-31-

505 37 9
                                    

"Tada!" kata Maria lepas dia keluar dari fitting room. Jasmine melihat gaun pengantin yang dipakai Maria. Dia menggeleng.

"Tukar yang lain." Jasmine memberi arahan. Maria masuk semula ke fitting room.

"Ayana, cuba awak cari baju pengantin yang warna pink lembut tu. Yang ada labuci dengan v shaped collar tu. Rasanya ada kat rak tu." Jasmine mengeluarkan arahan.

"Okay!" Ayana terus pergi mencari baju yang dimaksudkan oleh Jasmine.

Hari ini hari untuk Maria mencari baju pengantin yang sesuai dengannya untuk majlis perkahwinannya hujung minggu ini. Tinggal lagi 2 hari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung. Hari ini sudah hari Khamis. Dari hari Isnin lagi, Jasmine dan Maria serta Ayana sama-sama mencari barang untuk majlis Maria. Dari bunga telur, dulang hantaran sehinggalah barang hiasan pelamin. Kata Maria, untuk pelamin tu, tak payah bergerbang bagai. Cukup sekadar ada kerusi dan dihiasi sikit- sikit sudahlah. Jasmine menurut sahaja permintaan bakal pengantin.

"Maria, bila tunang awak nak datang?" soal Jasmine pada Maria yang sedang mencuba baju yang seterusnya. Kata Maria, tunangnya itu bekerja di sebuah pejabat berdekatan mereka sahaja. Jadi tunangnya bolehlah datang untuk mencuba baju pengantin juga.

Nak jadi cerita, mereka berjumpa sewaktu Maria menemani Jasmine ke majlis perkahwinan manager tunangnya itu tahun lepas. Sejak dari itu, mereka mula rapat. Kebetulan pula budak lelaki itu merupakan budak dari kampung halamannya juga. Kecilnya dunia. Tapi senanglah mereka, tak payah bergaduh masa raya nak balik rumah siapa.

"Katanya masa lunch hour nanti." Kata Maria.

"Yang ni okay tak?" Maria keluar dengan baju yang ketiga dia cuba untuk hari itu. Jasmine menilik dari atas ke bawah. Dia tidak puas hati. Baju itu nampak begitu besar dengan badan Maria yang kecil molek itu. Malah baju itu buat Maria kelihatan gemuk.

"Cik Jasmine ni baju yang cik minta tadi." Ayana datang bersama baju yang Jasine minta tadi. Jasmine senyum. Dia yakin baju ini sesuai untuk Maria.

"Awak cuba baju ini pula." Kata Jasmine.

Maka hari itu dihabiskan dengan mencari baju untuk Maria dan tunangnya.

***

"Cik betul ni nak kami balik dulu?" soal Ayana.

"Ya. Awak semua baliklah dulu. Esok kita sambung buat last fitting untuk baju kita." Kata Jasmine. Hari sudah hampir jam 10 malam saat mereka selesai menjahit apa yang patut pada baju yang bakal diperagakan di KL Fashion week nanti. Mereka menyambung membuat persiapan setelah mereka selesai mencari baju untuk Maria dan tunangnya.

"Cik jangan balik lambat sangat tau." Pesan Maria. Jasmine mengangguk.

"Oh Maria, saya terus ke rumah awak lepas habis fashion show tu tau. Barang-barang apa semua tu nanti saya bawa. Mungkin dalam area petang saya sampai." Kata Jasmine. Maria mengangkat isyarat okay.

"Bye cik jasmine!" lambai Ayana dan Maria. Jasmine turut melambai kemudian mengunci pintu butik sebelum dia naik ke pejabatnya di tingkat dua.

Duduk di sofa dalam biliknya, dia membuka telefonnya.

Pelik hari ini dia tak sibuk pula ambil tahu aku dah makan ke belum. Huh lelaki. Lama mana je nak terus bertahan. Hah baguslah macam ni. Aman hidup aku.

Jasmine membuka aplikasi instagramnya. Dia scroll feednya yang majoritnya dipenuhi dengan gambar koleksi baju-baju designer yang dia minat.

I want to be like them...

Ting! Ting!

Jasmine laju menoleh ke arah pintu bilik pejabatnya. Tu bunyi loceng pintu butiknya bila dibuka.

Aku kunci kan pintu butik tadi? Siapa yang masuk?

Jantung Jasmine berdegup laju. Tangannya mulai sejuk dan berpeluh. Dia sudah membatu di sofa. Dia lihat jam di telefonnya - 10.15 pm.

Mustahil ada orang yang datang ke butiknya malam begitu. Lagipula dia sudah kunci pintu butiknya.

Angin kot.

Jasmine cuba menenangkan dirinya kemudian dia teringatkan pintu bilik pejabatnya yang belum berkunci.

Ah pintu pejabat aku tak kunci. Jasmine bangunlah. Pergi kunci pintu tu!

Itu kata mindanya namun badannya tidak mahu bergerak.

Prang!

Kali ini bunyi seperti barang jatuh dari bawah pula bergema. Jasmine terkejut. Habis berdiri semua bulu romanya.

Ya Allah, ada pencuri ke yang masuk? Mustahil Ayana atau Maria. Tadi diorang inform di group diorang dah sampai di rumah.

Atau ada hantu? Hantu? Hantu?

Nafas Jasmine tersekat-sekat. Sebut pasal hantu memang dia lemah. Dia paling tak suka benda tu. Walaupun dia selalu stay sampai lewat malam di butiknya, tidak pernah terlintas tentang benda begitu, namun hari ini tiba-tiba suasana butiknya jadi lain.

Hari ni hari apa? Khamis? Eiiiik malam ni Khamis malam Jumaat!

Jasmine makin tak keruan.

Tap. Tap. Tap.

Bunyi derapan kasut menaiki ke tingkat dua begitu jelas didengarinya. Nafasnya turun naik.

Habislah habislah. Ya Allah lindungilah aku!

Jasmine makin cemas. Dia mula menggigil. Peluh dingin mulai mengalir di pipinya. Kakinya terasa lembik. Nak bangun pun tak mampu.

Kachak. Kachak.

Dengar pintu bilik pejabatnya seperti dibuka, Jasmine terus menyorok di bawah kerusi. Telefonnya yang jatuh entah kemana pun dia tidak tahu.

Pintu bilik pejabatnya dibuka. Jasmine memerhati dari bawah sofa itu. Sepasang kasut sukan lusuh dan kotor melangkah masuk. Kemudian langkah itu berhenti, seolah-olah dia melihat sekeliling bilik pejabat itu. Jasmine menutup mulutnya takut kalau dia mengeluarkan suara.

Please someone save me!

Tiba-tiba langkah kaki itu berjalan menghala ke sofa tempat dia menyorok. Jasmine makin cemas. Kepalanya buntu dek ketakutan yang melampau dan hanya satu nama yang terlintas saat itu.

"DANIEL!"

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now