-18-

579 40 1
                                    

Selesai makan malam, Hadi duduk di laman luar mengambil angin malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai makan malam, Hadi duduk di laman luar mengambil angin malam. Dia balik hujung minggu ke rumah untuk melawat ibunya dan juga Jasmine setelah hampir dua bulan dia tidak pulang. Melihat Jasmine dan ibunya sihat seperti biasa buat dia gembira. Cuma apa yang baru sekarang ini adalah kehadiran Yana. Dia tahu Yana adik Jasmine tapi entah kenapa dia rasa tidak selesa dengan kehadiran Yana di situ. Bukannya dia cemburu dengan kehadiran Yana tapi dia rasa tak sedap hati. Firasatnya mengatakan bahawa Yana akan sakiti Jasmine satu hari nanti.

Ish tak baiklah aku nilai orang macam ni. Walau macam mana pun, dia tetap adik Jasmine. Tapi walaupun dia adik Jasmine, kalau satu hari dia nak sakiti Jasmine, aku akan lawan dia. Itu janji yang aku buat sejak masa itu dan aku tak akan mungkirinya.

Hadi mengangguk. Ya janji yang dia buat dengan dirinya untuk sentiasa melindungi Jasmine tak akan pernah dia lupakan. Jasmine selamatkan dia jadi dia akan selamanya lindungi Jasmine.

"Apa yang Hadi mengangguk sorang-sorang ni?" suara Jasmine yang menegurnya tiba-tiba itu buat Hadi terkejut. Dia mengangkat muka memandang Jasmine. Jasmine duduk di sebelahnya di pondok itu.

"Kesihatan akak macam mana lately? Semuanya okay?" soal Hadi.

"Okay. I'm doing just fine." Jasmine senyum.

Tipu. Desis Hadi.

Bukan dia tidak tahu Jasmine pernah pengsan kerana panic attack. Puan Salmah ada memberitahunya. Cuma dia masih mencari punca kenapa dan bagaimana Jasmine boleh mendapat panic attack selepas hampir setahun sejak kali terakhir Jasmine diserang panic attack.

Tak akanlah perempuan tu masih datang kacau Jasmine lagi?!

"Akak..."

"Hadi..."

Serentak mereka berkata.

"Akak nak cakap apa tadi?"

"Hadi lah cakap dulu."

"No. Tak jadi. Hehe." Lain kali je lah aku tanya... desis Hadi.

"Yelah. Oh tak lama lagi Hadi start cuti semester kan?" soal Jasmine.

"Ah! Nasib baik akak tanya pasal tu. Hadi hampir lupa. Lagi dua minggu kan cuti semester Hadi mula?" kata Hadi. Jasmine mengangguk.

"Ok macam ni. Hadi nak minta izin akak untuk Hadi bawa mak sekali dengan Hadi." Jasmie kerut dahi dengan kata-kata Hadi. Dia menanti ayat yang seterusnya.

"Cerita dia macam ni. Minggu lepas, pak su Hadi ada datang jumpa Hadi. Adik bongsu mak. Kami pernah bagitahu tentang dia pada akak kan sebelum ni?" Jasmine mengangguk.

"Dia baru balik dari Jepun selepas 4 tahun duduk kat sana dan sekarang dia sedang bangunkan syarikat di sini. Itu sebab dia datang jumpa Hadi. Dia cakaplah kenapa kami tak bagitahu apa yang jadi pada kami 3 tahun kebelakangan ini. Disebabkan itulah, sempena cuti semester ini, dia ajak Hadi kerja part-time di syarikat dia dan dia juga ajak kami pindah duduk dengan dia di Penang. Dia cakap kalau kami nak terus duduk dengan dia pun tak apa. Dia cakap dia akan bagi sebuah rumah untuk kami kalau kami setuju untuk terus tinggal dengan dia."

Jasmine mendengar dengan teliti. Dia mengangguk. Hadi mencari reaksi di wajah Jasmine. Namun apa yang dia dapat lihat adalah wajah tenang Jasmine. Hadi senyum segarit. Jasmine memang pakar bab-bab menyorok perasaannya dengan wajah tenang dia namun Hadi tahu Jasmine mungkin sedikit terganggu dengan berita itu.

"Jadi apa keputusan Hadi? Mak Uda cakap apa?" soal Jasmine. Hadi senyum.

"Kami masih berfikir. Tapi apa yang pasti, cuti semester ni kami akan ke rumah dialah. Yelah dah lama kami tak jumpa dia kan." Terang Hadi. Jasmine mengangguk. Dia memeluk lutut. Hadi tersenyum melihat Jasmine.

"Akak jangan risau. Kalau ikutkan hati Hadi, Hadi akan stay sini sampailah akak kahwin. Sebab kalau kami pindah, tiada siapa yang nak jaga makan minum akak. Jadi mayat hidup lah akak jawabnya." Kata Hadi. Jasmine menyiku lengan Hadi namun apa yang Hadi cakap ada betulnya.

"Hadi, walau apapun keputusan Hadi dengan Mak Uda nanti, akak terima je. Serious. Kalau Hadi dengan Mak Uda nak pindah, akak tak halang. Akak tak ada hak untuk halang. So just make the best decision for both of you. Okay?" Jasmine mengukir senyum. Begitu juga Hadi. Dia mengangguk. Kemudian Jasmine berjalan masuk kedalam rumah semula. Katanya masih ada kerja yang perlu dia siapkan.

***

Apa kaitan mamat ni dengan akak? Mesra bukan main!

Yana mengintai perbualan Hadi dan Jasmine di pondok itu dari jauh. Sejak dari kedatangan Hadi siang tadi lagi dia sudah nampak kemesraan antara Hadi dan Jasmine. Dan apa yang buat dia lebih sakit hati, Jasmine nampak lebih relaks dan lebih banyak senyum bersama Hadi daripada apabila mereka berdua bersama.

Bila Jasmine sudah masuk ke dalam rumah, Yana berjalan ke pondok mendapatkan Hadi yang masih menikmati angin malam.

"Oh awak.... adik Jasmine kan?" tegur Hadi bila tiba-tiba Yana duduk di hujung pondok, bertentangan dengan dirinya.

Jauh jugalah dia duduk.

Hadi menahan tawa.

Yana berpeluk tubuh.

"Kau siapa hah? Apa kaitan kau dengan keluarga ni?" Yana menyoal dengan nada yang agak kasar.

"Whoa chill bro. Don't be too fire up. You might burn yourself." Balas Hadi sinis.

"Then just answer my question quickly!" Yana menahan geram.

"Ah~ looks like you don't like me. Okay I got it." Hadi berdiri. Yana turut berdiri.

"Apa masalah kau hah? Aku cuma tanya kau siapa dan kau reply aku macam ni? Huh tak sedar diri langsung kan kau ni." Yana berjalan kearah Hadi sambil berpeluk tubuh bersama senyuman sinis di wajahnya.

"Aku? Tak sedar diri? Aku rasa term tu lebih sesuai untuk kau kot. Baik kau cermin diri kau dulu sebelum mengata orang." Kata Hadi selamba. Jujur kata-kata Yana tiada pun terkesan dihatinya.

"Kau!" Yana mengangkat tangan untuk memukul Hadi namun Hadi menghalang. Dia memandang tepat kedalam anak mata Yana.

"You know what, I'm not wrong for choosing not to like you from the very first moment I saw you." Hadi melepaskan tangan Yana dan berpaling dari Yana. Wajahnya berubah serius. Dua langkah kemudian Hadi berhenti dan berpaling pada Yana yang masih kaku.

"Oh and bear in mind if you hurt Jasmine, I'll break you. I don't care if you're her sister." Kata Hadi dingin kemudian dia berjalan masuk ke dalam rumah.

Yana mengepal penumbuk.

Apa masalah mamat ni?!

*

*

*

A/N: Sorry tak update chapter ni semalam. Semalam saya balik kerja pun dah petang dan saya saaaaangat penat. Sorry geng~ 

 Sorry geng~ 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now