-20-

593 33 0
                                    

Yana menyiram pokok di luar rumah sambil matanya menjeling ke rumah sebelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yana menyiram pokok di luar rumah sambil matanya menjeling ke rumah sebelah. Untung-untung boleh nampak Wafi. Sebenarnya Yana menaruh perasaan pada Wafi sejak kali pertama lagi dia melihat Wafi. Cuma akihr-akhir ini bila dia selalu nampak kakaknya dengan Wafi, ada sedikit perasaan tercabar dalam dirinya.

Macam mana kalau kakak pun ada perasaan pada Wafi? Apa yang patut aku buat untuk dapatkan perhatian Wafi?

Persoalan itu kerap hadir dalam mindanya. Yana mengeluh.

"Rasanya kalau pokok tu orang boleh mati lemas gamaknya." Wafi menegur Yana sekaligus menyebabkan Yana terkejut dan tersembur air pada bajunya. Habis separuh bajunya basah.

"Hahaha sorry sorry. Saya tak bermaksud nak terkejutkan awak macam tu sekali." Kata Wafi. Niatnya hanya mahu menegur Yana yang berangan jauh tu. Yana mengibas bajunya yang basah.

Ish buat malu je! Dah lah depan Wafi...

"Tak apa. Salah saya. Berangan banyak sangat. Hehe. Abang baru balik dari kerja?" soal Yana. Wafi menggeleng.

"Tak lah. Abang baru balik dari rumah mummy. Alang-alang bercakap tentang mummy. Hujung minggu ni awak semua free tak?'

"Saya free selalu. Tapi kak Jasmine tu saya tak pasti. Kenapa?" soal Yana penasaran.

"Oh hujung minggu ni mummy abang tu ha sibuk nak buat piknik. Lepas tu dia suruh abang jemput jiran abang ni ha." Terang Wafi. Yana mengangguk.

"Kalau macam tu nanti saya tanya kak Jasmine lepas tu saya bagitahu abang. Ok?" Yana senyum.

Bolehlah jadi alasan untuk bercakap dengan dia nanti. Hehe. Desis Yana.

"Oh tak apa. Abang boleh whatsapp dia je nanti." Jawapan Wafi buat Yana terkejut.

Maknanya kakak dan Wafi memang selalu contact lah ni.

"By the way, Jasmine tak balik kerja lagi ke? Tak nampak kereta dia pun."

"Ha? Oh... kak Jasmine pergi hantar Mak Uda ke terminal bas." Jawab Yana.

"Mak Uda nak pergi mana?"

"Mak Uda balik Penang jumpa adik dia. Jadi kakak tolong pergi hantar dia ke terminal bas." Terang Yana. Wafi mengangguk faham.

"Oh. Okaylah saya masuk dalam dulu. Dah dah lah tu siram bunga. Mati lemas bunga tu nanti." Usik Wafi. Yana senyum.

Aih...Wafi. Kenapa kau ni comel sangat...

***

Jasmine singgah di food court berdekatan dengan rumahnya untuk menapau makanan. Mak Uda tak ada jadi dialah yang bertanggungjawab untuk jaga makan minum Yana. Kalau dia sorang-sorang je tinggal kat rumah tu, rasanya dia mungkin makan sekali sehari je untuk survive. Makan untuk hidup. Lagi-lagi sekarang ni dia hilang selera makan. Berat badannya pun susut lagi. Sementara dia menunggu makanannya siap, pandangannya tiba-tiba gelap, kepalanya pusing.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now