-30-

481 38 4
                                    

"Ya ayah. Hmm Jas sihat je kat sini." Jasmine mengangkat panggilan sambil bersiap di depan cermin. Dia memasang loud speaker.

"How's your business?" soal En Daud dari hujung talian.

"Business Alhamdulillah. It's doing just fine. Oh minggu depan ada KL Fashion week. Jas nervous lah ayah." Jasmine mencapai beg tangannya pula.

"Oh ya? Wow. Buat betul-betul. Haih busy betul ya anak ayah ni. Entah bila lah ayah dapat jumpa Jas ni." Jasmine tutup loud speaker dan melekapkan telefon ke telinganya sambil dia menuruni tangga.

"Alah ayah ni. Erm insyaAllah kalau tak ada apa-apa, bulan depan Jas balik sana. Okay?" kata Jasmine. Dia sudah sampai di ruang tamu.

"Ha yelah. Pergilah keluar dinner tu. Nanti lama pula boyfriend kamu tunggu." Jasmine ketawa.

"Ada-ada je ayah ni. Okaylah, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Talian dimatikan.

"Ayah ke tu kak?" soal Yana. Jasmine mengangguk.

"Haah tapi ayah dah tutup phone." Terang Jasmine kalau-kalau Yana nak bercakap dengan En Daud.

Yana menggeleng. Dia melihat pula Jasmine yang bersiap cantik-cantik seperti mahu keluar.

"Akak nak pergi mana?"

"Oh akak ada dinner kat luar ni. Kalau Yana nak makan, orderlah delivery kalau malas nak masak." Jasmine mencari wedges nya untuk dipakai bersama evening dress warna hitam yang dipakainya.

"Okay. Oh dinner dengan kawan pejabat akak ya?" soal Yana lagi ingin tahu.

"Ha? Erm... yeah. Something like that." Jasmine tak rasa perlu pun dia memberitahu ke mana dia mahu pergi pada adiknya. Adiknya keluar ke mana-mana pun tiada beritahu dia apa-apa pun.

I dah sampai kat depan rumah you ni. - Wafi

Mesej dari Wafi masuk.

"Kawan akak dah sampai. Pergi dulu. Kunci pintu ni. Akak bawa kunci." Kata Jasmine kemudian menutup pintu rumah.

Akak ada dinner kat luar. Wafi pun katanya ada dinner kat luar juga time aku ajak dia keluar dinner dengan aku siang tadi. Kebetulan? Atau memang diorang keluar dinner sama?

***

Faris sampai ke hotel yang diberitahu PA Afif. Dia terus ke ballroom yang diberitahu.

Untuk meeting je buat kat tempat grand macam ni?

Faris sampai di depan ballroom dan dia disambut oleh Afif.

"Sorry kalau encik rasa tak selesa datang sini. Wakil CK Media yang suruh kita datang sini. Kebetulan mereka ada buat makan malam amal di sini." Terang Afif. Faris mengangguk.

"Jom kita pergi ke meja. Wakil dia sudah pun menunggu." Faris dan Afif berjalan bersama ke meja.

"Encik Jun, inilah Encik Faris, wakil syarikat pembangunan yang bersama saya untuk membangunkan resort itu." Afif kenalkan Faris kepada wakil CK Media itu. Lelaki Cina yang diperkanalkan dengan nama Jun itu berjabat tangan dengan Faris.

"Koh Jun Wei, director of production team from CK Media." Jun perkenalkan diri.

Koh Jun Wei? Sounds familiar.

"I'm Faris Daniel. Team leader from WA Constructions. Nice to meet you." Kata Faris. Jun senyum namun masih belum melepaskan pegangan tangannya.

"Have we meet somewhere before Encik Faris? I feel like I have known you for quite sometime." Jun masih senyum. Faris cuba mengingat.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now