“Fiq betul ke dengan keputusan Fiq ni nak?” soal Puan Sri Zaleha dengan nada yang sebak.
“Betul mommy ni jelah satu satunya cara Fiq untuk tebus balik apa yang Fiq dah buat dekat isteri Fiq.” Ujar Syafiq.
Tanpa membuang masa Syafiq masuk ke dalam Balai Polis untuk menyerahkan dirinya atas kesalah mendera isterinya.
“Ye ada apa yang saya boleh bantu?” soal pegawai polis lelaki tersebut.
“Saya nak serah diri .” ujar Syafiq.
“Atas kesalahan apa ye?” soal pegawai lelaki tersebut.
“Saya dera isteri saya..saya tolak dia jatuh tangga sampai dia gagal diselamatkan.” Ujar Syafiq dalam keadaan sebak apabila teringat balik apa yang dia lakukan terhadap arwah isterinya..sangatlah kejam.
“Baiklah cik..mahkamah akan buat keputusan..buat masa ni cik kena dimasukkan ke dalam penjara dulu..sehingga tarikh pembicaraan.” Ujar pegawai polis tersebut
“Jaga diri Fiq dekat sana nanti..jangan buat perkara diluar kawalan..nanti mommy daddy akan selalu melawat Fiq.”Kata Daddynya dalam nada yang sebak..ayah mana je sanggup tengok anak sendiri jadi macam tu.
Tiba Hari Perbicaraan kes tersebut
“Dengan ini Syafiq Farhan Bin Kamil dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun dan didenda sebanyak dua puluh ribu atau kedua keduanya sekali.” Ujar hakim tersebut.
“Mommy jaga anak Fiq dengan penuh kasih sayang..cakap dekat Qadri yang Fiq sayangkan dia sangat sangat..nanti mommy daddy tolong ciumkan dia peluk dia untuk Fiq ye..mommy jangan lupa sebelum tidur kan Qadri tunjuk dulu gambar bidadari Fiq dekat dia..Fiq tak nak dia lupakan bidadari Fiq dan dia..nanti bila dia dah besar mommy daddy ajarkan dia solat dan baca al-quran Fiq tak nak dia jadi macam Fiq.” Pesan Fiq sambil menangis seblum dibawa oleh pegawai polis ke dalam penjara.
Puan Sri Zaleha dan Tan Sri Malik mengalirkan air matanya.
Sebulan kemudian
Sudah sebulan Syafiq duduk di dalam penjara..dia dah biasa dengan keadaan di dalam penjara tersebut. Setiap hari dia akan solat taubat dan membaca al-quran.
“Ya Allah ya tuhanku kau ampunkan dosa dosa ku ya allah..kau tempatkan lah isteri ku disisi orang orang yang solehah ya allah..kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh hari hari yang akan datang ..ya allah jika kau nak ambik nyawaku kau ambiklah lah ya allah aku dah bersedia nak hadap kau ya allah.” Doa Syafiq sambil menangis teresak esak di sujud terakhirnya dan penglihatannya semakin kabur.
‘Tunggu abang sayang..abang datang.’
“Encik..Encik..” Pegawai polis tersebut memanggil Syafiq tapi tiada sahutan dari Syafiq.. Pegawai tersebut terbalikkan tubuh Syafiq dan cek denyutan nadinya..namun denyutan nadi Syafiq tiada.
Pegawai tersebut terus menguhubungi keluarga Syafiq.
Jenazah Syafiq telah dikafankan dan ingin di bawa ke kubur..wajah Syafiq kelihatan tersenyum gembira..mungkin gembira kerana telah bertemu bidadari Syurganya iaitu isterinya sendiri.
“Terima kasih sebab hadir dalam hidup mommy dan daddy..mommy janji mommy akan jaga anak Fiq dengan penuh kasih sayang dan didik anak Fiq macam apa yang Fiq nak..tenanglah Fiq dekat sana dengan bidadari Fiq..mesti Fiq gembira kan dapat jumpa bidadari Fiq..mommy doakan Fiq tenang dekat sana ye nak..Mommy sayang Fiq sangat sangat..Qadri pun menangis Fiq..mungkin dia tahu ayah dia dah tinggalkan dia.” Ujar Puan Sri Zaleha teresak esak.
“Anak daddy tenanglah kat saya ye nak..daddy doakan Fiq tenang dekat sana…ramai sayang Fiq tapi allah lagi sayangkan Fiq..daddy akan jaga hadiah terindah Fiq dengan baik ye nak.” Kata Tan Sri Malik sambil menangis.
“Sampai hati kau Syafiq..kau kata nak jumpa kitorang lepas kau bebas..tapi kau tipu kitorang..lepas ni tak lengkaplah kumpulan kita..kau dah janji nak lepak sama sama Fiq tapi kau yang pergi dulu.tak pe lah kitorang doakan kau tenang dekat sana..bye Sahabat syurga.” Ujar Sahabat sahabat Syafiq yang menangis teresak esak apabila melihat sahabatnya telah dimasukkan ke dalam liang lahad..Kubur Syafiq bersebelahan dengan kubur arwah isterinya..ini atas permintaan Syafiq sendiri.
Setelah siap doa dibaca..satu persatu orang tinggalkan tempat tersebut..dan tinggal hanyalah mommy dan daddy Syafiq.
“Fiq semoga Fiq tenang dekat sana ye nak..daddy dah tunaikan permintaan Fiq nak kubur bersebelahan dengan bidadari Fiq..daddy redha bila allah ambil Fiq dari kami..tenanglah nak dekat sana.."
"fasal Qadri Fiq dengan Umairah jangan risau mommy dan daddy akan jaga diorang dengan kasih sayang..dan didik dia dengan agama yang kuat..kesian anak Fiq dari tadi tak berhenti menangis macam tahu tahu je papa dia dah tinggalkan dia..tak pe lah Fiq kitorang balik dulu Assalamualaikum.” Kata Tan Sri Kamil dan berlalu pergi.
*TAMAT*
YOU ARE READING
LAYAKKAH AKU
Non-FictionBerdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirkan oleh ayahnya... Kerana bagi ayahnya umairah lah punca isterinya meninggal... umairah dibenci oleh...