-9-

751 49 0
                                    

"Mummy, kan Wafi dah cakap tak perlu buat semua ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mummy, kan Wafi dah cakap tak perlu buat semua ni." Kata Wafi sambil dia mengekori Puan Sri yang sibuk dari tadi membawa pelbagai makanan keluar dari dapur untuk disusun di atas meja yang sudah siap tersedia di ruang tamu.

"Nope! We surely need to do this. Kita mesti buat kenduri doa selamat tau kat rumah ni supaya anak mummy ni sentiasa selamat." Puan Sri menarik pipi Wafi. Wafi mengeluh. Mahu atau tidak, dia ikutkan juga idea ibunya ini. Dia fikir ibunya hanya sekadar datang melawat dirinya di sini rupa-rupanya Puan Sri ada plan lain. Bolehnya Puan Sri datang dan beritahu dia dan Faris bahawa malam ini ada kenduri doa selamat yang akan berlangsung di rumahnya. Katanya tetamu dan orang masjid sudahpun dijemput. Tepuk dahi Faris dan Wafi saat mereka mendengar pengumuman tu.

"Oh mummy lupa nak bagitahu. Wafi tolong jemput jiran sebelah rumah Wafi juga. Boleh mummy kenal-kenal." Kata Puan Sri.

"Ish seganlah Wafi. Mummy pergilah." Kata Wafi. Wafi menggosok lehernya.

"Kenapa nak segan pula?" soal Puan Sri pelik.

"Sebab ada anak dara tinggal kat sebelah rumah ni." Sampuk Faris yang muncul sentah dari mana. Wafi menjegilkan matanya ke arah Faris.

"Ohhh patutlah segan." Puan Sri senyum penuh makna pada Wafi.

"Tapi mummy tak kira. Wafi pergi juga jemput orang sebelah."

"Eh Faris kau pergilah jemput orang sebelah." Wafi mengahalakn tugas itu kepada Faris.

"Cannot do that bro. Got things to do." Faris mengangkat kunci keretanya tanda dia perlu keluar.

"Faris kena pergi jemput Pak Imam nanti. So ini kerja Wafi. Dah pergi pakai lawa-lawa. Nak pergi jemput anak dara orang kan?" Puan Sri dan Faris ketawa. Wafi cemberut namun dia turutkan juga permintaan ibunya. Jujurnya dia tidak berapa cam wajah jiran sebelah rumahnya sebab dia jumpa dengan gadis itu hanya sekejap. Selebihnya dia hanya berinteraksi dengan orang gaji di rumah itu sahaja.

***

Yana berbaring di sofa sambil menonton rancanan kegemarannya - The Voice. Di tangannya ada sepek makanan ringan Twisties. Masuk hari ini, sudah hampir seminggu berlalu selepas kejadian Jasmine pengsan secara tiba-tiba hari itu.

Walaupun dia terasa ingin tahu bagaimana dan mengapa itu terjadi, namun dia ambil keputusan untuk diam. Hampir sepuluh tahun dia tidak berada dalam hubungan yang rapat dengan Jasmine, maka logiklah kalau banyak perkara yang dia tidak tahu tentang Jasmine. Dan untuk dia tanya perkara personal begitu pada Jasmine, erm rasanya tak perlu kot. Cuma apa yang dia tahu, ibunya tidak sukakan Jasmine. Mungkin ada sesuatu yang Jasmine lakukan sehingga ibunya jelas tidak berminat apabila hal-hal berkaitan Jasmine dibangkitkan.

Ding! Dong!

Loceng rumah tiba-tiba berbunyi namun Yana tidak endahkannya kerana kebiasaannya yang akan membuka pintu rumah adalah Mak Uda.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now