-29-

485 39 7
                                    

"Saya gembira dengan hasil kerja dari pihak awak, Encik Faris. Cepat dan pantas, seperti slogan awak." Kata Afif, pemilik MONX Holdings, syarikat yang membangunkan resort di Pantai Cherating itu. Faris senyum.

"Saya pun gembira sebab encik memilih kami untuk membangunkan resort ini." Kata Faris.

Mereka baru selesai melihat-lihat resort yang 95% siap itu. Resort yang dijangka akan dibuka dua bulan akan datang, pastinya akan mendapat sambutan dan menjadi tumpuan pelancong. Resort yang dibina ala Bali itu dilengkapi dengan sauna dan spa, trek pejalan kaki yang cantik, ditambah lagi dengan pemandangan alam sekitar yang indah. Perfect!

"So kita jumpa lagi nanti malam. Kita akan berbincang mengenai promotional video resort ini pula. Saya harap encik dapat datang." Kata Afif lagi.

"Saya berbesar hati dapat menyertai encik malam ni." kata Faris kemudian mereka berjabat tangan dan mengambil haluan masing-masing. Faris melihat Afif berjalan bersama personal asisstantnya yang dibawa bersama.

"Kenapa aku tak ambil personal assistant ya?" bisik Faris.

Nah...I don't need one anyway.

Faris berjalan ke keretanya untuk memandu ke restoran terdekat. Dah masuk waktu makan tengah hari.

Oh Jasmine!

Faris mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Jasmine. Sejak Jasmine keluar dari hospital inilah rutin hariannya - mengingatkan Jasmine untuk makan. Walau apapun, dia ingin mendapatkan kepercayaan Jasmine semula.

Panggilan diangkat selepas deringan ke tiga.

"Hello." Sapa Jasmine di hujung talian.

"Hello Jasmine. Do you miss me?"

"Ugh. Kau nak apa?" jelas dari nada suara Jasmine, Jasmine annoying dengan Faris. Faris ketawa.

"Nak apa? Macam biasalah. It's lunch time. Dah makan ke belum?" soal Faris. Jasmine diam seketika.

"Erm...nak keluar lah ni. Ada kerja sikit lagi ni." kata Jasmine. Hakikatnya memang kalau tak kerana Faris yang telefon, dia akan skip makan tengah hari. Typical Jasmine bila dia khusyuk sangat bekerja.

"Kau masih kat butik kan?" Faris dah agak Jasmine masih kat butik. Dia tahu Jasmine sibuk sempena KL Fashion week minggu depan ni tapi makan kena jaga. Dia tak nak Jasmine jatuh sakit lagi.

"Haah. Tapi aku nak keluar lah ni. Aku kemas meja sekejap." Kata Jasmine.

"Tak apalah. Kau duduk je kat butik tu. Aku hantar delivery." Kemudian Faris mematikan talian tanpa sempat Jasmine membalas.

***

Butik Jasmine

Jasmine melihat skrin telefonnya selepas Faris mematikan talian.

Mamat ni memang sesuka hati je buat keputusan.

Jasmine mengeluh. Dia menyambung kerjanya. Walaupun hari ini hari Sabtu, namun dia masih ada banyak kerja yang belum selesai. Pekerja butiknya juga turut bekerja lebih masa.

"Cik Jasmine, cuba cik tengok baju ni. Ada apa-apa yang perlu ditambah?" soal Ayana. Dia membawa sepasang dress warna violet kearah Jasmine. Mereka semua sedang bekerja di studio, tempat dimana mereka menjahit dan menghasilkan pakaian di butik mereka.

Jasmine melihat dress violet itu. Dress itu adalah antara design-design yang akan diperagakan di KL Fashion week nanti.

"Cuba awak tambah lace kat bahagian sini. Dan adjust bahagian lengan ni pada bell-shaped." Kata Jasmine. Ayana mengangguk faham kemudian dia berjalan ke meja kerjanya semula.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now