-2-

1K 56 0
                                    

Faris meletakkan kotak terakhir yang dipunggah dari lori di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faris meletakkan kotak terakhir yang dipunggah dari lori di ruang tamu. Dia melihat rumah dua tingkat yang lengkap dengan perabot itu. Rumah itu terlalu mewah untuk dia. Dia melihat Wafi yang masih terkial-kial membawa masuk kotak miliknya yang dipunggah dari lori pindah barang tadi.

"Aduh kenapalah aku berlagak nak pindah barang sendiri..." Wafi mengeluh setelah dia meletakkan kotaknya di ruang tamu.

"Wei kau serius ke kita tinggal sini? Punyalah besar rumah ni." Kata Faris.

"Seriuslah. Tak akan kau tak kenal mummy aku. Dia tak akan bagi aku tinggal sendiri unless kau jadi housemate aku sebab..."

"Sebab mummy kau percayakan aku blah blah blah. Ye aku tahu. And thanks for that. I'm gonna stuck with you until you're married. Great." Faris memotong kata-kata Wafi kemudian dia mengangkat kotaknya dan naik ke tingkat dua. Wafi hanya tersengih. Kata-kata Faris ada betulnya. Mummy kesayangannya tu mana nak biar anak bongsu dia ni duduk sendiri. Kalau tak kerana Faris, memang tak merasalah dia nak hidup sendiri. Dia kemudian turut mengangkat kotaknya naik ke tingkat dua.

"Wei aku nak bilik Master!" laung Wafi.

"Tahu!" sahut Faris dari atas.

***

Selesai mengemas apa yang patut di bilik masing-masing mereka duduk di ruang tamu. Tiada apa yang perlu dilakukan sebenarnya memandangkan ibu bapa Wafi sudahpun menghantar pembantu rumah untuk mengemas seluruh isi rumah sehari sebelum mereka berdua pindah masuk rumah itu hari ini. Berialah Faris ambil cuti hari ini mengenangkan dia akan ada banyak kerja untuk dilakukan macam kemas rumah, cuci lantai segala rupanya hanya langkah masuk rumah yang dah siap. Tinggal susun barang-barang kecil je. Haih nak buat macam mana, duduk serumah dengan anak orang berada kan...

"Eh bukan kau kena pergi jumpa family kau ke nanti?" soal Faris. Wafi melihat jam tangannya.

"Aduh malasnya aku nak pergi." Wafi mengeluh sambil menyandar pada sofa empuk di ruang tamu.

"Aish pergilah. Nanti mummy kau bising. Aku tak nak dengar." Faris menghidupkan televisyen.

"Tapi kita belum makan tengah hari lagi. Kalau aku keluar, kau nak makan apa? Makan dengan siapa? Kesian kawan aku ni nanti. Dahlah single, makan sorang-sorang pula. Sedih tahu tak." kata Wafi sambil berpura-pura menangis. Laju tangan Faris membaling bantal kecil di sofa itu tepat mengenai Wafi.

"Kau dah kenapa gila! Dah pergi jumpa mummy kau. Menyampah aku tengok kau." Wafi ketawa lepas dengan respon Faris.

"Hahaha. Yelah yelah. Aku gerak dulu. Oh aku maybe balik lambat. Kau tahulah mummy aku tu kan?" kata Wafi sambil mencapai kunci keretanya dan menyarung sunglass hitam.

"Hmm. Pergilah cepat!" Faris menghalau Wafi keluar. Wafi hanya ketawa. Mereka sudah berkawan dari tahun pertama semasa mereka melanjutkan Ijazah di IIUM dalam bidang Kejuruteraan Sivil. Selalu juga Faris ikut Wafi balik rumah Wafi pada hujung minggu. Yelah nak balik rumah sendiri, jauh. Masa tu tak ada kereta lagi. Itu yang mummy si Wafi tu kenal sangat dengan Faris. Wafi pula anak bongsu orang. Ha makin terlebih sayanglah mummy daddy si Wafi tu pada Wafi.

'Oh nak telefon ummi lah.'

Faris mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor ibunya.

"Assalamualaikum, ummi...."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now