-7-

817 55 0
                                    

Yana terbangun dari tidur kerana dikejutkan oleh Mak Uda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yana terbangun dari tidur kerana dikejutkan oleh Mak Uda. Kata Mak Uda sarapan sudah siap disediakan. Yana berjalan ke bilik air dan mencuci muka serta memberus gigi. Rambutnya yang separas bahu disanggul kemas. Keluar dari bilik air, dia mencapai tuala untuk mengelap mukanya dan melihat jam sekilas. Jam menghampiri 8.30 pagi. Dia melihat sekeliling bilik yang cantik itu. Sedar tak sedar sudah hampir seminggu dia di rumah kakaknya namun belum sekali pun dia duduk semeja makan dengan kakaknya. Sepanjang minggu ini, Jasmine lebih banyak menghabiskan masanya di bilik kerjanya. Makan, minum semuanya Mak Uda hantar ke bilik kerja Jasmine. Di meja makan tu, hanya dia seorang atau kadang-kadang Mak Uda duduk makan sekali itu pun kalau Yana yang minta supaya Mak Uda duduk makan sekali.

"Selamat pagi Mak Uda." Sapa Yana kemudian mengambil tempat duduk di meja. Nasi goreng sudah siap terhidang di meja. Aroma yang menyelerakan membuatkan perut Yana berkeroncong.

"Ada orang lapar betul nampaknya." Suara Jasmine kedengaran dari belakang. Yana menoleh ke arah Jasmine yang masuk ke dapur bersama lasagna yang masih berasap. Jasmine melempar senyum kepada adiknya. Dia meletakkan lasagna yang masih panas itu ke atas meja dan membuang sarung tangan oven dari tangannya.

"Wah! Akak masak sendiri ke ni?" soal Yana teruja. Jasmine mengangguk dan mengambil tempat di meja, bertentangan dengan Yana.

"Mestilah. Mak Uda mana tahu masak makanan western ni." Kata Jasmine sambil menyiku Mak Uda yang sedang menyapu jem pada roti untuk dihidangkan kepada Jasmine.

"Hmm Mak Uda tahu masak makanan traditional je. Lainlah Cik Jasmine. Cik Jasmine kan terer bab-bab masak makanan barat ni." Kata-kata Mak Uda buat Jasmine ketawa.

"Cukup ke ni Cik Jasmine?" soal Mak Uda selepas dia menyapu 3 keping roti dengan jem. Jasmine mengangguk. Kemudian Mak Uda meletakkan roti itu di pinggan Jasmnine.

"Terima kasih Mak Uda. Mak Uda, sinilah duduk makan sekali dengan kami." Jasmine menepuk kerusi di sebelahnya sebagai isyarat supaya Mak Uda duduk sekali bersarapan dengan mereka.

"Ha yelah. Sekejap, Mak Uda nak ambil pinggan." Kemudian Mak Uda menghilang ke dapur. Senyuman masih bersisa di wajah Jasmine.

"Akak rapat betul kan dengan Mak Uda." Tegur Yana. Dia menghirup teh tarik dari cawannya. Jasmine hanya senyum dan menyuap rotinya ke mulut. Tak lama kemudian, Mak Uda kembali bersama pinggan dan menyertai mereka dua beradik di meja makan.

"Berapa lama Yana plan nak stay sini?" soal Jasmine dengan wajah selamba. Riak wajah Yana berubah sedikit.

"Kenapa? Akak tak suka ke Yana duduk sini lama-lama?" Yana berhenti dari menyuap makanan.

"Tak. Bukan tu maksud akak. Akak gembira kalau Yana nak duduk sini. Duduklah lama-lama pun, akak tak kisah. Cumanya manalah tahu, Yana ada rancangan nak pergi kemana-mana ke lepas ni. Macam nak cari kerja ke nak bercuti ke." Wajah Yana kembali berseri.

"Oh... hehe sebenarnya Yana datang sini sebab nak bercuti. Bercuti kat rumah akak. Saja nak lepak-lepak. Yana tak plan nak cari kerja lagi. Nanti bila Yana dah bersedia, Yana baru akan cari kerja. Err...akak tak marah kan?" Yana melihat wajah Jasmine, kalau-kalau ada perubahan namun Jasmine masih beriak selamba.

"Okay kalau itu plan Yana akak okay je. Nanti kalau Yana nak keluar ke, nak beli-beli barang ke, minta je duit dengan akak. Nanti akak bagi duit poket." Kata Jasmine dengan selamba kemudian menyuap sesudu lasagna ke dalam mulutnya. Mata Yana sudah terbeliak.

"Seriouslah akak? Sebab Yana ada je duit-duit tabung Yana tu. Tak payahlah akak susah-susah nak bagi duit."

"Tak payah. Simpan je duit tu. Guna duit tu nanti bila Yana start nak cari kerja. Okay?" Jasmine menyoal sambil mengangkat sebelah keningnya. Yana mengangguk dengan senyuman lebar di bibirnya.

"Okay, terima kasih akak! Sayang akak!" Yana masih tersenyum. Jasmine hanya mengangguk dan menghabiskan suapan yang terakhir.

"Kalau ibu jumpa akak, mesti ibu bangga." Mendengar perkataan 'ibu' disebut buat Jasmine terhenti dari menuang teh ke dalam cawannya. Mak Uda yang perasan akan perubahan itu, segera mencapai teko itu sebelum Jasmine terlepaskannya. Mak Uda menuangkan teh ke dalam cawan Jasmine dan barulah Jasmine seperti tersedar dari lamunannya.

"Akak, akak tak nak jumpa ibu ke? Ibu cakap akak tak pernah jumpa dia sejak akak balik sini 3 tahun lalu." Yana masih terus bercakap tentang ibu mereka tanpa mengetahui apa yang berlaku antara Jasmine dan ibu mereka. Jasmine diam menghirup tehnya. Mak Uda memerhati Jasmine yang sudah diam seribu bahasa.

"Akak naik atas dululah. Apa-apa hal, Yana rujuk Mak Uda. Kalau emergency sangat, baru cari akak. Akak busy." Kata Jasmine senada. Dia meletakkan cawannya dan meninggalkan ruang makan tanpa sepatah kata. Yana tertanya-tanya kenapa tiba-tiba Jasmine berubah.

Aku ada salah cakap ke?

***

Faris dan Wafi masing-masing sibuk mengemas dapur yang bersepah kerana mak Wafi tiba-tiba cakap mereka nak datang rumah Wafi malam tu. Apalagi, terkejutlah mereka. Rumah dahlah bersepah macam orang baru habis perang. Rumah bujang lah katakan.

"Wafi, mop mana mop?" laung Faris dari dapur. Wafi yang sedang menyapu ruang tamu berhenti. Dia berfikir. Ada ke dia beli mop?

"Aku rasa macam kita tak beli mop." Jawab Wafi. Faris keluar dari dapur.

"Cuba kau pergi minta dengan rumah sebelah." Faris mengeluarkan cadangan.

"Ish seganlah."

"Sejak bila kau pandai segan ni. Dah dah pergi sana." Faris mengeluarkan arahan sebelum dia menghilang ke dapur. Nak tak nak Wafi terpaksa jugalah tebalkan muka pergi minta mop kat rumah sebelah. Dia menyarung t-shirt biru lembutnya dan berjalan ke rumah sebelah.

Sampai di depan pagar, dia menekan loceng. 3 saat dia menunggu kemudian dia mendengar bunyi selipar disarung dan tapak kaki berjalan kearah pagar. Pagar kayu yang lebih tinggi darinya itu membuatkan dia tidak nampak siapa di sebalik pagar itu.

"Ya, cari siapa?" suara perempuan bertanya dan dia membuka sedikit pagar itu. Wafi nampaklah dua biji mata dari celah pagar itu.

"Erm, hi. Saya duduk rumah sebelah. Nak pinjam mop boleh?"

 Nak pinjam mop boleh?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now