-16-

551 43 1
                                    

Jasmine menutup dan mengunci butiknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jasmine menutup dan mengunci butiknya. Wafi sudah menunggu di kereta. Jasmine membuka pintu kereta dan masuk.

"Sorry mesti you dah tunggu lama kan?" kata Jasmine sambil meletakkan beg kerjanya di tempat duduk belakang, seperti yang biasa dia lakukan di keretanya. Wafi memandang Jasmine. Dia terpegun dengan Jasmine...entah utuk kali keberapa.

Wah even it's this late, she's still shining beautifully.

"Oh sorry habit kat kereta sendiri." kata Jasmine sebaik dia melihat Wafi yang hanya diam tanpa berkata apa-apa sambil memandang dirinya dari awal dia masuk kereta tadi. Dia sudah berkira-kira untuk mengambil semula beg kerjanya itu.

"It's okay. It's okay. Letak je kat situ." Wafi memasang tali pinggang keledar.

Kantoi aku mengelamun sambil tengok dia....

Wafi berdehem untuk memulakan perbualan dengan Jasmine. Sempat dia mengerling Jasmine di sebelah. Jasmine sedang mengikat rambut ikalnya itu.

Cantiknya....

"Huh? You ada cakap something ke?" Jasmine memandang Wafi. Kereta berhenti di traffic light.

"Ha? Oh...erm you dah makan malam ke? If not, we can go have dinner first." Soal Wafi.

"No need lah kot. I dah suruh Mak Uda masak kat rumah." Wafi mengangguk dengan jawapan Jasmine.

"Btw, bila kereta I boleh siap ya? You ada dapat call dari mechanic tu tak? I totally forgot about it." Kata Jasmine.

"Oh kereta you tu dia kata esok dah boleh ambil." Wafi menjawab soalan Jasmine sambil dia terus fokus pada pemanduannya.

"Great." Jelas Jasmine lega bila mendengar berita itu.

"So esok kita pergi sama-sama lah ke bengkel tu. Ok?" sambung Wafi.

"Ok. Pukul berapa?"

"Erm around 10 am?"

"Deal."

Kereta Wafi berhenti di depan pagar rumah Jasmine.

"You help me a lot today Wafi. How should I repay you this time?"

"Yang pasti bukan slurpee. I don't want that."

Laju Jasmine menyiku lengan Wafi.

"How about dinner? Aku belanja." Jasmine memberi cadangan.

"Deal!" Wafi senyum gembira.

"So bila you free?" soal Jasmine pula.

"I always free. You yang selalu tak free. 24/7 working kan." Sempat Wafi mengusik. Jasmine buat muka annoyed dengan perlian Wafi. Wafi hanya ketawa.

"Macam ni. We exchange phone number, then if you have any free time, just give me a call. Is that okay?" cadang Wafi.

"Yeah that's nice." Mereka berdua bertukar nombor telefon.

"Oklah, I masuk dulu. Thank you for today. Goodnight and sweet dream." Jasmine senyum dan melangkah keluar dari kereta. Sempat dia melambai ke arah Wafi sebelum masuk ke dalam pagar rumahnya.

Wafi yang di keretanya ni tanpa dia sendiri sedar, dia sudah tersenyum macam kerang busuk.

Sweet dream? Yeah sure.

***

Bilik Faris

Dia mendengar bunyi kereta dan laju dia ke tingkap. Entah kenapa tapi firasatnya membawa dia untuk mengintai ke rumah sebelah. Dia menyorok di balik langsir. Sekali lagi dia nampak kereta Wafi di rumah Jasmine. Dan dia nampak Jasmine dan Wafi sedang berbual di dalam kereta. Sempat juga dia tangkap senyuman manis Jasmine yang masuk di dalam mimpinya sebelum ini.

Something fishy here...

Dia rasa tidak selesa sebenarnya melihat apa yang berlaku di depan matanya ini namun dia gagahkan juga untuk melihat. Ini sudah kali kedua dia melihat mereka.

Si Hani ni pun, tak ada kereta ke apa? Dah dua hari aku nampak dia naik kereta Wafi.

Faris masih mengintai mereka berdua. Dalam hatinya meronta untuk mengetahui isi perbualan mereka berdua. Nampak mesra sungguh.

Bila kau nak keluar dari kereta tu? Wafi pun nampak sangat gediknya. Ish geram pula aku tengok diorang berdua ni.

"Oh dah keluar!" kata Faris perlahan sebaik dia melihat Jasmine keluar dari kereta Wafi. Dan apa yang peliknya, hatinya terasa lega melihat Jasmine keluar dari kereta Wafi. Dia melihat Wafi pula.

Amboi dia sengih macam kerang busuk pula kat situ!

Tanpa dia sempat berfikir panjang, dek kerana perasaan yang tak dapat ditafsirkan, dia membuka tingkap biliknya dan secara teknikalnya menjerit ke arah Wafi yang masih di kereta:

"WOI BALIKLAH! KAU BUAT APA LAGI KAT SITU, GILA!"

Setelah dia rasa puas, dia menutup kembali tingkapnya. Dia senyum puas namun bila akal logik dia tiba, perlahan senyuman itu mati.

Wait

Wait

Wait

APA YANG AKU BUAT TADI?!

Faris duduk di lantai, memegang rambutnya.

"Wtf Faris...apa yang kau dah buat ni? Apa dah jadi dengan kau Mohammad Faris Daniel...."

Jawapannya malam ini, seboleh-bolehnya dia nak elak dari jumpa dengan Wafi atau dia akan teringatkan tindakan bodoh dia tadi.

Ni semua salah kau Jasmine Hani.

Ni semua salah kau Jasmine Hani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now