tu Cuma isteri yang tak diiktiraf.. kau tu perempuan pembawa sial.. perempuan yang paling jijik.. dah la miskin. Dan kau paling tak layak untuk berada disisi aku.eh dah lah aku nak balik malas nak hadap perempuana jijik macam kau ni” Kata Syafiq sambil menekan luka Umairah.

Umairah terkelu mendegar kata kata suaminya.. dia kecewa dengan sikap suaminya..dia inginkan kasih sayang dari suaminya bukan kebencian dari suaminya..

“Awak sakit.” Umairah mendesis kesakitan apabila suaminya menekan lukanya.

“Sakit ke? Alala kesiannya.. kau tengok muka aku ni ada nampak aku kesah.. aku lagi suka tengok kau terseksa..aku lagi suka tengok kau dalam kesakitan..” Ujar Syafiq sambil ketawa sinis melihat isterinya.

“Apa yang awak dapat bila buat saya macam ni?.” Air mata  mata yang mengalir dibiarkan begitu sahaja.

“Apa yang aku dapat? Kepuasan YES.. aku dapat kepuasan bila seksa kau.. aku puas tengok kau terseksa disebabkan aku.” Ujar Syafiq sambil ketawa jahat..

“Awak lagi puas kan kalau saya mati?.” Soal Umairah.

“YES..aku lagi puas kalau kau mati!.” Syafiq gelak sinis..    

Umairah terkedu.. air matanya mengalir dengan deras.. dia kecewa akan suaminya..Suami patut jadi pelindung buat isteri.. suami patut melayan isterinya dengan penuh kasih sayang. Bukannya menyeksa dan mendera isteri.. martabat wanita itu tinggi..

“Dah tak payah nak buat drama air mata kau kat sini. Jom balik rumah.. menyusahkan betul.” Ujar Syafiq dan meninggalkan Umairah..

Umairah mengelap air matanya sebelum keluar dari wad tersebut..

LAYAKKAH AKUWhere stories live. Discover now