-26-

497 32 7
                                    

Aku nak lindungi Hani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku nak lindungi Hani.

Faris meraup wajahnya.

Did I? Did I protect her?

"Ibu..."

Jasmine meracau dalam tidurnya. Dahinya berkerut. Sepertinya Jasmine mimpi buruk.

"Hey bangun." Faris mengejut Jasmine dengan lembut. Perlahan Jasmine membuka mata.

"Aku kat mana ni?" Kata Jasmine sambil cuba bangun. Namun Faris menghalang.

"Jangan bangun. You need rest." Faris menuangkan segelas air dan menghulurkan kepada Jasmine. Jasmine menyambutnya tanpa banyak soal.

"Kau kat hospital. Doktor cakap kau overstressed." Sambung Faris. Mendengar kata-kata dari Faris, Jasmine tunduk.

Itu ada betulnya. Malam semalam, balik dari 7eleven, dia duduk di balkoni biliknya memikirkan bermacam-macam perkara. Dari rasa bersalahnya pada Yana sehinggalah berkenaan hubungannya dengan Puan Lutfah. Dan tanpa dia sedar, dia tertidur di balkoni untuk sepanjang malam.

"Is it still about your mom?" Soal Faris. Jasmine diam. Dia meletakkan cawan kosong di meja.

"It's none of your business Mr Faris." Jasmine baring dan berpusing membelakangkan Faris. Dia menarik selimut menutup seluruh badannya.

"Hani, I'm sorry for everything." Kata Faris.

"It's 10 years too late Faris." Jasmine masih lagi membelakangkan Faris.

"I know. But still, I want your forgiveness."

"Aku dah maafkan kau. Now go. And don't come back." Jawab Jasmine mendatar.

Faris mengeluh dengan jawapan Jasmine. Betullah Jasmine masih belum boleh melupakan apa yang jadi 10 tahun lalu.

"Hani, just to let you know, I'm still the same. I'm still Daniel. The same Daniel from your childhood."

"No. Daniel yang aku kenal dah mati saat dia buat keputusan untuk berpaling dari aku waktu tu." Kata-kata Jasmine buat Faris terkedu.

Nope. I'm not protecting her. I'm the one that break her.

***

Selepas Faris pergi dari katilnya, Jasmine menurunkan selimutnya.

"Hani I'm sorry for everything."

Kejam ke aku sebab masih tak lupakan apa yang dia buat?

Memori tentang kejadian 10 tahun lalu datang lagi. Jasmine mengeluh. Kejadian itu mengubah hidupnya. Sejak kejadian itu, dia hilang kepercayaan pada semua orang. Dia jadi ragu-ragu untuk percayakan orang disekelilingnya termasuklah bapanya. Dia hanya ada Daniel waktu itu sebagai tempat dia mencari kekuatan di saat dia berhadapan dengan kebencian Puan Lutfah. Pada dia Daniel adalah segalanya waktu itu. Daniel adalah kekuatannya, Daniel adalah orang yang paling dia percaya dan dia juga yakin Daniel akan melindunginya. Dia yakin bahawa bapanya akan datang mengambilnya semula tapi sebelum bapanya datang, biarlah dia bergantung pada Daniel. Tapi apa yang Daniel buat? Daniel musnahkan semuanya. Yang paling penting, Daniel musnahkan kepercayaannya.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now