-3-

908 52 0
                                    

Tepat jam 3, butik ditutup dan semua pekerja sedang menanti keluarga Puan Sri untuk sampai ke situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tepat jam 3, butik ditutup dan semua pekerja sedang menanti keluarga Puan Sri untuk sampai ke situ. Dari maklumat yang diperoleh, semua ahli keluarga dari pihak lelaki akan datang ke sini. Jasmine meneliti sekali lagi baju-baju yang sudah siap dijahit. Takut kalau-kalau ada cacat cela di mana-mana. Takut juga dia, sudahlah tetamu VIP ni.

"Cik Jasmine, keluarga Puan Sri dah sampai." Kata Maria sambil menghulurkan jaket kepada Jasmine. Jasmine mencapai jaket hitam itu dan menyarungnya, menyerlahkan lagi profesionalism dirinya.

"Ok. Panggil semua pekerja untuk ke depan." Jasmine mengeluarkan arahan dan dia melangkah ke bahagian hadapan. Sebaik kelibat keluarga Puan Sri menyapa pandangannya, segera dia menguntum senyum.

"Assalamualaikum dan selamat datang, Puan Sri, Tan Sri." Sapa Jasmine bersama senyuman manisnya saat dia berjabat tangan dengan Puan Sri.

"Waalaikumussalam." Jawab Puan Sri dengan senyuman lebar terukir dibibirnya. Walaupun ini kali kedua dia berjumpa Puan Sri, namun dia masih rasa kagum dengan penampilan Puan Sri yang simple namun masih elegant. Sikap ramah Puan Sri saat pertama kali mereka bertemu juga buat Jasmine tidak rasa kekok untuk berurusan dengan dia. Tan Sri juga begitu. Peramah dan rendah diri orangnya.

"Jasmine sihat?" soal Puan Sri sambil memegang tangan Jasmine. Dia masih meguntum senyum.

"Sihat. Alhamdulillah. Puan Sri sekeluarga sihat?"

"Kami sihat alhamdulillah." Jawab Tan Sri bagi pihak isterinya.

"Eh kenapa kita masih berdiri kat sini? Marilah masuk. Kita ke bilik yang sana." Kata Jasmine sambil menunjuk jalan ke satu ruang yang sudah siap tersusun semua baju tempahan keluarga Puan Sri. Keluarga Puan Sri semua mengikut dari belakang.

Sampai di ruangan itu, ahli keluarga Puan Sri yang hadir, 7 orang kesemuanya, duduk di tempat yang sudah disediakan. Jasmine membuat isyarat supaya pekerjanya membawa keluar semua baju tempahan yang telah dibuat.

"Oh Jasmine, saya kenalkan ni bakal besan saya, Encik Alif dan Puan Aina. Rasanya masa saya datang dengan mereka untuk ambil ukuran dulu tu, Jasmine outsation. Jadi ini kali pertama lah kan Jasmine jumpa mereka?" Kata Puan Sri.

"Haah saya outsation masa tu. Saya Jasmine." Jasmine perkenalkan diri sambil menyalami Puan Aina. Puan Aina senyum. Begitu juga Encik Alif.

"Hah yang ni pula bakal pengantin, Ryan dan Adina. Dan yang itu Zara anak perempuan saya. Rasanya Jasmine pernahkan jumpa mereka sebelum ni?" Jasmine mengangguk dengan soalan Puan Sri.

"Ya saya pernah jumpa mereka masa hari pertama kita ambil ukuran tu. Tapi lepas itu saya banyak urusan jadi tak sempat jumpa meraka. Saya minta maaf ya Puan Sri."

"Ish apa pula nak minta maafnya. Bukan salah Jasmine pun." Puan Sri senyum. Begitu juga dengan semua yang berada di dalam ruangan itu.

"Hmm kalau Puan Sri kata macam tu, ha eloklah kalau kita terus buat fitting baju. Takut nanti ambil masa Puan Sri lama-lama kat sini, serba salah pula saya. Jadi siapa yang mula-mula nak try baju ni?" Jasmine senyum.

"Hah kamu pergi cuba baju kamu dulu Adina. Kamu ni star of the show." Kata-kata Puan Sri mengundang tawa. Adina tersipu malu dan dia dibawa kebelakang untuk mencuba gaun pengantinnya oleh Maria.

Jasmine duduk di antara Puan Sri dan Puan Aina di meja bulat dan mereka serius berbincang mengenai aturan hiasan yang mereka mahu di majlis itu nanti. Zara pula sedang melihat-lihat sekeliling butik. Baju-baju rekaan Jasmine sangat menarik minatnya. Tan Sri dan Encik Alif pula duduk berbual di sofa sementara Ryan sedang menelefon seseorang.

"Ryan, mana adik kamu ni? Tak sampai-sampai lagi ke dia?" soal Puan Sri sebaik Ryan menamatkan panggilan.

"Kejap lagi dia sampai. Dia cakap dia dah kat simpang depan tu." Kata Ryan. Puan Sri mengangguk.

"Haih budak ni. Selalu lambat." Rungut Puan Sri.

"Alah kejap lagi dia sampailah tu." Kata Puan Aina.

"Ada ahli keluarga Puan Sri yang masih belum sampai?" soal Jasmine.

Serentak dengan itu, bunyi pintu dibuka dan derapan tapak kaki yang kian menghampiri mereka buat fokus mereka tertumpu pada muka pintu.

"Hai mummy!" sapa Wafi ceria sebelum dia perasan bahawa keluarga mentua abangnya turut berada di situ dan seorang gadis yang tidak dikenalinya turut berada di sisi ibunya. Terus dia tersengih malu dan mengambil tempat di sebelah Puan Sri namun matanya masih pada gadis itu.

Siapa dia ni?

Siapa dia ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now