"Sampai hati you Syafiq sanggup tipu i..you sanggup mungkir janji you dekat i." Kata Sofea dengan nada yang marah.
“I buat apa dekat you?.. bila masa I tipu you.” Soal Syafiq dengan hairan.
“Tak payah buat tak tahu lah Syafiq.” Kata Sofea sambil membuat muka menyampah.
“Masalahnya I tak tahu I buat apa dekat you.. tipu apa pun I tak tahu.” Ujar Syafiq.
“You kata you takkan sentuh perempuan pembawa malang tu.. tapi you tipu i.. you buat perempuan tu sampai mengandung..how dare you!.” Marah Sofea.
Syafiq terkedu..macam mana Sofea boleh tahu sedangkan dia tidak pernah bagi tahu Sofea.
“Sorry Sofea I tak sengaja.. I tak nak pun anak tu.. I promise I akan ceraikan perempuan tu lepas dia bersalin lepas tu kita kahwin please Sofea.” Ujar Syafiq sambil memengang tangan Sofea.
“Tch.. You know what Syafiq.. sebenarnya I tak cintakan you pun.. betul cakap isteri you I Cuma gunakan you.. You nak tahu sebab apa?.. sebab I nak duit you je bukan you..Hahahah pity you Syafiq.. Sekarang you dah rasa macam mana isteri you rasa bila tak dihargai right..
I ingat you ni cerdik tapi rupa rupanya tak de lah cerdik sangat sebab tu you mudah percayakan i.. ouh lupa pula nak bagi tahu.. bulan depan I nak kahwin dengan lelaki yang lagi hebat dari you… jangan tak datang pula.. ajak la isteri you sekali..Bye.” Kata Sofea dengan sinis dan pergi meninggalkan Syafiq yang sedang tercengang itu.
Syafiq terkedu.. sungguh dia tak sangka selama ni dia hanya dipermainkan oleh Sofea.. begini ke perasaan isterinya ketika cinta tak dihargai oleh orang yang kita sayang.Membuak-buak kemarahan yang ingin dihamburkan kepada Sofea kerana sanggup mempermainkan dia.
Umairah menunggu kepulangan suaminya sambil mengusap kandungannya yang semakin sarat. Lagi sebulan sahaja Umairah bakal melahirkan anak sulungnya.. Dia tidak sabar ingin melihat wajah anaknya.. Umairah mendengar enjen kereta milik suaminya . Umairah pergi kearah Syafiq dan mencium tangan Syafiq. Syafiq abaikan Umairah dan terus berlalu naik ke atas.
“ARGHHHH…” Umairah mendengar jeritan suaminya dan bergegas naik ke atas untuk melihat keadaan suaminya.
“Awak kenapa ni?” Soal Umairah apabila melihat keadaan Syafiq yang sedang mengamuk itu.
“Kenapa kau tak bagi tahu aku.. selami ni Sofea hanya gunakan aku.. kenapa?!.. Kau tahu tak aku rasa diperbodohkan oleh Sofea.. selama ni aku bagi semua apa yang dia nak.. tapi apa yang aku dapat.. apa kurangnya aku sampai dia buat aku macam ni.. kenapa?.” Herdik Syafiq.
Terangkat bahu Umairah apabila diherdik oleh Syafiq.
“Awak lupa atau buat-buat lupa Syafiq.. haritu saya dah bagi tahu awak dah.. tapi awak tak percayakan saya.. malah awak pukul saya sampai saya masuk hospital Syafiq.. banyak kali dah saya bagi tahu awak Sofea hanya gunakan awak.. bukan saya sahaja yang bagitahu.. tapi daddy, mommy dan kawan- kawan awak pun dah bagi tahu tapi awak tak percaya.” Ujar Umairah.
“Kau nak salahkan aku lah ni perempuan!.” Tengking Syafiq.
“T..tak cuma saya dah pesan banyak kali dah dekat awak tapi awak tak nak dengar.” Ujar Umairah.
“Memang aku tak percayalah apa yang kau cakap.. sebab kau dengan dia dua- dua sama je.. dua- dua gilakan harta aku.. kau dengan dia sama je sampai sanggup gadaikan maruah kau dekat lelaki lain untuk kesenangan diri sendiri.. maruah kau hanya dekat tapak kaki aku je.” Herdik Syafiq.
Umairah menolak Syafig dengan kuat sehingga suaminya itu jatuh.
“Awak jangan nak melampau sangat Syafiq.. awak jangan nak samakan dia dengan saya.. saya masih ada maruah diri.. saya tak bodoh nak jual maruah saya semata- mata untuk kesenangan diri saya.. awak yang buat saya Nampak murah dimata awak.” Tanpa sedar Umairah telah menaikkan suaranya kepada Syafiq.
“Berani kau tolak aku perempuan.. kau nak mampus awal ke ha..kenapa kau nak marah bila aku samakan kau dengan dia?.. eh kau dengan dia sama je dua-dua murah.. tak de harga diri..sanggup gadaikan maruah sebab harta.. kau dengar sini kalau tak disebabkan daddy aku.. memang tak lah aku nak kahwin dengan perempuan pembawa malang dan perempuan sial macam kau ni.. jijik tahu tak.. dapat kau ni sebagai isteri baik kau dengan anak kau ni mampus je.. tak delah nak menyusahkan aku” Tanpa sedar Syafiq menolak tubuh Umairah sehingga jatuh tangga.
Syafiq terkedu dengan tindakannya..sumpah ini semua luar kawalan Syafiq.. kerana tidak dapat menahan barannya... dengan patas Syafiq berlari kearah Umairah.
“A…awak anak saya… t..olong se..lamatkan anak saya...S..aya cintakan awak Syafiq dunia akhirat.”Suara Umairah tersekat- sekat akibat menangung kesakitan..Umairah mengusap perutnya.. dia berharap anaknya selamat.. perlahan lahan mata Umairah terpejam.
“No.. no kau tak boleh pejam mata Umairah.. aku pun cintakan kau.. please buka mata sayang.. aku minta maaf buka lah mata kau sayang.. aku tak nak hilang kau.. aku cintakan kau.. maafkan aku sayang.” Air mata Syafiq mengalir lebat.. diaa tidak sanggup untuk kehilangan isterinya.. Syafiq menyesal dengan tindakkan nya.. dia bodoh kerana tak dapat mengawal baran nya.
Tanpa membuang masa Syafiq mengangkat isterinya untuk dibawa ke hospital..Dia berharap isterinya dan anak dalam kandungan isterinya baik-baik sahaja.
“Fiq Umairah macam mana?.” Soal Encik Malik dia risau akan keadaan anak perempuan nya.
“Doktor yang rawat Mairah tak keluar lagi ayah.” Jawab Syafiq dengan lemah.
“Apa yang jadi sebenarnya Fiq?.” Soal Puan Sri Zaleha.
“Semuanya salah Fiq mommy..kalau bukan disebabkan Fiq semuanya takkan jadi.”Syafiq menceritakan semuanya yang telah dia lakukan kepada Umairah.
PANGG
“Sampai hati Fiq buat Mairah macam tu.. apa salah Mairah sampai Fiq seksa dia macam tu..Tergamak Fiq kan..Mommy kecewa dengan Fiq..selama ni Mairah tak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri..
"dia layan Fiq dengan baik.. dia berdoa suapaya Fiq boleh terima dia sebagai seorang isteri..cinta kan dia..tapi apa yang dia dapat.. Fiq seksa dia..Fiq hina dia..Suami jenis apa kamu ni..Mommy tak pernah ajar anak mommy jadi dayus.. isteri bukannya untuk diseksa.. isteri perlukan kasih sayang daripada suami dia sendiri..Fiq sepatutnya lindungi dia bukan seksa dia.” Herdik Puan Sri Zaleha.
“Daddy kecewa dengan kamu..daddy tak sangka perangai kamu seteruk macam ni.. daddy tak pernah ajar anak daddy naikkan tangan dekat perempuan..kalau Fiq buat dia macam tu disebabkan harta..Fiq silap sebab Mairah tak pernah menginginkan harta Fiq.. dia hanya ingin Fiq cintakan dia.. sayangkan dia.. layan dia macam seorang isteri Fiq.” Kata Tan Sri Kamil dengan marah.
“Ayah ingatkan Fiq betul-betul cintakan anak ayah..Ayah lepaskan satu-satu nya anak ayah dekat Fiq sebab ayah ingat Fiq mampu jaga Mairah..Fiq mampu beri kasih sayang yang cukup dekat anak ayah..cukuplah selama ni dia terseksa disebabkan ayah…rupanya ayah silap..anak ayah lagi terseksa bila hidup dengan Fiq..
selama ni Mairah tak pernah mengadu apa-apa dekat ayah selama ni..ayah ingat Mairah bahagian hidup dengan kamu..rupanya ayah silap..Jujur ayah betul-betul kecewa dengan Fiq..satu-satunya anak ayah diseksa macam binatang dengan suami dia..lepas sahaja dia bersalin aku nak kau lepaskan anak aku..aku tak nak anak aku hidup dengan iblis macam kau.” Herdik Encik Malik.
“Maafkan Fiq mommy, daddy, ayah.. Fiq menyesal dengan apa yang Fiq buat.. ayah please bagi Fiq peluang untuk bahagiakan Umairah..Fiq tak nak lepaskan Umairah..Fiq cintakan isteri Fiq ayah..ayah minta lah Fiq buat apa pun . Tapi jangan minta Fiq untuk lepaskan isteri Fiq.” Syafiq melutut dihadapan kaki ayah mertuanya sambil menangis teresak-esak.
Encik Malik hanya memandang Syafiq dengan pandangan kosong..sakit hatinya apabila anaknya diperlakukan seperti binatang oleh suami sendiri.
YOU ARE READING
LAYAKKAH AKU
Non-FictionBerdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirkan oleh ayahnya... Kerana bagi ayahnya umairah lah punca isterinya meninggal... umairah dibenci oleh...