-27-

491 38 9
                                    

[WARNING: Bab ini mengandungi cursing words dan beberapa perkara yang tidak patut dicontohi. And maybe something that can trigger you (?) Idk...]

*flashback*

10 tahun yang lalu

Hani dan gengnya duduk bermain kad di tepi bangunan sekolah. Mereka skip kelas subject Matematik, subjek terakhir untuk hari itu. Hani yang berusia 16 tahun waktu itu jadi seperti remaja yang lain - rebellious.

"Ha! Oh yeah~ Aku menang lagi!" Kata Hani dengan muka bangga saat dia meletakkan kad kemenangannya. Ahli gengnya yang lain yang terdiri daripada 5 orang lelaki semua merungut.

"Ah sakitlah kalau macam ni. Asyik kau je yang menang." Kata Jun sambil mengeluarkan sekotak rokok. Hani nampak dan segera dia merampas kotak itu.

"Wei, dalam kawasan sekolah ni. Chill bro." Kata Hani. Jun mengangkat tangan surrender.

"Aku tak nak burukkan lagi rekod kita yang dah sedia ada buruk.Kat luar, kau nak merokok, merokoklah berapa banyak kotak kau nak. I don't give a damn about that. Okay?" Hani mencampak kembali kotak rokok itu kepada Jun.

"Noted boss." Jun menyimpan kembali kotak rokok kedalam poket seluarnya. Dalam kalangan geng mereka, hanya Hani sahaja perempuan dalam itu. Namun begitu, Hani seperti ketua di kalangan mereka. Satu sekolah kenal geng mereka ni.

"Hey boss. Mana Daniel? Dah lama dia tak lepak dengan kita." Soalan dari Capang buat Hani terhenti dari menyusun kad. Air wajahnya berubah. Dia mengeluh.

"Entahlah mamat tu. The last time aku tahu pasal dia pun, dia dapat awek. Finally. And after dia dapat perempuan tu, dia stop lepak dengan aku. Katanya nak bagi 'komitmen' dalam relationship diorang. Huh what a bullshit." Ada nada sebal disitu.

Yelah mana tak sakit hati, dia dan Daniel satu geng dari sekolah rendah sekali dengan Jun dan Capang. Menakal sama-sama, buat jahat sama-sama, terjun lombong sama-sama dan bila Daniel dapat awek, dia tinggal mereka macam tu je? Tahulah first time 'in relationship'. Ugh!

"Tapi boss tak nak tahu ke siapa budak perempuan tu? Yelah sampai Daniel tak pandang kita dah." Kali ini giliran Zaki pula menyoal. Hani mengangkat bahu.

"As long as she is not one of that bitch I hate, I'm okay with it." Kata Hani. Kemudian loceng berbunyi. Mereka berkemas untuk pulang. Dah habis waktu sekolah, baliklah.

"Malam ni, tempat biasa. Okay?" Kata Hani. Dia menggalas beg galasnya dan menyarung baseball cap hitam kegemarannya. Mereka semua mengangguk dengan kata-kata Hani. Kemudian Hani mengayuh basikalnya pulang.

***

Hani menyarung tshirt putih dan hoodie hitam. Dia berjalan ke ruang tamu, melintasi ibu dan adiknya, Yana yang sedang menonton television untuk turun ke bawah, ke tempat dia meletakkan basikalnya.

"Akak nak pergi mana?" Tegur Yana. Hani sekadar buat tak tahu dengan soalan Yana. Dibiarnya soalan Yana berlalu bersama angin. Dia terus ke pintu depan dan mencapai converse merah miliknya di tepi tangga.

"Ignore je dia Yana. Biarlah dia nak buat apa pun. Jangan balik bawa perut sudah. Nanti menyusahkan orang je." Kata Pn Lutfah tanpa sedikit pun menoleh kearah Hani. Hani sekadar mengangkat middle finger sebagai respon kepada kata-kata Pn Lutfah. Hormon 16 tahunnya merasakan itu adalah jawapan terbaik sebagai ganti daripada makian. Walau macam mana pun itu ibunya. Ustazah cakap, tak baik derhaka. So dengan tak keluarkan kata-kata kesat kepada ibunya, okaylah kan tu?

Hani mencapai basikalnya dan mengayuh ke arah kedai tempat mereka selalu melepak malam-malam. Sebaik dia sampai, dia disambut dengan sorakan.

"Jadi apa kita nak buat malam ni?" Soal Hani.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now