Pada hari esok Nur Aliana Umairah akan menjadi milik Syafiq Farhan..Entah apa perasan Umairah sekarang..Umairah hanya memandang saudara maranya yang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinannya dengan perasaan yang sukar digambarkan..
"Ha termenung apa tu?." Sumayyah sergah Umairah yang bagai dalam dunia sendiri..
"Astaghfirullahalazim...eyy kau ni Sumayyah terkejut aku ." Kata Umairah sambil mengurut dadanya.
"Hehehe....sorry la aku panggil kau banyak kali ... kau tak dengar pun..kau fikir apa sebenarnya?" Soal Sumayyah..
"Kau rasa betul ke keputusan yang aku buat ?aku takut perkahwinan kami tak bertahan lama yela kau tahu kan aku dengan dia kahwin sebab apa.lagipun dia bukan cintakan aku ..dia bencikan aku adalah...aku takut Maya... aku takut aku tak kuat ..aku takut aku tak mampu untuk hadap semua ni Maya." Rintih Umairah dengan sayu sambil menahan air mata yang ingin mengalir.
"Shhh...Umairah aku tau kau mampu..aku tahu kau kuat kau seorang wanita yang tabah...sesungguhnya ALLAH tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
" Ingat Maira tiada ujian yang bersifat selamanya.Setiap ujian itu sifatnya sementara. Mengadulah setiap masalah kepada ALLAH SWT kerana DIA sahaja yang mampu menenagkanmu".
"Ketika Tuhan mengujimu ,ingatlah itu merupakan Bahasa cinta-Nya untukmu. Kerana dia ingin berikan nikmat yang lebih besar.
"Lebih tinggi darjatmu,lebih besar ujianmu. Dugaan hebat untuk orang yang hebat. Bukan kerana Tuhan membencimu,tapi kerana Tuhan ingin menjadikan kamu yang teristimewa di dalam syurga." Ujar Sumayyah panjang lebar sambil memujuk Umairah yang sedang dalam kesedihan itu.
"Terima kasih Maya kerana selalu ada saat aku perlukan kau." Ucap Umairah sambil memeluk sahabatnya yang selalu ada disaat dia susah mahupun senang.
" Sama sama." Balas Sumayyah sambil membalas pelukkan Umairah.Kini baru dia faham...
Jika Tuhan berkehendakan laut menjadi manis, maka tiada yang mustahil bagi-Nya. Begitu juga dengan hidupmu. Tiada yang mustahil bagi Tuhan untuk mengubahnya. Cuma yang perlu adalah pengharapanmu pada-Nya. Berdoalah sekuatnya agar hatimu aman sentiasa..END POV
KEESOKANNYA
"Aku nikahkan akan dikau dengan anak ku Nur Aliana Umairah dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Nur Aliana Umairah dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."
"Sah."
"Sah"
"Sah."
"Alhamdulillah." Imam menandah tangan tanda kesyukuran.
Dengan sekali lafaz Nur Aliana Umairah telah sah menjadi milik Syafiq Farhan..
Umairah menyapu air matanya yang mengalir. sukar untuk gambarkan perasaanya tika ini...entah sedih ataupun gembira.. Puan sri Zaleha mengusap bahu menantunya sambil tersenyum manis.
"Terima kasih sebab terima anak mommy." Ujar Puan Sri Zaleha dengan sebak sambil memeluk Umairah.
"Sama sama mommy. Terima kasih sebab terima Mairah jadi menantu mommy." Balas Uamirah dengan sebak.
YOU ARE READING
LAYAKKAH AKU
Non-FictionBerdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirkan oleh ayahnya... Kerana bagi ayahnya umairah lah punca isterinya meninggal... umairah dibenci oleh...