INDRA berjalan menuju ke tempat di mana Emir berdiri. Tadi, semasa Emir menghantar satu pesanan ringkas kepada abangnya, dia turut berjalan melilau di kawasan itu. Sambil mencari kelibat abangnya. Tup tup matanya terperasan yang abangnya sedang berkomunikasi dengan maskot panda.
Perbuatan Indra pada malam itu menimbulkan tanda tanya pada Emir. Dia buat muka pelik macam baru lepas nampak Indra bersembang seorang diri.
"Ai, along. Kau borak dengan siapa?"
Namun, tidak berjawab. Lelaki itu hanya menonong menghayun kaki ke kereta, berjalan melepasi Emir. Ingatannya melayang pada bayangan Tiyara sedang menangis beberapa hari lepas. Tiba-tiba sahaja muncul di benak fikirannya.
Hai... Tak pernah-pernah dia buat perempuan menangis dalam sejarah hidup dia. Perempuan itu yang cengeng sangat atau dia yang cakap main lepas?
Ah! Hari tu dia bertindak terlalu mengikut emosi. Budak praktikal itu cuma jalankan tugas dia. Mengingatkan kembali kata-kata Nana, mungkin Tiyara betul-betul mahu dan perlukan pekerjaan itu.
Ah, Indra... Mengaku sajalah sebenarnya kau rasa bersalah pada perempuan itu. Hadir sedikit penyesalan dalam hatinya.
"Oi, aku tanya ni. Kau sembang dengan siapa tadi?" Dia ulang semula soalan yang tidak dihiraukan pertama kali tadi.
"Kawan." Sepatah jawapannya. Dia meloloskan diri ke dalam kereta di tempat duduk penumpang.
"Baru berapa kali kau datang sini tiba-tiba dapat kawan baru?" tanya Emir sembari menghidupkan enjin kereta. Sedikit sinis nada suaranya, seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Indra.
Tidak membuang masa, dia menggerakkan kereta membelah jalan raya.
"Hari tu masa aku kejar penyamun, aku terlanggar dia. So, aku jumpa dia balik untuk minta maaf. Puas hati?" Indra terangkan siap-siap supaya tiada lagi soalan yang keluar dari mulut murai Emir. Busybody betul.
Emir di sebelah mengangguk-angguk, mengerti. Perkembangan yang baik untuk Indra.
"Perempuan ke lelaki?" Kali ini soalan Emir lebih kepada mahu mengusik.
"Tak payah sibuk nak tahu."
"Eleh! Kawan ke makwe?"
"Nampak muka aku ni macam ada masa ke nak cari makwe?" Cukup dengan jelingan tajam daripada mata Indra, dia berjaya menutup mulut Emir yang tidak putus-putus menanya soalan.
Malam sudah semakin larut. Manusia di dataran juga sudah beransur pulang. Langit kosong tanpa seri bintang, macam ada tanda-tanda nak hujan. Nana berjalan menuju ke satu gazebo yang menempatkan barang-barangnya selepas selesai kerja.
"Siapa?" Syasya yang entah bila berdiri di sebelah Nana, terus melemparkan soalan. Makcik bawang dah sampai.
"Siapa apa?" Tangan Nana sibuk membuka baju maskot.
Lengan Nana disenggol sekali sampai dia hilang keseimbangan. Mujur dia sempat berpaut pada tiang gazebo. "Yang borak dengan kau tadi la. Ingat aku tak nampak?"
Tajam betul mata perempuan ini. Nampak saja apa yang dilakukan Nana. Nana hanya menggeleng. Malas nak melayan.
"Oh... Ada skandal dengan MMA fighter tak bagitahu aku pun. Pandai berahsia. Sampai hati kau," sambungnya bila tiada respon daripada Nana.
Kalau tadi Syasya senyum mengusik, sekarang dia menjuih bibir pula. Konon nak merajuk.
"Mana kau tahu dia MMA fighter? Sejak bila kau layan benda-benda macam tu?" Berkerut dahi licin Nana mendengar kenyataan Syasya.
YOU ARE READING
MASIH ENGKAU | OG
Random𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 | 𝐎𝐧𝐠𝐨𝐢𝐧𝐠 "Sudi tak kau peluk aku sampai hujung nyawa?" -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧𝐬𝐡𝐚𝐡 "Tak sudi. Mana boleh. Kita bukan mahram, haram." -𝐓𝐢𝐲𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐟𝐞𝐞𝐬𝐚 "Kau jangan buat-buat bengap." -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲�...