-1-

1.6K 75 2
                                    

Tit tit tit tit tit tit tit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tit tit tit tit tit tit tit

Entah untuk kali yang keberapa jam loceng Jasmine berbunyi namun masih tiada tanda bahawa Jasmine akan bangun dari tidurnya. Lena sungguh dia sedangkan jam sudah hampir menunjukkan jan 7.30 pagi. Mak Uda yang kebetulan lalu di depan biliknya mendengar jam loceng yang masih menjerit dari bilik Jasmine. Dia mengetuk pintu bilik Jasmine dan memanggilnya.

"Cik Jasmine!" namun masih tiada jawapan. Dia memulas pintu bilik Jasmine yang tidak berkunci. Memang sengaja Jasmine tidak mengunci pintu biliknya. Katanya senang untuk Mak Uda kejutkan dia bangun pagi.

Pintu bilik dibuka dan jelas Jasmine masih selesa berselimut di atas katil, tiada tanda dia akan bangun. Mak Uda yang berusia awal 40-an itu berjalan kearah Jasmine dan perlahan dia menggoncang bahu Jasmine untuk mengejutkan dia.

"Cik Jasmine, bangun. Dah nak dekat 7.30 pagi ni." Kata Mak Uda. Dua minit dia berdiri mengejutkan Jasmine namun masih tiada respon daripada Jasmine. Penyudahnya dia duduk di sebelah Jasmine. Dia menyelak rambut Jasmine yang menutup wajah mulusnya.

"Cik bangun. Kalau tak Mak Uda akan mula menyanyi untuk kejutkan Cik. Baik cik bangun sekarang." Kata Mak Uda. Ada pergerakan dari Jasmine namun dia masih belum membuka matanya.

"Ok... kalau macam ni Mak Uda akan mula menyanyi." Kata Mak Uda dan dia berdehem. Baru dia buka mulut, laju Jasmine bangun dan menutup mulutnya.

"Mak Uda stop. Jasmine dah bangun. See?" kemudian laju Jasmine berdiri turun dari katilnya. Mak Uda menahan tawa. Bukan dia tak tahu Jasmine paling tak suka dengar dia menyanyi. Katanya Mak Uda ni tone deaf. Jadi Mak Uda tak dibenarkan menyanyi di depan Jasmine. Aish macam-macam.

"Cepat siap. Kata ada meeting dengan client jam 9. Ni dah nak dekat pukul 8. Cik Jasmine masih belum siap." Kata Mak Uda sambil tangannya laju mengemas katil Jasmine. Jasmine pula mencapai tualanya yang tersangkut di tepi bilik air.

"Jasmine siap sekejap je~" Itu kata-kata Jasmine sebelum dia menghilang ke dalam bilik air. Mak Uda hanya tersenyum.

***

Jasmine mengenakan kemeja putih bersut hitam bersama slack hitam dan boot warna sedondon. Rambutnya yang separas pinggang itu dibiar bebas. Dia melangkah masuk ke pejabatnya dan disapa oleh pekerjanya yang sudahpun menjalankan kerja masing-masing. Dia meletakkan beg laptopnya dan terus duduk. Dia mengeluarkan planner nya dan melihat jadualnya hari ini. Dia cuma ada perjumpaan dengan client pada jam 10 nanti. Perjumpaan yang sepatutnya diadakan jam 9 tadi telah ditunda. Client dia ada hal sedikit. Oklah tu boleh dia tengok-tengok kedai dan butiknya dulu sebelum pergi berjumpa clientnya. Dan pada jam 3 petang nanti pelanggan VIP akan datang untuk buat fitting baju.

Jasmine bersandar pada kerusi sambil merenung skrin komputernya yang masih gelap. Tiba-tiba dia teringatkan bapanya. Sudah hampir sebulan dia tidak mendengar khabar dari bapanya. Kali terakhir cerita yang didengari tentang bapanya adalah bapanya kini sedang dalam perancangan untuk membesarkan restoran miliknya. Baru dia ingin mencapai telefon untuk menelefon bapanya, terus dia teringat.

'Ish ayah tengah dinner kot sekarang. Nantilah call.'

Kemudian pintu pejabatnya diketuk.

"Masuk." Kata Jasmine. Setiausahanya berjalan masuk bersama fail. Dia meletakkan fail itu di depan Jasmine.

"Ini resit dari supplier. Semalam mereka dah hantar barang tapi sebab semalam Cik tak masuk office jadi saya suruh diorang datang hari ini untuk dapatkan full payment."

Jasmine mengangguk dan melihat senarai barang yang dihantar.

"Awak dah check semua barang yang dihantar?"

"Dah. Semuanya cukup dan dalam keadaan yang elok."

Jasmine mengangguk lagi. Dia menurunkan tanda tangannya pada sebuah cek dan menghulurkannya kembali pada setiausahanya bersama-sama dengan fail itu.

"Oh nanti pesan pada mereka kat bawah tu, keluarga Tan Sri nak datang petang ni jam 3. Jadi suruh diorang prepare apa yang patut. Dan sepanjang Tan Sri dan Puan Sri berada di sini, kita akan tutup butik." Jasmine mengeluarkan arahan. Setiausahanya mengangguk.

"Ok nanti saya bagitahu mereka. Oh keluarga Tan Sri datang nak buat fitting ek?" soal setiausahanya, Maria untuk mendapatkan kepastian. Jasmine mengangguk.

"Ada apa-apa lagi yang cik nak pesan?" soal Maria lagi. Jasmine menggeleng.

"Tak ada. You can dismissed." Kata Jasmine dan matanya kini kembali pada skrin komputernya yang sudah terang.

Maria berjalan keluar dan menutup kembali pintu biliknya dengan perlahan takut mengganggu Jasmine yang kelihatan serius di mejanya.

***

Maria melepaskan nafas lega sebaik dia keluar dari bilik Jasmine. Dia meletakkan fail di mejanya dan berjalan ke pantri. Bercakap dengan Jasmine, bos besar mereka buat dia rasa penat. Penat sebab mengawal tingkah laku dan kata-kata. Sepanjang perbualan dia dengan Jasmine, entah berapa kali dia menahan nafas takut kalau-kalau ayat yang dia keluarkan tidak selesa di telinga Jasmine.

"Kau dari mana? Dari bilik bos?" soal Ayana yang kebetulan ada di situ juga.

"Mana lagi." Jawapan Maria buat Ayana ketawa.

"Kau ni. Chill lah. Bos bukannya harimau makan orang." Kata Ayana.

"Memang dia tak makan orang. Tapi aura dia tu. Fuh menggigil aku dibuatnya." Kemudian mereka ketawa.

Tapi betul apa. Jasmine adalah seorang bos yang paling digeruni. Tiada siapa yang berani membantah. Dengan sikap dinginnya lagi, bertambah-tambahlah pekerjanya takut dengan dia. Tapi setakat ini tiada lagi kes dia marah pekerja tanpa sebab. Sikap rasionalnya buat orang hormat dengannya.

"Tapi kan, jujurlah. Aku suka tengok bos. Dahlah cantik, berdikari, strong woman. Apa je yang dia tak ada? Tapi kenapa dia masih single ek?" soalan Ayana buat Maria laju memukul lengan Ayana.

"Ish kau ni. Tu kan privasi dia. Mesti dia ada sebab." Kata Maria separa berbisik takut didengari.

"Maria, saya keluar ni dan selepas tu saya ada perjumpaan dengan klient. Apa-apa hal call saya. Ok?" suara Jasmine yang tiba-tiba berbunyi buat Ayana dan Maria berdiri kaku menghadap Jasmine. Maria hanya mengangguk. Suaranya tersekat dikerongkong. Kemudian Jasmine melangkah pergi.

Hilang je kelibat Jasmine, mereka berdua melepas nafas dan menarik nafas dalam. Rasanya biru mereka berdua tadi dek menahan nafas dengan kemunculan tiba-tiba Jasmine tadi. Pucat pun ada juga.

"Kau rasa bos dengar tak apa yang kita cakap tadi?" soal Ayana. Maria hanya menjongket bahu namun dalam hati dia berdoa Jasmine tak dengar apa yang mereka bualkan tadi. Kalau Jasmine dengar, habislah mereka berdua.

 Kalau Jasmine dengar, habislah mereka berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now