SEPERTI hari minggu yang lain, Tiyara kembali ke pejabat. Sudah menjadi rutin harian dia sebagai pelajar praktikal. Ada lagi lima minit sebelum waktu pejabat bermula secara rasmi. Dia jengah ke meja sebelah, Ikhwan sedang ralit dengan telefon pintarnya. Belum dapat kerjalah tu... Seronok dia goyang kaki.
Tiyara dikejutkan dengan bunyi telefonnya yang diset pada mod vibrate. Automatik matanya dijuling ke atas bila melihat nama yang terpampang pada skrin. "Weh, Wan! Lisa call aku. Nak apa pula minah ni?"
Memang pelik. Sebab tak pernah-pernah wanita bernama Lisa itu menelefon dia. Tup tup hari ni muncul nama dia di skrin telefon Tiyara. Demam ke apa?
"Hah? Angkat ajelah," balas si Ikhwan memberi galakan.
Namun, Tiyara menggeleng. Telefon yang bergegar itu hanya dibiarkan dan dipandang sepi di atas meja. Barangkali Lisa tersilap tekan. Nak call orang lain, tapi nama dia yang terkena tempias. Beberapa saat kemudian, telefon pintarnya kembali senyap. Tiyara menghela nafas lega.
Lisa, lagi seorang pelajar praktikal di kompeni majalah itu. Tapi kes dia spesial sikit. Sebab dia anak saudara kepada pengarah syarikat. Automatik darjatnya sedikit diangkat. Boleh nampak betapa pilih kasih layanan mereka bila ada perkara yang melibatkan Lisa. Tiyara dan Ikhwan ni hanya dipandang sebelah mata.
Sebab itulah Tiyara anti sedikit dengan Lisa. Berlagak konon macam dialah yang paling berkuasa antara kami pelajar praktikal ini.
Ketenangannya tidak lama bila telefon pintarnya kembali bergetar. Lagi sekali nama itu tertulis di skrin. Kalau dah telefon untuk kali kedua, pasti ada perkara penting yang ingin diberitahu. Ikon hijau digesek ke tepi dengan malas.
"Helo. Hmmm, ada apa kau call?" Awal pagi dah ganggu mood orang.
"Helo, Tiya..." Panjang lenggoknya memanggil nama Tiyara.
"Aku nak minta tolong ni. Sepatutnya aku kena interview Encik Indra. Miss Sally yang suruh. Tapi aku demam. Boleh tak kau yang pergi bagi pihak aku? Uhuk! Uhuk!" Kemudian, di hujung ayat dia batuk berkali-kali. Untuk tampak lebih realistik bahawa dirinya memang sedang demam.
Tiyara jauhkan corong telefon daripada telinganya. Perempuan ni kalau nak batuk pun jauhlah sikit daripada telefon. Ternyata, masin mulut Tiyara. Memang betul Si Lisa ni demam. Tak hairanlah kenapa dia tiba-tiba telefon Tiyara.
"Siapa Encik Indra? Bila?" Ringan mulut Tiyara untuk bertanya. Sambil-sambil tu matanya melilau melihat kerjanya yang bersusun di atas meja. Tak terlalu banyak tapi makan masa juga untuk diselesaikan.
"Haah, Encik Indra. MMA fighter yang datang ofis hari tulah. Interviewnya hari ni. Hehe. Bolehlah, eh? Aku dapat mc dua hari. Tolong aku tau, Tiyara. Thank you!" Kata demam, tapi suaranya ceria semacam.
Membulat matanya tatkala menerima berita itu. Kejutan jenis apakah ini?
"Hari ni?! Eh, Lisa! Mana boleh macam tu. Aku ada kerja yang..."
Tut... Tut... Tut...
Belum sempat Tiyara menghabiskan ayat, Lisa terlebih dulu sudah mematikan talian. Dasar tak kenang dek untung. Sudahlah meminta pertolongan daripada orang. Boleh pula dia main matikan panggilan macam tu aje?
"Hello? Lisa? Hello?!" bicara yang sia-sia daripada pihak Tiyara.
Erghhh! Tiyara merengus geram. Tangannya dikepal kuat-kuat. Kalaulah dia punya kuasa untuk tumbuk Si Lisa tu, dah lama dia buat. Ikhwan ditenung dengan muka berkerut seribu, menahan marah punya pasal.
YOU ARE READING
MASIH ENGKAU | OG
Random𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 | 𝐎𝐧𝐠𝐨𝐢𝐧𝐠 "Sudi tak kau peluk aku sampai hujung nyawa?" -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧𝐬𝐡𝐚𝐡 "Tak sudi. Mana boleh. Kita bukan mahram, haram." -𝐓𝐢𝐲𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐟𝐞𝐞𝐬𝐚 "Kau jangan buat-buat bengap." -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲�...