-5-

840 53 0
                                    

Jam di dinding menunjukkan jam 8 malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam di dinding menunjukkan jam 8 malam. Jasmine mengeringkan rambutnya yang masih basah dengan sehelai tuala kecil. Dia mengerling jam di dinding sekilas kemudian dia teringatkan bapanya. Semalam ada dia terdetik nak telefon bapanya. Pantas tangannya mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor bapanya.

'Harap ayah dah bangun.'

Beberapa saat Jasmine menunggu dan panggilan dia akhirnya disambut oleh satu suara wanita.

"Hello."

Jasmine kerut dahi. Suara perempuan mana pula yang angkat telefon ayah ni?

"Hello. May I speak to Mr David please?" kata Jasmine.

"Mr David? Oh he's in the kitchen. Wait a moment, I'll give this phone to him. By the way, may I know who's calling?"

"His daughter."

"Oh okay. Wait a moment."

'David'

Jasmine menahan tawa. David tu nama panggilan bapanya di Canada. Nama sebenar bapanya adalah Daud. Kata bapanya, duduk tempat orang, nama pun kena upgrade. Haih macam-macamlah Pak Cik Daud ni. Oh satu lagi, bapanya ni menetap di Canada dan membuka restoran masakan Asia di sana. Dan dengar cerita, bapanya tak nak balik Malaysia sebab kat Canada lagi best. Hmm apa-apa jelah...

"Hello my lovely daughter~" jelas keceriaan dari suara Encik Daud.

"Hello ayah. Ayah sihat?"

"Sihat alhamdulillah. Awalnya telefon ayah. Ayah baru nak bersiap nak buka kedai."

"Oh ayah kat restoran dah ke?"

"Haah. Dan telefon ayah, ayah tertinggal kat meja depan. Tu yang Emma jawabkan."

"Emma? Pekerja baru ayah ke? The last time Jas pergi sana rasanya tak ada pekerja ayah nama Emma."

"Hmm baru tak baru jugalah. Dah sebulan kerja sini. Tapi jangan risau. Dia tak muda pun. Sebaya ayah je. Dia cashier."

Jasmine ketawa dengan statement Encik Daud.

"Ayah, kalau sebaya dengan ayahlah yang lagi buat Jas risau tau. Nanti tak pasal-pasal Jas dapat wedding invitation."

Jasmine dan Encik Daud ketawa lepas.

"Amboi bab kenakan ayah laju je. Ha Jas kat sana macam mana? Business okay?"

"Okay je alhamdulillah."

"Bila nak datang sini lagi? Dah hampir 4 bulan Jas tak balik sini."

Jasmine diam sekejap. Cepatnya masa. Rupanya dah 4 bulan dia tak balik Canada. Dia membesar di Canada hampir 7 tahun dan dia balik ke Malaysia untuk mulakan perniagaannya 3 tahun yang lalu. Biasanya dalam dua bulan sekali atau sebulan sekali dia pasti akan balik melawat bapanya namun banyak sangat reservation sampai dia lupa nak balik sana. Hanya mampu telefon untuk tanya khabar je.

"Erm... Jas tak janjilah bila Jas boleh balik sana lagi. Sebab masih ada reservation ni. Kalau free pun mungkin dalam next two month."

Kata Jasmine dengan nada sedih.

"Alah okaylah tu. Next two month, insyaAllah kalau tak ada apa-apa, Jas balik lah sini. Okay?"

"Okay ayah."

Mereka berbual beberapa perkara lagi kemudian Jasmine menamatkan talian kerana Encik Daud perlu bersiap untuk membuka restorannya. Jasmine termenung seketika.

'Kenapa ayah selalu bising suruh aku balik sana tapi ayah tak pernah berbunyi untuk balik Malaysia?'

Ketukan di pintu biliknya buat Jasmine tersedar dari lamunannya. Mak Uda membuka pintu bilik Jasmine.

"Cik Jasmine, makan malam dah siap. Jom makan." Jasmine mengangguk dengan kata-kata Mak Uda.

"Okay. Sekejap lagi Jasmine turun." Jasmine menghadiahkan senyum kepada Mak Uda.

Dalam rumah besar ni, hanya ada dia dan Mak Uda di sini. Kadang-kadang anak bujang Mak Uda yang sorang tu akan datang melawat. Tapi biasanya hanya mereka berdua di dalam rumah ni.

Mak Uda lah yang menjaga makan pakai Jasmine semenjak dari awal Jasmine balik ke Malaysia. Kalau tak kerana Mak Uda, rasanya Jasmine jadi mayat hidup - kurus, sekeping sebab malas nak makan. Ya, Jasmine ni antara manusia yang malas nak makan. Lagi-lagi time idea untuk buat design tu sampai. Pernah hampir satu hari suntuk dia tak makan.

'Haih agak-agaknya kalau Mak Uda tak ada, dah lama mati aku ni.'

Jasmine ketawa sendiri.

Jasmine ketawa sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now