BAB 26💐

9.9K 233 15
                                    

Doktor Adam yang merawat Umairah sudah keluar daripada bilik rawatan kecemasan tersebut.

"Doktor macam mana keadaan isteri dan anak saya doktor?." Soal Syafiq dengan nada yang risau.

"Alhamdulillah anak awak selamat..cum.."

"Isteri saya selamatkan doktor?."Syafiq memotong percakapan Doktor Adam.

"Maafkan saya isteri encik dalam keadaan kritikal..isteri encik telah kehilangan banyak darah serta keadaan badan isteri encik sangat lemah.. hentakan di kepala isteri encik juga kuat dan terdapat darah beku dikepala Puan Umairah..Puan Umairah dalam keadaan koma dan kemungkinan untuk Puan Umairah sedar hanya 50/50.. Puan Umairah ada di wad icu sekarang.. hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk masuk...kalau tak de apa-apa saya minta diri dulu."Ujar Doktor Adam dan berlalu pergi.

Mereka semua terkedu mendengar kenyataan yang keluar dari doktor tersebut.Puan Sri Zaleha menangis didalam dakapan suaminya.Encik malik jatuh terduduk mendengar kata doktor tersebut.

"Ya Allah isteri aku." Raung Syafiq apabila medengar berita tersebut.

"Kau memang tak guna Syafiq..disebabkan kau anak aku terlantar dekat hospital..lepas sahaja Umairah sedar aku nak kau lepaskan dia..anak aku lebih layak dapat lelaki yang lebih baik dari kau..aku tak benarkan kau masuk untuk tengok Umairah." Kata Encik Malik dengan bengis.

"Ayah tolong lah ayah...Fiq nak tengok keadaan isteri Fiq... Fiq nak jaga dia please izinkan Fiq masuk ayah Fiq merayu sangat."Syafiq melutut dikaki ayah mertuanya sambil menangis teresak-esak.Mommy dan daddy Syafiq cuba untuk menenangkan Syafiq tapi tidak Berjaya.

"Baik aku izinkan tapi lepas sahaja dia sedar aku nak kau pergi dari hidup dia."Kata Encik Malik dan berlalu pergi.

Tanpa membuang masa Syafiq masuk kedalam wad yang menepatkan isterinya..luluh hatinya apabila melihat isterinya yang terlantar serta banyak wayar yang berselirat di tubuh isterinya.

"Sayang bangunlah..abang rindukan sayang..abang minta maaf sebab selama ni abang banyak seksa sayang,maki sayang,abang bodoh sebab terlalu ikutkan nafsu sehingga sayang yang menjadi mangsa...tapi sayang tak pernah melawan cakap abang..sayang tetap jalankan tanggungjawab sayang sebagai seorang isteri..abang minta maaf tolonglah buka mata sayang..abang rindukan sayang..sayang memang dah tak nak tengok muka abang dah ke.. sayang dah janji kan takkan tinggalkan abang, kenapa sayang mungkiri janji."

"Sayang tak nak tengok anak kita ke sayang..anak kita comel sangat muka dia sebiji macam sayang..bangunlah sayang abang rindu nak dengar suara sayang..abang bodohkan bila dah jadi macam ni abang baru sedar betapa pentingnya sayang dalam hidup abang..betapa abang cintakan sayang..tapi semuanya dah terlambatkan..mesti sayang bencikan abang kan..abang bodoh tak dapat bezakan kaca dan permata..abang terlalu lebihkan perempuan lain daripada sayang.

"Maafkan abang sebab dah banyak kecewakan sayang..abang tak layak untuk sayang..sayang terlalu sempurna..sayang ibarat bidadari yang Allah kurniakan untuk abang tapi abang sia-siakan..bodohkan abang..abang suami yang dayus..abang sanggup pukul bidadari yang Allah hadirkan untuk abang..sumpah abang menyesal dengan apa yang abang buat dekat sayang..abang bodoh sebab tak pernah nak dengar nasihat daripada semua orang..

"Abang terlalu ego..abang ingat abang boleh hidup tanpa sayang rupanya tak..sekarang semua orang bencikan abang.. ayah pun suruh abang ceraikan sayang..abang tak sanggup nak lepaskan sayang..sumpah abang menyesal..padan muka abangkan..abang memang layak dapat semua ni..sayang tolonglah bangun..sayang tak nak ke kita besarkan anak kita sama-sama hmm.. please bangun untuk abang dan anak kita."UJar Syafiq sambil mengengam tangan isterinya air mata yang mengalir dibiarkan..Tanpa Syafiq sedar air mata Umairah mengalir.

"Maaf menganggu saya nak bagi anak encik."Kata jururawat tersebut dan berlalu pergi.

Syafiq mendukung anak lelakinya dan pergi kearah Umairah

"Maafkan papa sayang...papa berdosa dengan kamu dan mama.. papa terlalu kejam sampai sanggup suruh mama untuk gugurkan kamu..maafkan papa ya sayang."Ujar Syafiq sambil mencium dahi anaknya..air mata yang mengalir dibiarkan.

Secara tiba-tiba anaknya menangis dengan kuat.

"SHHH...sayang rindu mama ke?."Soal Syafiq kepada anaknya..Syafiq meletakkan anak lelakinya di atas dada Umairah.. Secara automatic tangisan anaknya berhenti.

"Nampaknya anak kita rindukan awak sayang..sayang tak nak bangun ke kesian anak kita."Kata Syafiq dalam tangisan..Air mata Umairah mengalir lagi sekali..Dan secara tiba tiba dada Umairah berombak..

TIT....TITT...TITT...

Mesin dengupan jantung Umairah secara tiba tiba berbunyi..

"Doktor tolong selamatkan isteri saya doktor."Jerit Syafiq.

"Encik sila keluar..kami nak buat pemeriksaan."Kata doktor tersebut.

"Fiq tak kuat mommy..Fiq nak isteri Fiq mommy."Rintih Syafiq dalam pelukkan mommynya.

"Shhhh...anak mommy kuatkan..kita berdoa supaya Umairah selamat ye sayang."Sayu hatinya melihat anak lelakinya begitu..Ini pertama kali dia melihat Syafiq begitu lemah.

Hampir setengah jam mereka menunggu doktor tersebut..dan akhirnya doktor itu keluar dari bilik yang menempatkan Umairah.

"Doktor isteri saya okey kan?."Soal Syafiq.

Melihat gelengan daripada doktor tersebut membuatkan Syafiq terkedu.

"Doktor tipu kan."tengking Syafiq.

"Maafkan saya isteri encik kami tak dapat selamatkan..kami dah cuba sedaya upaya tapi Allah lebih sayangkan isteri encik..maafkan saya."Kata doktor tersebut dengan sayu dan berlalu pergi.

Encik Malik..serta Puan Sri Zaleha dan Tan Sri Kamil terkejut mendengar kata-kata doktor tersebut..masing-masing menghamburkan tangisan dengan kuat.

"Mommy dia tipu kan?..isteri Fiq hidup lagikan mommy."Raung Syafiq dengan kuat.

"Fiqq..ister Fiq dah tak de nak...Fiq kena terima qada dan qadar..biarlah Umairah berehat...didunia dia terseksa..biarlah dia berehat di alam sana...Fiq reda ye nakk..Fiq lepaskan dia..ingat Umairah dah tinggalkan hadiah yang bernilai untuk Fiq..Fiq jaga anak Fiq seperti mana Mairah lindungi anak dia daripada Fiq dulu..pergilah masuk untuk tengok jenazah isteri kamu." Ujar Puan Sri Zaleha.

Dengan langkah yang longlai Syafiq berlalu pergi kearah bilik yang menempatkan isterinya..hampir jatuh terduduk Syafiq apabila melihat isterinya yang ditutupi oleh kain putih tersebut.

"Kenapa sayang tinggalkan abang...Sayang dah penat ke..mesti sayang penat kan hidup dengan abang.. sekarang sayang betul-betul dah pergi dari hidup abang..macam mana abang nak besarkan anak kita tanpa sayang..rehat lah sayang..rehat lah secukup-cukupnya..abang izinkan..abang reda sayang..

"abang nak sayang tahu abang akan cintakan sayang sampai akhir hayat abang..tunggu abang dan anak kita di syurga ye sayang..abang cintakan sayang dunia dan akhirat."Syafiq mencium dahi isterinya dengan lama seperti tidak ingin melepaskan ciuman didahi isterinya..air mata Syafiq mengalir dengan lebat..Wajah isterinya kelihatan sangat tenang..bibir nipis itu mengukirkan senyuman.

LAYAKKAH AKUWhere stories live. Discover now