-41-

88 9 2
                                    

Jasmine memandang Faris dengan pandangan kosong. Dia kemudian ketawa sinis sambil menyentap tangannya dari pegangan Faris.

"Enough is enough Faris. Lepas apa yang aku dah lalui selama ini, I never trust a second chance. Before I start hating you more and more, just stop." Kata Jasmine dengan nada dingin.

"But you saved me just now. Why?" Faris menyoal dan membaca air muka Jasmine namun kosong.

Memang tiada ruang langsung ke untuk aku? desis Faris.

"It's a common sense as human Faris. Nothing more. Don't be delusional." Jasmine berpusing dan melangkah pergi meninggalkan Faris. Faris melihat belakang Jasmine yang menjauh.

Faris meletakkan tangannya, menutupi mataya. Dadanya sebak dan air mata yang bersesak mahu keluar akhirnya dia lepaskan juga.

Andai aku boleh putar balik masa... Jasmine, maafkan aku....

+++

"Doktor kata kau stress dan ada gastrik? Are you for real? Kau tak makan ke sepanjang aku tak ada kat rumah?" soal Wafi. Mereka di dalam perjalanan balik ke rumah. Wafi akhir-akhir ini banyak meluangkan masa di rumah keluarganya dan jarang pulang ke rumah sewa mereka ini.

Faris diam dan menoleh ke luar, melihat jalan.

Mereka sampai di rumah dan Wafi membantu Faris untuk naik ke biliknya. Faris baring dan Wafi menyelimutinya. Wafi turun ke dapur seketika dan kembali dengan semangkuk bubur dan juga segelas air masak.

"Ni bubur McD. Makan ni dulu. I'll cook a proper meal after this." Wafi meletakkan mangkuk dan cawan di meja sebelah katil Faris. Faris dudk di katilnya dan memandang Wafi.

Apa beza aku dan Wafi? Apa lebihnya Wafi dari aku? Aku kenal Jasmine lebih lama dari Wafi.. Tapi kenapa? Bermacam fikiran muncul di minda Faris saat dia melihat Wafi.

"Kau ada something yang kau nak cakap ke? You have been looking at me for a while now." Kata Wafi.

Faris menggigit bibir bawahnya kemudian dia membuka mulut.

"Kau dengan Jasmine... Jasmine pilih kau kan?" soal Faris. Wajah wafi sedikit berubah bila mendengar cara Faris menyoal tentang Jasmine. Jasmine adalah wanita yang Faris cintai dan dia adalah sahabat baik Faris, bukankah Faris akan rasa terkhianati bila dia tahu bahawa wanita yang dicintainya kini dengan kawan baik sendiri?

"There's nothing clear about us Faris. Nothing have been decide." Jawab Wafi.

Dia faham perasaan Faris tapi untuk kali ini, dia mahu pentingkan dirinya.

"But Faris, if you want to ask me to back off just because you love Jasmine and I'm your best friend, I won't. I love Jasmine too, Faris. I can do other things for you but not this. I'm sorry." kata Wafi serius. Faris memandang Wafi. Itu pertama kali dia melihat Wafi seserius itu bila melibatkan soal hati dan perasaan.

"So take your meal and have a rest. Aku akan kejut kau lepas aku dah siap masak." Wafi berjalan menuju ke pintu bilik dan keluar dari bilik Faris.

Faris berbaring dan memandang siling.

But I can't give up either Wafi. Not this way.

+++

Jam menunjukkan pukul 8 malam namun mereka semua seperti tiada tanda mahu balik. Lampu di studio masih cerah dan mereka semua masih sibuk menjahit. Ada yang sibuk menggubah bunga, ada yang menjahit labuci di baju, ada yang memotong kain dan bermacam-macam lagilah. Client request untuk tukar design last minit sedangkan majlisnya esok. Penyudahnya, mereka juga kerja overtime.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now