-14-

729 43 0
                                    

Pejabat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pejabat

Faris mengemas barang-barang di atas meja kerjanya dan bersiap untuk pulang. Hari ini Jumaat dan ini bermakna, hari terakhir dalam minggu ini dia bekerja.

Esok cuti!!! yessss!!!

Dia berjalan ke bilik pejabat Wafi dan dia lihat Wafi sedang di telefon.

"Oh ok you tunggu sekejap kat situ. I'll be there in a bit." Wafi mematikan talian.

"Siapa tu?" soal Faris.

"My friend." Kata Wafi sambil mengemas begnya dan mencapai kunci keretanya.

"Kau baliklah dulu. Aku ada hal." Kemudian laju Wafi berjalan keluar menuju ke lif meninggalkan Faris dibelakang, keliru.

Kawan dia? yang mana satu?

***

Wafi sampai di tempat yang diberitahu Jasmine. Tadi semasa di pejabat, sedang dia mengemas, Jasmine menelefonnya meminta tolong kerana keretanya rosak di tepi jalan. Wafi memarkir dibelakang kereta Jasmine yang sudah tersadai di tepi jalan. Wafi mematikan enjin dan melangkah ke arah kereta Jasmine. Jasmine duduk di tempat duduk penumpang, berlindung dari panas. Sebaik Jasmine melihat Wafi, senyuman terukir di wajah Jasmine.

"Sorry sebab terpaksa susahkan you. I tak tahu dah nak call siapa." Jasmine keluar dari keretanya. Wafi sekadar senyum, menyorok fakta bahawasanya dia terpegun dengan senyuman Jasmine sebentar tadi.

"It's okay. I dah call mechanic, sekejap lagi dia sampai." Terang Wafi. Jasmine mengangguk.

Tidak lama kemudian, bunyi hon dari truck penunda menandakan mechanic sudah sampai. Setelah kereta Jasmine ditunda dan semua urusan di bengkel selesai, Jasmine menumpang Wafi pulang.

"You save me today Wafi. Thank you." Jasmine berkata semasa mereka dalam perjalanan pulang.

"Nothing much lah. Benda kecik je ni. Tapi nasib baik juga esok cuti. Kalau tak susah juga you nak pergi kerja."

Jasmine mengeluh.

"Masalahnya I masih ada kerja di butik esok." Jasmine membuka planner hitam dimana semua catatan mengenai kerja-kerjanya ditulis. Wafi memandang Jasmine sekilas.

"Aik hari Sabtu pun kerja?"

"I'm working 24/7 every week Mister."

Wafi mengangguk dengan jawapan Jasmine. Yelah Jasmine bukannya kerja pejabat. Dia business woman dan business tiada cuti.

"So at what time did you plan to go to your boutique tomorrow?" Wafi berhenti di lampu isyarat merah.

"Around at 9 am? I guess I need to ask Maria to pick me up tomorrow." Jasmine mencari nombor Maria untuk didail bila tiba-tiba Wafi menarik telefon dari tangan Jasmine. Jasmine memandang Wafi pelik. Wafi senyum sehingga jelas kelihatan eye-smile miliknya.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now