TIYARA dan Ikhwan ditilik atas bawah selepas mendengar laporan mereka tentang temubual bersama Indra semalam. Jari jemarinya naik memicit pelipis sendiri. Kemudian, wanita itu mengeluh panjang. Cermin mata yang tersemat di wajah tadi, dibuka dan diletakkan di atas meja pejabatnya.
Mata hitam itu jelas menunjukkan dia tidak puas hati dengan pelaksanaan tugas mereka berdua. Pada dia, kedua budak praktikal itu telah gagal segagalnya.
"Saya dah cuba call Lisa semalam untuk tanya berkenaan temubual tu. Banyak kali. Tapi dia tak angkat. End up kami clueless nak kena buat apa, miss. Sorry, miss." Perlahan suara Tiyara meniti di bibir, berlaku jujur tentang apa yang terjadi semalam.
Tiyara dan Ikhwan kedua-duanya tunduk memandang kasut masing-masing bak pesalah yang sedang dihukum. Tak sanggup membalas tatapan tajam Miss Sally.
"Awak jangan nak salahkan orang lain." Miss Sally menghela nafasnya berat.
"Entahlah... Saya speechless. Susah-susah saya dapatkan Encik Indra untuk majalah kita, macam tu aje awak lepaskan peluang? Setakat maklumat banyak ni, apa aje yang kita boleh sajikan dalam majalah?" Nada suaranya mendatar.
Diam-diam tangan Tiyara mengepal penumbuk. Geram. Kerana secara logiknya bukan salah mereka seratus peratus. Untung jadi Lisa, tidak dipersalahkan dalam hal ini. Mana entah perempuan itu pergi? Mungkin sedang lena di atas katil empuk. Walhal dia dan Ikhwan perlu menanggung segalanya di sini.
Kalau Tiyara tak fikirkan yang dirinya adalah cuma pelajar praktikal di situ, dah lama dia sembur Miss Sally. Risau kalau dia meluahkan isi hati sendiri nanti ada yang dipecat serta merta. Automatik dia perlu repeat semester. Minta dijauhkanlah, memandangkan Tiyara pun sedang menghitung hari untuk tamatkan latihan praktikal di kompeni itu.
Ok... Mungkin ada sesetengah orang akan cakap yang mereka tak pandai buat kerja. Tapi bila difikirkan kembali, itulah tujuan mereka perlu melengkapkan latihan praktikal. Supaya penyelia dapat mengajar mereka tentang dunia pekerjaan sebenar. Pelajar praktikal seperti mereka sangat mengharapkan tunjuk ajar.
Nak luah banyak-banyak pun tak guna kalau sekadar berperang dalam hati, Tiyara. Tak ada siapa yang kesah. Tak ada siapa yang mampu baca hati kau. Tapi tak adil untuk salahkan Tiyara dan Ikhwan sahaja. Habis nasib mereka siapa yang nak bela?
"I don't care apa cara awak berdua nak buat. Yang saya tahu, awak berdua pujuk dia balik dan buat proper interview. Saya nak dia ada dalam majalah kita untuk next issue." Miss Sally sambung lagi bila anak buahnya itu diam seribu bahasa. Dia minta Tiyara dan Ikhwan bertanggungjawab atas kesilapan yang telah mereka lakukan.
"Tapi, miss... Tak boleh ke kalau..."
"Tak ada tapi-tapi. Dismiss," selar Miss Sally, tidak mahu mendengar sebarang alasan daripada dua orang anak didikannya itu.
Belum habis kata, awal-awal sudah dihalau pergi.
Longlai langkah Tiyara dan Ikhwan menapak keluar dari bilik pejabat Miss Sally. Mereka dah tak nampak jalan lain selain daripada berjumpa dengan Encik Indra semula. Dan merayu. Tak pasal-pasal kerja yang asalnya milik Lisa sudah menjadi tanggungjawab mereka berdua.
"Tiya... Aku minta maaf sangat-sangat, weh. Kalau aku tak sibuk ambil gambar semalam, tak jadi macam ni gamaknya." Daripada semalam sampai ke hari ni, sudah tak terkira jumlah ucapan maaf yang ditutur Ikhwan. Sungguh dia rasa bersalah, merasakan diri dia adalah punca semuanya berlaku. Langsung tidak berniat untuk hancurkan temubual semalam.
YOU ARE READING
MASIH ENGKAU | OG
Acak𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 | 𝐎𝐧𝐠𝐨𝐢𝐧𝐠 "Sudi tak kau peluk aku sampai hujung nyawa?" -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧𝐬𝐡𝐚𝐡 "Tak sudi. Mana boleh. Kita bukan mahram, haram." -𝐓𝐢𝐲𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐟𝐞𝐞𝐬𝐚 "Kau jangan buat-buat bengap." -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲�...