-34-

637 51 3
                                    

Jasmine duduk di pangkin luar, mengambil angin malam selepas selesai jamuan kenduri akad nikah tadi. Sebaik selesai akad nikah di masjid, semua orang masjid dan tetamu dijemput untuk jamuan makan di rumah keluarga Maria.

Ring! Ring! Ring!

Nama Mak Uda naik di skrin telefon Jasmine. Laju Jasmine mengangkat.

"Assalamualaikum Mak Uda. Mak Uda sihat?" sapa Jasmine sebaik talian bersambung.

"Sihat Alhamdulillah. Cik Jasmine kat mana ni? Masih kat butik? Mak Uda dapat cerita dari Hadi, lately Cik Jasmine selalu stay up kat butik."

"Ish Hadi ni tak boleh nak simpan rahsialah! Tu minggu lepas je lah masa saya busy. Lepas ni saya tak stay lama-lama dah kat butik. Saya janji." Mak Uda ketawa di hujung talian.

Oh I miss her laugh...

"Habis tu cik Jasmine kat mana ni?"

"Oh saya kat kampung Maria. Mak Uda kenalkan? Anak buah saya tu."

"Ohhh budak tu. Kenal. Kenapanya? Dia sakit ke?"

"Eh tak adalah. Dia kahwin hari ni. Baru tadi akad. Eh saya tak bagitahu Mak Uda ek?"

"Mana ada kamu cerita. Ini pun bercerita sebab Mak Uda yang telefon. Kalau tak, sampai sudah tak telefon Mak Uda."

"Ops! Sorry Mak Uda..."

Mereka berbual panjang malam itu. Hampir satu jam mereka berbual barulah talian dimatikan. Jasmine kembali merenung gelap malam.

"Tak takut ke duduk sorang-sorang kat sini?" soalan Faris yang tiba-tiba buat Jasmine terkejut. Tajam Jasmine menjeling. Melihat Faris seperti ingin duduk di pangkin itu, Jasmine segera bangun.

"Kau nak pergi mana?" soal Faris.

"Nak masuklah. Tu pelamin tak siap hias lagi." jawab Jasmine. Baru Jasmine mahu melangkah, tangannya ditarik oleh Faris.

"Wait. Kau tak makan lagi kan?" soal Faris. Jasmine diam.

Baru dia teringat. Sejak dia sampai sini petang tadi, sehinggalah sekarang, belum ada makanan yang masuk ke dalam perutnya. Hanya air. Tadi sewaktu orang duduk makan jamuan, dia sibuk menolong di dapur, akhirnya dia sendiri belum makan.

"Ikut aku." Faris menarik tangan Jasmine menuju ke arah dapur. Namun Jasmine menarik tangannya kembali. Mereka berhenti di depan tangga rumah.

"Nanti aku makanlah lepas aku siapkan pelamin tu." Jasmine mula rasa annoying dengan Faris yang selalu jaga makan minum dia ni.

"Kalau aku biar, sampai esok pagi pun belum tentu kau makan. Jom aku bawa kau pergi ambil makanan." Faris cuba meraih tangan Jasmine semula namun Jasmine mengelak dan setapak dia menjauh dari Faris.

"LEAVE ME ALONE!" nada suara Jasmine meninggi. Faris terkejut.

"Kau kenapa? Aku cuma ajak kau makan je. Tu pun kau nak marah ke?" soal Faris. Dia masih menjaga nada suaranya saat ini.

Apa masalah dia ni? desis Faris.

Jasmine mengenggam tangannya erat. Dia tak tahulah apa yang merasuk dirinya saat ini atau mungkin PMS a.k.a. period syndrome yang menjadi punca tapi apa yang pasti dia rasa nak melepas kemarahannya pada Faris.

"Ya. Aku rasa annoying dengan kau yang balik-balik remind aku untuk makan. Rimas tahu tak! Aku tahulah bila masa aku nak makan, bila masa aku tak nak makan. It's my body afterall. Not yours. I know how to take care of my body." Jasmine marah.

Boy Next Door [DROPPED]Where stories live. Discover now