-15-

632 42 0
                                    

Jasmine mencapai beg kerjanya dan planner hitam di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jasmine mencapai beg kerjanya dan planner hitam di atas meja. Dia melihat jam tangannya sekilas. Jam menunjukkan 8.55 pagi.

"Akak nak pergi mana? Tak sarapan dulu ke?" soal Yana saat dia melihat Jasmine di ruang tamu. Tuala masih di kepalanya menandakan dia baru selesai mandi. Jasmine menoleh.

"Akak dah sarapan awal dari Yana tau. Yana tu yang bangun lambat." Sempat Jasmine perli Yana. Yana hanya tersengih.

"Akak!" Yana menarik tangan Jasmine. Jasmine berhenti.

"Apa lagi Nur Liyana Amirah bt Daud...." Jasmine mencekak pinggang.

"Erm Yana nak keluar dengan kawan nanti. Ada kawan Yana datang sini...."

"Jadi Yana nak duit?" Jasmine memotong. Perlahan Yana mengangguk. Jasmine senyum dan membuka purse nya. Dia mengeluarkan not RM100 dua keping.

"Nah ambil ni. Kalau tak cukup call akak." Jasmine menghulurkan duit itu pada Yana. Yana senyum lebar, gembira.

"Thanks akak!" dia memeluk Jasmine erat. Jasmine ketawa kecil.

Pin! Pin!

"Oh akak kena pergi. If you need anything just call me later okay?" kata Jasmine sebelum dia melangkah ke pintu dan menyarung sandal. Yana menghantar Jasmine sehingga ke pintu. Dia melihat Jasmine berjalan ke pagar. Ada sebuah kereta menanti di pagar.

Kenapa macam familiar je kereta tu? Desis Yana.

Yana masih memerhati pergerakan Jasmine sehinggalah ada seorang lelaki keluar dari kereta dan membuka pintu di tempat penumpang untuk Jasmine. Matanya membulat terkejut.

WAFI?!

Yana terus memerhati sehinggalah kereta Wafi hilang dari pandangan.

Wafi dengan akak? Seriouslah...

"Cik Yana dah sarapan belum?" soalan Mak Uda buat Yana berhenti berfikir soal Jasmine dan Wafi.

"Oh ya. Yana nak pergi sarapan lah ni."

***

Faris membuka matanya perlahan kerana cahaya matahari yang menceroboh masuk ke dalam biliknya. Dengan mata yang separuh terbuka, dia meraba mencari telefon bimbitnya. Dia melihat jam di telefonnya - 12.30 pm. Dia duduk di katilnya, masih mamai. Malam semalam dia tidak dapat tidur kerana terlalu banyak perkara yang berlegar di mindanya. Sekitar selepas solat subuh baru dia dapat tidur.

Damn those useless running thought

Walaupun dia tidak tahu apa yang menyebabkan otaknya tak boleh nak berhenti berfikir, tapi ada satu perkara yang dia tak dapat lupakan. Mimpi yang dia dapat malam tadi.

Ya mimpi tu.

***

Faris sedang lena tidur di katil bila ada satu suara lunak memanggil namanya.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now