-24-

502 36 0
                                    

Faris meregangkan badannya dan memandang ke arah jam dinding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faris meregangkan badannya dan memandang ke arah jam dinding. 9.00 pagi. Faris duduk di katilnya dan meraup mukanya. Dia tidur semula selepas subuh tadi sebab hari ini dia ambil cuti. Wafi sudah lama pergi ke tempat kerja. Faris turun dari katil dan membersihkan dirinya.

Selesai mandi, dia menyarung sehelai tshirt dan seluar track. Bersama tuala tersangkut di leher, dia berjalan masuk ke dapur dan membuka peti, mengeluarkan sekotak susu. Itulah sarapannya untuk pagi ini.

Faris berjalan pula ke luar rumah, cadangnya untuk bersenam. Dan serentak saat dia membuka pintu grill, pintu grill rumah Jasmine turut di buka.

Lambat juga dia pergi kerja.

Desis Faris. Biasanya sebelum jam 8 pagi lagi memang kedengaran kereta Jasmine keluar dari garaj. Namun nampaknya hari ini Jasmine lambat. Terbangun lewat mungkin. Dia mengerling kearah Jasmine yang kelihatan bersusah payah untuk mengunci pintu grill. Dia memerhati langkah Jasmine yang kelihatan tak beraps stabil.

Kenapa dengan dia?

***

Jasmine memegang kepalanya yang berdenyut dengan sangat kuat. Entah kenapa sejak pagi tadi, badannya terasa begitu lemah. Kepalanya sakit. Itu yang dia masuk lambat sikit ke butik. Namun dia harus ke butik hari ini. Masih ada kerja yang perlu dia buat. Yana pula dari jam 8 tadi sudah keluar bersama rakannya.

Jasmine berjalan ke keretanya dengan terhuyung-hayang. Dia meletakkan tangannya pada pintu kereta untuk mencari sokongan. Kepalanya begitu sakit sekarang. Tiba-tiba semuanya gelap. Dia tahu badannya jatuh namun dia tiada daya untuk terus berdiri.

"Hani!"

Daniel?

***

Faris terus membawa Jasmine ke hospital. Badan Jasmine panas dan itu membuatkan dia risau. Faris tunggu di luar sementara Jasmine mendapatkan rawatan. Beberapa ketika berlalu, doktor keluar dari tirai. Tirai dibuka. Jasmine terbaring di katil dengan suntikan IV di tangannya. Jasmine kelihatan pucat dan lemah.

"Encik yang bawa cik Jasmine ke sini?" soal doktor wanita itu.

"Ya saya." Jawab Faris. Namun dia pelik juga macam mana doktor ni tahu nama Jasmine?

"Saya Doktor Aini, doktor personal Cik Jasmine." Doktor Aini perkenalkan diri.

Oh patutlah dia tahu.

"Jadi kenapa Hani...I mean, Jasmine. Kenapa Jasmine pengsan?" soal Faris.

"Mengikut pemeriksaan saya, Cik Jasmine pengsan kerana tekanan darah rendah dan juga overstressed. Ada apa-apa ke yang mengganggu Cik Jasmine ke akhir-akhir ini?" Doktor Aini menyoal.

"Saya tak tahulah pula yang itu doktor. Saya ni cuma jiran dia je. Ni pun kebetulan saya keluar dan nampak dia pengsan." Terang Faris.

"Oh. Hmm macam mana ya. Saya tak akan ulas lebih-lebih tentang Cik Jasmine, tapi saya harap encik dapat sampaikan pesanan ini pada Cik Jasmine bila dia sedar nanti."

***

Faris duduk di sisi katil Jasmine. Dia memandang Jasmine yang terbaring lemah di katil.

Tolong bagitahu Cik Jasmine, supaya dia menjaga pemakanan dan diet harian dia. Minta dia juga supaya buat sesuatu untuk kurangkan tekanan. Dan bagitahu dia, kalau simptom-simptom itu datang semula, minta dia segera datang jumpa saya.

Simptom apa doktor?

Dia tahu apa yang saya maksudkan.

"Tapi aku tak tahu dan aku nak tahu." mata Faris masih tidak lepas daripada memandang Jasmine.

Faris menguis helaian rambut yang berada di wajah mulus Jasmine.

"Are you suffering that bad, Hani?"

"Are you suffering that bad, Hani?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now