"Yeke alhamdulillah..tak lama lagi mommy daddy jadi atuk dan nenek la..Fiq jaga isteri kamu elok elok.. jangan bagi dia buat kerja berat sangat kandungan isteri kamu tu baru lagi." Kata Puan Sri Zaleha dengan teruja."In shaa allah mommy.. Fiq akan jaga menantu kesayangan mommy ni elok-elok..lagipun Mairah kan tengah mengandungkan anak Fiq.. mesti lah Fiq jaga dia elok-elok takkan nak dera dia pula." Ujar Syafiq sambil tersenyum kearah mommy dan daddynya..
"Bagus lah kalau Fiq cakap macam tu.. lega sikit hati mommy.Mairah kalau nak apa apa bagi tahu mommy tahu." Kata Puan Sri Zaleha sambil mengusap kepala menantunya.
"In shaa allah mommy." Balas Umairah sambil tersenyum.
"Kalau ada apa apa bagi tahu mommy and daddy tahu.. kami minta diri dulu lah." Kata Tan Sri Kamil kepada anak dan menantunya.
"Huh happy lah kau kan.. mommy daddy layan kau macam raja.. yelah selama ni kan kau dilayan macam sampah dengan ayah kau.. termasuk aku.. sebab tu kau mengemis kasih sayang orang lain." Kata Syafiq sambil ketawa sinis.
"Sudahlah Syafiq saya penat.. saya malas nak bertekak dengan awak.. saya nak rehat." Ujar Umairah.. dari tadi lagi dia asyik muntah.
"Tulah kau aku suruh kau gugurkan budak ni kau tak nak.. sekarang kau juga yang terseksa sebab kandungkan budak sial ni." Kata Syafiq.
"Awak jangan nak hina anak saya.. kalau awak nak hina saya silakan..tapi jangan anak saya.. dia tak salah yang salahnya sebab dia dapat ayah yang dayus macam awak." Ujar Umairah.
"Kau dengan anak kau memang layak kena hina.. sebab korang dua dua bawa sial dalam hidup aku.. baik aku keluar dari rumah ni daripada nak hadap muka perempuan sial macam kau ni.. buat sakit mata je." Kata Syafiq dan keluar dari rumah tersebut.
*SKIPP*
"Kau asal ni? Datang rumah aku dengan muka ketatnya." Soal Khairil
"Perempuan sial tu buat masalah." Ujar Syafiq.
"Apa dia buat?.aku tengok dia okey je." Soal Khairil.
"Dia mengandung anak aku." Ujar Syafiq dengan wajah yang tegang.
"Whatt..tahniah bro kau bakal jadi ayah.. benci ii pun jalan eh." Ucap Khairil dia tumpang gembira mendengar berita tersebut.
"Masalahnya aku tak nak anak tu..aku tak suka anak aku lahir dari rahim perempuan yang jijik macam tu.. aku suruh dia gugurkan tapi dia degil nak juga jaga budak tu." Ujar Syafiq sambil menyerabutkan rambutnya.
"Kau gila ke bro..tu anak kandung kau.. darah daging kau tahu.. tergamak kau buat macan tu.. ayah jenis apa kau ni.. lagipun kalau kau tak nak anak kenapa kau sentuh dia. " Khairil terkejut mendengar tindakan bodoh sahabatnya.
"Perempuan tu cuma tempat pemuas mafsu aku! Kau faham tak aku tak nak anak tu.. tak nak lah.. cukup lah mak dia je yang bawa sial dalam hidup aku.. aku tak nak budak tu pula yang bawa sial dalam hidup aku.. kalau ikutkan hati memang dah lama aku bunuh perempuan sial tu sekali dengan anak dia.. aman sikit hidup aku.. nanti tak de orang yang akan menyusahkan aku lagi." Ujar Syafiq
BUKK
Sebuah tumbukan tepat dimuka Syafiq.."Bukan isteri kau yang bawa sial dalam hidup kau.. tapi kau yang bawa sial dekat dia.. kau pukul dia kau dera , caci maki dia.. tapi aku tengok dia tak pernah sikit pun abaikan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri.. dia layan kau selayaknya seorang suami.. kau patutnya bersyukur Allah hadirkan kau seorang bidadari bukan untuk kau sia siakan..
lagi satu anak tu anugerah dari allah untuk kau dan isteri kau.. patutnya kau bersyukur bukan kau suruh isteri kau gugurkan anak tu.. kau tahu tak.. ramai lagi orang yang nak anak tapi tak de rezeki lagi.. ni kau bila allah dah bagi kau rezeki anak kau nak buang anak tu.. manusia jenis apa kau ni.. bapak jenis apa kau ni sampai sanggup suruh isteri sendiri gugurkan anak kau." Tengking Khairil.. dia geram dengan sahabatnya yang satu ni. Ego setinggi langit.
Syafiq terkedu mendengar kata kata sahabatnya.. dia ingat bila dia bagi tahu Khairil masalahnya akan hilang..rupa rupa nya tidak.
"Tumbuk lah aku lagi...Tumbuk! yang kau nak back up sangat perempuan tak guna tu kenapa.. dia bagi kau dengan Umar makan apa sampai korang tunduk dekat dia.. apa istimewanya perempuan tu.. lagipun dia memang tak layak untuk lahirkan anak aku..
hanya Sofea satu satu nya wanita yang aku cinta dan layak untuk lahirkan anak aku..bukan perempuan sial tu..dia tu hanya bawa malang dalam hidup aku.. sebelum dia masuk dalam hidup aku semuanya aman bila dia masuk dalam hidup aku semuanya musnah..Aku benci dia.. kalau boleh aku nak seksa dia sampai dia mampus." Herdik Syafiq.
Lagi sekali Syafiq ditumbuk dengan Khairil.
"Kau memang lelaki yang paling tak guna yang pernah aku jumpa... kau sedar tak Syafiq isteri kau tengah mengandungkan anak kau..bukan anak orang lain.. kau lebih pentingkan Sofea dari isteri kau tu kenapa.. Sofea tu tak de kena mengena dalam hidup kau..
aku tak sanggka kau macam ni Syafiq aku kecewa dengan kau.. kau ingat ni Syafiq.. hidup ini ibarat roda.. ada masa kau kat atas.. ada masa kau kat bawah.. bila kau kat bawah kau akan rasa macam mana isteri kau rasa sekarang..Allah itu maha adil.. bila bila je dia boleh balas perbuatan kau dekat isteri kau.." Kata Khairil.
"Hey! sikit pun aku tak kesah lah.. dia memang layak dapat layanan macam tu.. aku jijik lah nak bagi kasih sayang dekat perempuan murah macam tu.. aku nak seksa dia sampai dia mampus..baru puas hati aku." Ujar Syafiq dengan sinis.
"Kau jangan menyesal dengan apa yang kau buat.. kau jangan datang melutut merayu dekat aku bila tiba masanya nanti.. sebab aku tak de kawan yang dayus macam kau ni.. kau sanjung lah ego kau tu sampai masuk kubur.. aku nak kau berambus dari rumah aku sekarang.. aku tak nak tengok muka kau." Herdik Khairil.. cukuplah dia penat menasihati sahabatnya itu.
"Aku takkan menyesal dengan kata kata aku.. ouh kau senang je nak putuskan persahabatan kita disebabkan perempuan tak guna tu..fine aku bla sekarang." Ujar Syafiq dengan berang.
"Arghhh.. asal semua orang nak back up kau.. aku benci kau!..kau tunggu perempuan aku akan pastikan kau terseksa." Jerit Syafiq sambil mengentak hentak stereng keretanya.
YOU ARE READING
LAYAKKAH AKU
Non-FictionBerdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirkan oleh ayahnya... Kerana bagi ayahnya umairah lah punca isterinya meninggal... umairah dibenci oleh...