-17-

533 40 0
                                    

TOK! TOK!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TOK! TOK!

Pintu bilik Jasmine diketuk.

"Masuk!" Jasmine mengeluarkan arahan namun dia tidak bangun dari kerusinya. Mata dan tangannya masih fokus pada lakaran yang sedang dibuat. Sementara idea tengah datang, baik buat serta merta. Dia masih tidak mengangkat muka walaupun terasa ada seseorang di sisinya.

"Maaf ganggu Cik Jasmine buat kerja." Mendengar suara Mak Uda, terus Jasmine meletakkan pensilnya dan mengangkat mukanya, memandang Mak Uda. Jarang Mak Uda masuk ke bilik kerjanya kalau bukan selain masa makan. Dan waktu sekarang masih awal untuk makan malam.

"Kenapa Mak Uda? Ada emergency ke?"

Mak Uda menggeleng.

"Mak Uda minta maaf sebab terpaksa susahkan Cik. Tapi nampaknya cik busy. Tak apalah." Baru Mak Uda mahu melangkah keluar, Jasmine menghalang.

"Cakap je apa dia Mak Uda. Jasmine dah siap dah kerja ni. Colouring tu nanti malam Jasmine sambung."

"Erm kalau macam tu... tolong hantar Mak Uda ke Mall M sekejap. Mak Uda nak masak makan malam."

"Ok. Oh barang rumah kita dah habis ek?" soal Jasmine sambil tangannya mengemas meja kerjanya.

"Belum lagi tapi Mak Uda nak beli beberapa barang yang tak ada. Malam ni nak masak special sikit." Terang Mak Uda.

"Kenapa? Hadi nak balik ke?" soal Jasmine. Mak Uda senyum lebar.

"Oh patutlah. Jom cepat pergi, cepat balik. Lepas tu Mak Uda ada banyak masa untuk masak sedap-sedap." Jasmine senyum. Jelas dia pun gembira bila mendengar berita Hadi nak balik.

"Mak Uda nak masak apa ni untuk Hadi?" sambung Jasmine.

Mereka berdua berbual sampailah mereka berdua sampai ke kereta Jasmine.

Hadi anak tunggal Mak Uda yang kini sedang belajar di UiTM dalam bidang pengurusan. Sesekali Hadi akan balik ke rumah ini, melawat ibunya dan juga Jasmine. Bila cuti semester pun memang di sini, di rumah Jasmine lah tempat dia tinggal. Dia dan Mak Uda mana ada tempat lain lagi selain di rumah Jasmine.

***

3 tahun yang lalu

Hujan lebat malam itu dan angin kencang bertiup menambahkan lagi kedinginan malam.

"Mak, pakailah baju ni. Hadi tak apa sejuk. Hadi kuat." Hadi memberikan baju sejuknya kepada ibunya, Pn Salmah.

"Hadi, mak minta maaf. Mak tak kerja cukup kuat sampai kita akhirnya kena halau dari rumah." Pn Salmah menahan tangis. Hadi senyum.

"Tak apalah mak. Ini ujian untuk kita. Mana tahu Allah nak hantar malaikat untuk tolong kita nanti." Pn Salmah memeluk Hadi.

Mereka berdua kini hanya berteduh di kaki lima dari hujan dan kegelapan malam. Sejak kematian suami lima tahun yang lalu, dia dan Hadi hilang punca. Walaupun dia bekerja dan dia hanya ada Hadi seorang yang perlu ditanggung, ada masa kesihatan dirinya menjadi penghalang dirinya untuk bekerja. Ditambah lagi dengan krisis ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi buat hidup mereka berdua semakin sempit.

"Mak, lepas ni Hadi akan cari kerja. Tak naklah Hadi masuk U. Nanti susah mak kena cari duit lagi." Hadi memeluk ibunya. Pn Salmah hanya diam.

"TOLONG! TOLONG!!!" Suara perempuan menjerit mengalihkan perhatian mereka berdua. Dari kejauhan Hadi nampak ada seorang lelaki sedang berlari dan dikejar oleh seorang perempuan di belakang. Dengan taekwando black belt yang dia ada, dia mematikan langkah lelaki itu. Jatuh tersembam lelaki itu. Hadi mengunci pergerakan lelaki itu sehinggalah perempuan itu sampai.

"Ini beg adik ke?" Pn Salmah menghulurkan tas tangan yang diragut oleh lelaki tadi kepada perepmpuan itu. Dia menyambut.

"Terima kasih sebab tolong saya." Perempuan itu kemudiannya mengeluarkan telefonnya dan menelefon polis. Tidak lama kemudian, polis sampai dan mereka semua ke balai.

Selesai urusan di balai, mereka bertiga keluar.

"Terima kasih sekali lagi sebab tolong saya. Marilah saya hantar makcik dan adik balik." Kata perempuan itu.

Pn Salmah dan Hadi terdiam. Mereka memandang tanah.

"Makcik?" perempuan itu memanggil Pn Salmah lagi selepas tiada respon yang dia terima daripada Puan Salmah. Pn Salmah menahan air matanya dari jatuh.

"Kami....kami tak ada tempat tinggal. Kami baru kena halau." Kata Hadi bagi pihak ibunya. Perempuan muda itu terdiam.

"Tak apalah kak. Kami jalan dulu. Mungkin kami akan stay di masjid je nanti. Jom mak." Hadi menarik tangan Pn Salmah untuk pergi.

"Tunggu!" perempuan itu memanggil dan dia mendapatkan Hadi dan Pn Salmah. Mereka berdua berhenti.

"Untuk malam ni, makcik dengan anak makcik boleh stay kat tempat saya. Dah malam sangat ni dan saya tak rasa masih ada masjid yang masih buka." Kata perempuan itu. Mata Hadi bersinar. Dia gembira.

"Ok saya setuju." Itu kata Hadi namun laju Puan Salmah memukul lengan Hadi.

"Tak apa lah dik. Nanti kami susahkan adik pula." Kata Puan Salmah. Hadi mengeluh.

"Mak, untuk malam ini, boleh tak kita terima je pelawaan akak ni? Kata akak tu betul apa. Mana ada masjid yang still buka waktu macam ni." Perempuan itu ketawa melihat gelagat Hadi dan Puan Salmah.

"Betul. Lagipun saya duduk sendiri. Tak ada yang menyusahkan pun. Jom kita balik." Perempuan itu senyum. Mereka bertiga kemudiannya berjalan masuk ke kereta. Hadi duduk di tempat duduk penumpang.

"By the way, apa nama akak?" soal Hadi.

"Jasmine."

***

"Hadi! Kenapa tercegat kat pintu pagar tu lagi? Ke nak akak yang bukakan pintu pagar untuk Hadi, baru Hadi nak masuk?" Jasmine sudah bercekak pinggang di tepi pagar yang dibukanya.

Hadi yang tersedar dari memorinya tadi melihat Jasmine di depan matanya. Dia senyum.

"Hehe sorry sorry."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now