-19-

581 36 0
                                    

3 tahun lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 tahun lepas

Hadi membersih laman rumah Jasmine manakala Puan Salmah sedang memasak di dapur. Jasmine pula sedang melakar idea tentang tema majlis perkahwinan salah seorang klien dia di ruang tamu. Termasuk hari ini, sudah hampir seminggu Hadi dan Puan Salmah tinggal di rumah Jasmine. Hadi cuba juga mencari keja namun masih belum ada yang panggil. Jasmine pula berkata selagimana Hadi tidak dapat kerja dan tidak jumpa rumah sewa, selagi itu jugalah Jasmine tidak benarkan mereka berdua keluar dari rumah itu.

"Cik Jasmine..." panggil Puan Salmah.

"Apa ni Mak Uda. Saya panggil Mak Uda, Mak Uda seperti yang Mak Uda nak. Tapi kenapa masih panggil saya Cik Jasmine? Panggil Jasmine je lah. Hmm?" Jasmine memandang Puan Salmah. Puan Salmah menggeleng.

"Tak nak. Cik Jasmine tolong kami besar sangat dah ni. Biarlah Mak Uda panggil Cik Jasmine macam ni. Kurang sikit rasa bersalah Mak Uda." Terang Mak Uda.

"Yelah yelah." Jasmine mengalah. Puan Salmah senyum.

"Jom Cik Jasmine, makan tengah hari dah siap." Kata Puan Salmah. Jasmine mengangguk. Baru dia mahu bangun, tiba-tiba pandangannya gelap. Dia hampir jatuh namun sempat tangannya menahan badannya dari jatuh dengan berpaut pada kepala sofa.

"Cik Jasmine! Cik okay ke ni?" Puan Salmah risau. Jasmine mengangguk.

"Benda biasa ni. Tak apa." Kata Jasmine kemudian dia berjalan ke dapur.

"Mak! Kak Jasmine mana?" soal Hadi. Dia mengelap peluh yang mengalir di dahi.

"Kat dapur. Mak risaulah Hadi." Keluh Puan Salmah.

"Risau? Dengan siapa?"

"Jasmine. Masuk hari ni, dah banyak kali mak nampak Jasmine macam nak pengsan. Dia ada sakit apa-apa ke?" luah Puan Salmah. Hadi menjongket bahunya.

Ding! Dong!

Loceng rumah dibunyikan kemudian laju Jasmine melangkah keluar bersama mug berisi air masak.

"Saya pergi buka pintu. Mak Uda dengan Hadi pergilah makan dulu. Nanti saya join." Kata Jasmine kemudian meletakkan mug airnya di meja kopi di ruang tamu dan terus berjalan ke pintu.

Hadi terasa tidak sedap hati tiba-tiba dan secara senyap dia mengintai Jasmine dari dalam.

Jasmine membuka pintu pagar dan seorang wanita sebaya Mak Uda berdiri di situ. Melihat wanita itu, terus wajahnya bertukar pucat. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya ini.

"Tengok reaksi kau berubah maknanya kau masih ingat aku. Baguslah." Kata wanita itu.

"Ibu..."

"I'm not your mother. Oh panasnya kat luar ni. Kau tak nak pelawa aku masuk ke?" Wanita itu menyambung. Jasmine terus mempersilakan wanita itu masuk. Wanita itu berjalan masuk dan terus duduk di ruang tamu. Jasmine mengikutnya dari belakang. Wanita itu melihat sekeliling rumah Jasmine.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now