-22-

525 31 2
                                    

20 tahun yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

20 tahun yang lalu

PRANG!

Bunyi benda pecah mengejutkan Jasmine daripada tidur. Dia yang berumur 6 tahun waktu itu mengintai ke ruang tamu dari celahan pintu biliknya yang terbuka sedikit.

"Awak dah gila ke apa? Nanti anak-anak bangunlah." Encik Daud memarahi Puan Lutfah yang sedang marah.

Jasmine melihat ke lantai, bersepah kaca pasu. Mungkin pasu itu yang ibunya baling ke lantai. Walaupun ibu bapanya cuba sorok, Jasmine tahu yang hampir setiap malam mereka berdua bergaduh. Lagi-lagi selepas bapanya diberhentikan kerja bulan lalu.

"Biar! Biar dia bangun. Lagi-lagi si Hani. Biar dia tahu yang dia dah musnahkan hidup saya!" tegang urat leher Puan Lutfah bila menyebut nama pangilan Jasmine.

Padanya kelahiran Jasmine adalah satu kesilapan yang memusnahkan seluruh hidup dan kariernya. Dia dulu seorang model yang berjaya dan berkahwin dengan Daud atas dasar suka sama suka. Perkahwinan mereka dirahsiakan atas persetujuan mereka berdua. Dan bila satu hari dia pengsan di tempat pengambaran, berita tentang dia mengandung menjadi isu hangat. Pelbagai cerita buruk tentangnya tersebar sekaligus kariernya musnah. Sebab itu sejak Jasmine lahir, tidak pernah sekali pun dia menganggap Jasmine seperti anaknya. Daud sahaja yang begitu sayang akan Jasmine.

"Apa awak merepek ni? Hani tidak ada kaitan dengan semua ni." En Daud duduk di sofa. Penat bertegang urat dengan isterinya ini.

"Dia penyebab saya, kita semua hidup susah merempat macam ni. DIA TU ANAK SIAL!"

Pang!

Encik Daud menampar Puan Lutfah.

"Awak jangan nak melampau sangat ya!" Encik Daud memberi amaran.

Puan Lutfah menahan geram. Dia masih memegang pipinya.

"Lepaskan saya. Ceraikan saya." Kata Puan Lutfah.

"Baik. Memang itu yang saya nak buat pun. Lutfah binti Mat Sudin, aku ceraikan kau." Encik Daud melafazkan cerai.

"Sekarang kau berambus dari rumah aku!" marah Puan Lutfah kemudian dia masuk ke biliknya dan menghempas pintu bilik.

Jasmine menjadi saksi apa yang berlaku malam itu. Encik Daud duduk di sofa. Perlahan Jasmine mendekati bapanya.

"Ayah...ayah nak pergi dah ke?" Jasmine memegang tangan bapanya. Encik Daud menarik Jasmine dalam pelukannya. Dia mengusap kepala anaknya ini.

"Maafkan ayah Hani." Encik Daud menangis.

"Hani nak ikut ayah." Kata Jasmine saat Encik Daud meleraikan pelukannya. Encik Daud diam berfikir.

"Hani dengar cakap ayah. Hani tak boleh ikut ayah sekarang. Tapi nanti. Ayah akan datang semula ambil Hani. Masa tu Hani boleh ikut ayah. Janji dengan ayah, Hani akan tunggu ayah. Boleh?" air mata Jasmine mula berderai mendengar kata-kata ayahnya.

"Hani boleh janji tak dengan ayah ni?" soal Encik Daud lagi. Jasmine mengesat air matanya dan mengangguk. Dia mengeluarkan jari kelingkingnya.

"Janji ayah akan ambil Hani semula ok?" Encik Daud mengangguk dan menautkan jari kelingkingnya di jari kecil Jasmine.

Dan malam itu juga Encik Daud meninggalkan rumah itu dan juga Jasmine. Sejak ketiadaan bapanya, Jasmine makin teruk didera oleh Puan Lutfah. Hampir semua kerja rumah dipaksa Jasmine buat. Jasmine dilayan seperti hamba oleh ibunya sendiri. Ibunya begitu memanjakan adiknya, Yana. Semuanya Yana. Yang cantik Yana, yang buruk dirinya.

"Kau ni memang betullah satu kesilapan. Kau ni tak patut wujud tahu tak?"

"Hidup tahu menyusahkan orang je."

"Kalau sehari kau tak buat masalah tak boleh ke?"

"Anak sulung? Oh Yana. Yeah, she's still beautiful like always."

"Aku tak ada anak hodoh macam kau. Pergi sana."

***

"Akak bangun!" suara Yana mengejutkan dia dari tidur buat dia tersedar dari mimpinya. Dia mimpikan kejadian malam itu.

"Akak mimpi apa ni sampai meracau-racau?" soal Yana. Jasmine memandang Yana. Terus dia teringatkan Puan Lutfah. Tiba-tiba datang rasa marah dan bencinya pada Puan Lutfah. Wanita itu punca dia kembali dihantui memori hitam zaman kanak-kanaknya yang dia ingin lupakan.

"Kau dari mana? Malam macam ni baru balik?!" soal Jasmine dengan nada yang agak tinggi. Dia memandang jam dinding sekilas. Menghampiri jam 9 malam. Tadi petang sekitar jam 6 dia balik, Yana tiada di rumah. Dia menunggu Yana pulang sampai dia tertidur di sofa kepenatan.

"Yana keluar dengan kawanlah kak." Jawab Yana selamba.

"Habis tu tak reti nak bagitahu? Telefon kau mana? Orang call tak angkat." Suara Jasmine tidak tinggi namun Yana tahu Jasmine sedang marah. Yana diam.

"Kau tahu tak, sebab kau tak angkat telefon, perempuan tu call aku cari kau." Sambung Jasmine.

Melihat Yana buat dia teringatkan Puan Lutfah. Dan itu membuatkan marahnya makin meluap-luap.

"Siapa call? Ibu...ke?" takut-takut Yana menyebut. Dia tahu hubungan Jasmine dan Puan Lutfah tidak berapa baik tapi pada dia, tidaklah teruk sangat sampai Jasmine nak marah-marah dia macam ni.

Jasmine is so irrational right now. Desis Yana.

"Siapa lagi. Mak kesayangan kau lah." Jasmine memerli. Yana berdesing dengan perlian Yana.

"Yang akak nak perli-perli Yana ni kenapa? Tak boleh nak tanya elok-elok ke?" Yana menjawab.

"Akak, walau buruk macam mana pun, dia masih mak Yana, mak akak juga." Sambung Yana. Jasmine senyum sinis.

"Mak? Aku tak ada mak. Perempuan tu tak pernah sekali pun mengaku aku anak dia. Jadi mana mungkin aku nak mengaku yang dia tu mak aku." kata Jasmine.

"Akak ni oversensitive lah. Lupakan jelah benda yang lepas. Tak ada gunanya akak berdendam dengan mak. This is nonsense lah kak." Yana berkata selamba. Dia duduk di sofa memeluk bantal. Jasmine menggigil menahan marah.

"Nonsense? Oh sekarang ni kau nak cakap aku berdendam dengan mak ni tak berasaslah. Hey kau dengar sini ya. Perempuan tu dah musnahkan hidup aku. Aku tak akan maafkan dia. Dan kau. Kalau kau tak tahu apa-apa tentang aku, baik kau diam. You know nothing about me yet act like you're an angel here. Brat!"

Kemudian Jasmine mencapai kunci keretanya dan dia memandu keluar meninggalkan Yana di rumah sendirian.

Apa masalah dia ni? Tetiba je nak emo....

Yana menggeleng kepala. Pada dia, Jasmine overdramatic tentang semua benda.

Ah baik aku telefon ibu.

Yana mendail nombor Puan Lutfah.

Yana mendail nombor Puan Lutfah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now