-28-

496 39 3
                                    

Pejabat Wafi

Knock! Knock!

Pintu pejabat Wafi diketuk dari luar.

"Masuk!" arah Wafi. Dia masih tekun membaca kertas kerja di tangannya.

"Busy betul bos saya ni. Dah makan tengah hari ke belum?" tegur satu suara perempuan. Wafi angkat wajah dan tersenyum dengan gadis di hadapannya ini.

"Oh Yana. Dah masa rehat ke?" soal Wafi.

Sejak dua minggu yang lalu, Yana diterima kerja di syarikatnya sebagai setiausahanya. Kebetulan setiausahanya berhenti kerja dan Yana juga mengatakan yang dia sedang mencari kerja. Alang-alang ada kosong tu, dia offer lah pada Yana.

"Dah lah bos. Sebab itu saya masuk. Bos tak keluar makan ke?" soal Yana.

"Saya tak perasan masa sebenarnya. Yana dah makan?" soal Wafi sambil mengemas mejanya.

"Belum lagi. On the way nak ke cafe lah ni." ujar Yana. Dalam hati berharap untung-untung Wafi ajak makan sekali. Lagipun Faris keluar outstation. Biasanya Wafi keluar makan dengan Faris. Cuma sejak seminggu yang lalu, asal waktu rehat je Faris menghilang. Entah kemana perginya.

"Oh great. Jomlah kita makan sekali. Sunyi juga saya makan sorang-sorang. Biasa ada Faris." Wafi ketawa. Yana senyum.

Yes! Dapat makan dengan Wafi~ Yana bernyanyi riang.

Mereka berjalan bersama ke cafe syarikat yang terletak di tingkat 1. Selepas mengambil makanan, mereka duduk semeja. Ada mata-mata yang memandang namun Yana buat tidak endah. Lagipun dalam diam, dia lagi suka kalau ada gossip tentang dia dan Wafi. Bolehlah dia claim Wafi untuk dia je.

Tapi aku tak tahu status akak dengan Wafi lagi....

"Jasmine dah tahu ke yang Yana kerja sini?" soal Wafi sambil menghirup air sirap limau yang dipesan tadi.

"Ha? Oh...dah. Dia dah tahu." Kata Yana sambil mengalih pandangan matanya. Hakikatnya dia tidak pernah bagitahu pun yang dia sudah mula bekerja di syarikat Wafi.

Belum lagi.

Minggu lepas, selepas Jasmine memarahinya dan Jasmine keluar dari rumah malam itu, esok paginya dia keluar awal. Kemudian, Jasmine tidak balik untuk beberapa hari. Mungkin Jasmine outstation. Yelah kakaknya itu kan sibuk memanjang. Dan sejak itu, sehinggalah hari ini, dia tidak bercakap dengan kakaknya. Mereka buat hal masing-masing. Lagipula akhir-akhir ini Jasmine selalu balik lewat malam.

Banyak kerja kot dia. Nantilah aku bagitahu tentang ni.

***

Butik Jasmine

Jasmine sibuk mewarnakan design bajunya yang bakal digayakan di KL Fashion week minggu depan saat pintu biliknya diketuk.

"Cik." Tegur Maria, setiausahanya sebaik dia sampai di meja Jasmine. Jasmine berhenti mewarna dan mengangkat wajahnya.

"Kenapa? Ada problem kat butik ke?" soal Jasmine. Maria menggeleng.

"Cik Jasmine dah makan tengah hari ke belum?" soalan Maria buat Jasmine kerut dahi.

Faris ada kat bawah ke? Bukan ke Faris keluar outstation?

Sejak dia keluar hospital beberapa hari lepas, memang Faris balik-balik mengingatkan dia untuk makan tepat pada masanya. Mula dari sarapan, Faris akan pastikan Jasmine menghantar gambar makanan sarapan yang Jasmine makan untuk pagi itu. Dan setiap kali waktu makan tengah hari, Faris akan datang ke butik, membawa dia pergi makan tengah hari. Makan malam pula, Faris akan datang bawa makan ke pejabatnya. Sebab Jasmine sibuk dengan persiapan untuk KL Fashion Week, jadi Jasmine stay sampai malam di pejabatnya untuk menyiapkan beberapa design. Dan Faris akan duduk di pejabatnya, memastikan dia makan malam dan duduk di pejabat sampailah kerja Jasmine selesai untuk hari itu. Walaupun Jasmine langsung tidak bercakap dengan Faris, namun dia tetap menemani Jasmine.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now