-36-

820 52 12
                                    

"Jadi apa progress kamu dengan Wafi?" soal Puan Lutfah sebaik panggilan telefon diangkat.

"Hmm tak banyak progress pun." Kata Yana dengan nada sedih. Dia berbaring di katilnya.

"Aih kamu kata kamu dah dapat jadi secretary dia. Tak akanlah dah satu tempat kerja kamu tak dapat nak pikat dia?" soalan Puan Lutfah di sambut dengan keluhan kuat dari Yana.

"Entahlah ibu. Puas dah Yana bagi hint, buat macam-macam tapi macam tak berkesan." Kata Yana.

"Yana nampak dia makin rapat dengan kakak adalah. Selalu tu Yana nampak diorang keluar sama."

"That girl! ugh how dare she take him from you." Puan Lutfah berkata marah.

"Alah ibu janganlah marah. Kakak tak salah apa-apa pun."

"Ha nilah masalah kamu. Baik sangat. Kakak kamu tu tak layak untuk dia. Hanya anak ibu yang cantik ini je yang layak untuk orang setampan Wafi. Tak apa, kamu cuba je lagi. Lelaki mana yang tak akan suka kamu? Kamu buat je bahagian kamu, ibu buat cara ibu." Kata Puan Lutfah.

"Ibu please. Stop nak gunakan cara karut tu ok. Yana tak nak dapat Wafi dengan cara macam tu." Kata Yana.

"Haaaa yelah yelah. Ibu tak akan buat tu."

Knock! Knock!

"Cik Yana, makan malam dah sedia." Panggil Mak Uda.

"Okay." Jawab Yana.

"Ibu, lain kali Yana telefon ibu semula." Kata Yana.

"Aih seronoknya kamu ada orang gaji kat rumah tu. Patutnya dia hantar orang gaji juga kat rumah ibu ni. Dasar anak tak kenang budi." Kata Puan Lutfah kasar.

"Ish ibu ni. Oklah Yana turun makan dulu. Assalamualaikum." Telian dimatikan.

Yana kemudian berjalan turun ke ruang makan namun hanya ada Mak Uda di situ. Dia menarik kerusi di meja makan.

"Mana kak Jasmine?" soal Yana sebab dia tak nampak Jasmine di mana-mana.

"Cik Jasmine keluar dengan Encik Wafi tadi. Ada dinner di luar." Jawab Mak Uda sambil menyendok nasi untuk Yana. Yana hanya mengangguk perlahan.

Lagi? aih makin kerap pula diorang berdua ni keluar.

Rasa sakit hati Yana bertambah.

***

Sekitar menghampiri jam 10 malam, bunyi pagar dibuka menarik perhatian Yana dari televisyen. Segera dia berjalan ke pintu dan melihat Jasmine sedang berbual dengan Wafi di pintu pagar. Sekejap mereka berbual dan Jasmine kembali menutup dan mengunci pintu pagar. Jasmine berjalan ke pintu rumah. Yana membuka pintu rumah untuk Jasmine.

"Thank you." Ucap Jasmine.

"Hmm." Pendek jawab Yana kemudian terus dia naik ke biliknya.

Dia sakit hati tengok Jasmine dengan Wafi. Makin lama, diorang berdua makin rapat dan kalau dia tak buat apa-apa jawapannya Wafi akan jatuh ke tangan Jasmin yang mana dia tidak mahu itu terjadi.

"Aku kena buat something." Bisik Yana sebaik masuk ke dalam biliknya.

***

Ding dong.

Mendengar loceng rumah ditekan, Mak Uda laju melihat siapa yang menekan loceng.

"Siapa tu Mak Uda?" soal Jasmine yang kebetulan baru turun dari biliknya. Yana pula menyusul di belakang.

"Oh En Wafi. Katanya nak jumpa Cik Jasmine." Kata Mak Uda.

"Nak jumpa saya?" soal Jasmine pelik. Dia melihat jam dinding dan masih pagi. Dia nak apa jumpa aku pagi-pagi hujung minggu ni?

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now