-42-

91 7 0
                                    

Suasana di meja makan meriah dan ceria dengan gelak tawa dan gurau senda namun bukan dari Jasmine. Di meja makan itu, dia terasa diasingkan. Dia seperti watak sampingan yang tidak penting di dalam sebuah cerita.

How irony when they are having dinner in MY HOUSE.

Jasmine meneguk air masak sehingga gelasnya kosong. Makanan di pinggan hampir tidak berusik.

Sesekali Wafi menjeling ke arah Jasmine yang diam tanpa sepatah kata.

"You tak makan ke?" soal Wafi pada Jasmine. Dia duduk di sebelah Jasmine.

"Still kenyang." Jawab Jasmine sedangkan dia tiada rasa mahu makan. Seleranya mati melihat kepura-puraan Puan Lutfah dan juga Yana.

And props to Faris for playing along. 'How great'. Jasmine memandang Faris yang dari tadi tidak henti melayan Puan Lutfah dan juga Yana.

Yana pula sikit-sikit cuba menggedik dengan Wafi. Wafi jelas kelihatan nampak tak selesa.

Trying so hard. Pathetic. Jasmine melihat Yana dan cuba menyorok tawanya.

Jasmine bangun dari kerusi.

"Are you done?" Soal Faris bila dia melihat Jasmine bangun.

"Aku dah kenyang." Jawab Jasmine pendek.

Faris melihat Jasmine pergi kemudian melihat pinggan Jasmine.

Kenyang? Dia langsung tak makan. Desis Faris.

+++

Jasmine duduk di buaian di laman depan rumahnya, sendirian. Dia cuba mengawal emosinya. Melihat Puan Lutfah mengingatkan dia kembali pada semua yang Puan Lutfah sudah lakukan kepadanya sepanjang dia duduk dengan Puan Lutfah. Kata-kata kesat, pukulan dan hukuman Puan Lutfah kepadanya tidak pernah sekali dilupakan. Sesekali dia seperti kembali ke masa itu dan semuanya kembali kelam.

Aku tak boleh macam ni.

Jasmine menarik nafas dalam dan bangun untuk naik ke biliknya. Dia mahu mengambil ubatnya sebelum fikiran negative meracuni mindanya.

Jasmine mahu melangkah masuk bila dia terserempak dengan Puan Lutfah di muka pintu. Puan Lutfah memandang dirinya tajam.

"Aku nak cakap sikit dengan kau."

Kata-kata itu buat wajah Jasmine bertukar pucat dan jantungnya berdegup laju.

Aku ingat aku dah boleh atasi ketakutan aku pada ibu tapi rupanya tidak. What a waste of effort!

+++

"Kau memang tak boleh nak berlakon ke hah? Kau suka buat aku nampak macam orang jahat?" soal Puan Lutfah pada Jasmine.

"Ibu nak apa sebenarnya?" soal Jasmine dengan keluhan.

"JANGAN PANGGIL AKU IBU!" tengking Puan Lutfah dengan pandangan penuh hina pada Jasmine.

Jasmine memegang erat hujung bajunya dengan tengkingan Puan Lutfah.

"Okay then, puan sebenarnya nak apa dari saya? Ah, puan nak saya berlakon, play happy family dengan puan dan Yana supaya Wafi fall in love dengan Yana. Am I correct?" kata Jasmine.

"Now you know. So sila jauhkan diri kau dari Wafi sebab Wafi untuk Yana." Mendengar kata-kata Puan Lutfah buat Jasmine ketawa.

Ketakutannya pada Puan Lutfah tadi tiba-tiba hilang dan diganti dengan satu keberanian untuk melawan.

Jasmine masih ketawa.

"Kau kenapa? Dah gila?" soal Puan Lutfah bila dia melihat Jasmine ketawa tiba-tiba.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now