"Awak tak bincang pun dengan saya nak balik harini." Kata Umairah sambil memerhatikan Syafiq yang sibuk bermain talefon.
"Suka hati aku lah. Lagipun senang sikit aku nak seksa kau.. So get ready dear" Balas Syafiq sambil tersenyum sinis.
Umairah terkedu mendegar kata ii yang keluar dari mulut suaminya. Sampai begitu sekali suaminya fikir.
"Sampai hati awak. Apa salah saya sampai awak nak seksa saya? Saya tak inginkan pun perkahwinan ni.." Soal Umairah sambil memandang suaminya.
"Hey kau tanya aku apa salah kau! Disebabkan kau lah aku tak dapat kahwin dengan Sofea. Apa ayah kau hasut dekat arwah nenek aku hah sampai dia suruh aku kahwin dengan kau."
" Kau tak layak untuk aku.. kau tak layak dapat cinta daripada aku .. hanya sofea je yang layak dapat cinta aku hanya sofea sahaja yang layak jadi isteri aku bukan kau! cermin sikit diri kau yang hodoh tu! Kau rasa kau layak ke untuk aku? Huh! Kau tak layak la sial!" Jerkah Syafiq sambil mencengkan rambut Umairah dengan kuat.
Umairah mendesis kesakitan apabila cengkaman Syafiq semakin kuat. Kulit kepalanya bagaikan ingin tercabut.
"Syafiq sakit hiks.. saya sedar siapa saya dimata awak hikss.. saya terpaksa demi ayah saya.. saya tak nak kecewakan dia. Cukuplah selama ni dia anggap saya punca kematian ibu saya.. saya tak sanggup nak kecewakan dia lagi.kalau awak nak kahwin dengan sofea kahwin la saya izinkan" Ujar Umairah sambil menangis teresak-esak.
"Tchh.. aku tak perlukan keizinan dari kau...aku memang akan kahwin demgan dia pun.. See ayah kau pun tak suka kau.. sebab kau ni bawak malang sial!.. kau ingat ada ke orang nak kutip orang pembawa malang macam kau ni? Tak de siapa la nak kutip orang sial macam kau! Asal kau tak mati sekali dengan mak kau eh? Menyusahkan betul! Dah kau pergi kemas baju kau.. aku bagi masa setengah jam kalau kau tak turun lagi memang siap kau. Ha one more thing jangan bagi tahu mommy apa apa faham." Ujar syafiq sambil menunjal dahi isterinya dan berlalu keluar dari bilik tersebut dengan senyuman yang puas.
Umairah terduduk dia atas lantai sambil menangis teresak-esak.. dia menepuk dadanya dengan kuat. Ya allah berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi suamiku. Berikanlah aku kesabaran agar aku tabah untuk menghadapi ujian ku ini Ya Allah.
Umairah bangun dari duduknya untuk mengemas pakaian yang ingin dibawa ke rumah suaminya.Setelah siap mengemas pakaian yang ingin dibawa dia pun berlalu turun ke bawah. Sebelum Umairah turun kebawah dia mengelap air matanya supaya mommy dan daddy mertuanya tidak syak apa apa tentang apa yang berlaku antara dia dan Syafiq.
"Mommy daddy kami pergi dulu." Ujar Syafiq sambil menyalam kedua ibu bapanya.
"Alaa mommy tak sempat nak spend time lama lama dengan menantu mommy.. Fiq dah nak bawa lari pula." Kata Puan Sri Zaleha sambil menjiuhkan bibirnya dan memeluk menantu kesayangannya. Umairah hanya membalas pelukan Puan Sri Zaleha dengan senyuman yang manis.
"Alahai awak ni honey... bagi la anak awak ni nak bermanja dengan isteri dia pula asyik awak je berkepit dengan isteri dia.. macam mana kita nak dapat cucu cepat cepat kalau macam ni." Ujar Tan Sri Kamil sambil mengelengkan kepalanya melihat perangai isteri kesayangannya.
"Betul tu mommy kata nak cucu cepat cepat bagi la Fiq bermanja dengan isteri Fiq pula kan sayang. Jangan risau la mommy nanti Fiq selalu bawa Maira jumpa mommy." Ujar Syafiq sambil mengeyitkan matanya kepada Umairah. Umairah hanya tersenyum kea rah Syafiq. Dia tahu ini hanyalah lakonan daripada suaminya supaya Puan Sri Zaleha dan Tan Sri Kamil tidak dapat menghidu hubungan mereka suami isteri.
"Maira pergi dulu tahu.. mommy janganlah sedih bukannya kita tak jumpa.. in shaa allah Maira akan melawat mommy daddy tiap tiap minggu okey." Ujar Umairah dan menyalam ibu dan bapa mertuanya.
"Hmm ye la.. Fiq drive elok elok.. jangan bawa kereta laju sangat.. jaga menantu kesayangan mommy ni elok elok.. " kata Puan Sri Zaleha.
"Don't worry mommy Fiq janji akan jaga menantu kesayangan mommy baik baik. Fiq gerak dulu lah mommy daddy..Bye Assalamualaikum." Kata Syafiq sambil masuk ke dalam kereta dan diikuti dengan Umairah.Setelah tiba dirumah Syafiq..
"Eh angkat barang kau ni.. ingat aku ni bibik kau ke.?" Kata Syafiq dengan kasar..
Tanpa membuang masa Umairah mengangkat barangnya ke dalam rumah tersebut.
"Ni bilik kau.. depan sana bilik aku.. jangan berani kau masuk bilik aku." Kata Syafiq.
"Emm awak kita tak duduk satu bilik ke? Lagipun kita kan suami isteri." Soal Umairah.
"Tchhh.. kau ingat aku nak satu bilik dengan perempuan kampung macam kau ke! Memang tak la! Sedar sikit eh perempuan aku kahwin dengan kau pun sebab terpaksa.. kalau bukan disebabkan harta memang tak aku nak kahwin dengan kau.. lepas je aku dapat harta arwah nenda aku akan ceraikan kau ..kau tu isteri bukan diiktiraf.. setakat isteri atas kertas apa lah sangat. Kau jangan berani masuk bilik aku.. kalau kau masuk siap aku kerjakan kau." Ujar Syafiq sambil menunjal kepala Umairah dan berlalu meninggalkan Umairah.
Umairah terkaku mendegar apa yang dikatakan oleh suaminya. Dia tahu dia bukan wanita yang Syafiq inginkan untuk menjadi isterinya. Dia tahu dia tidak layak untuk mendapat cinta lelaki itu malah tidak layak untuk bersama lelaki itu. Lelaki mana yang sanggup hidup dengan perempuan pembawa malang macam dia..
YOU ARE READING
LAYAKKAH AKU
Non-FictionBerdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirkan oleh ayahnya... Kerana bagi ayahnya umairah lah punca isterinya meninggal... umairah dibenci oleh...