TATKALA Tuan Malik dan Puan Hanim sibuk menyambut kehadiran tetamu, Tiyara masih sibuk menguruskan hidangan untuk mereka. Satu demi satu hidangan yang disediakan disusun elok di atas meja. Siapa sangka bahawa tetamu akan sampai seawal ini? Walhal waktu mula majlis yang sebenar-benarnya adalah pada pukul lapan sebentar lagi.
Jam di dinding dikerling sekejap. Fuh, waktu maghrib pun dah nak habis. "Mak Da, kalau ada sesiapa cari saya, cakap yang saya pergi solat maghrib dulu, ya?" pesan Tiyara kepada Mak Da.
Selepas Mak Da, kini giliran Tiyara pula untuk menunaikan solat. Sibuk di dapur sehingga baru mempunyai kesempatan untuk solat. Mak Da angguk tanda menerima pesanan gadis itu. Penuh hati-hati tangan tua itu menatang dulang berisi lauk ke depan.
Usai menunaikan solat, gadis itu segera ke dapur. Nak tengok apa lagi yang boleh dia tolong. Sedang Tiyara berjalan menuju ke dapur, ada seseorang menyentuh lembut bahunya. Lantas dia berpaling ke belakang dan nampak Puan Hanim tersenyum manis pada dia. Hampir sahaja dia buka bunga silat tadi kerana terkejut memikirkan ada tangan asing yang menyentuhnya.
"Tiyara, tolong panggilkan Indra boleh? Ada kawan saya nak jumpa dengan dia."
"Boleh, puan." Tiyara senyum sembari membiarkan susuk wanita itu hilang dari pandangannya.
Haih... Terlepas satu keluhan kecil dari bibirnya. Besar sangat ke rumah ni sampai manusia sebesar Tuan Indra pun boleh hilang daripada radar. Kepalanya mula tertoleh ke kiri dan ke kanan demi menyelesaikan tugas yang diberi Puan Hanim. Tuan Indra ni pun satulah... Waktu majlis begini dia nak main nyorok-nyorok pula. Tak kuasa dia nak mencari.
Tidak lama selepas dia mencari, bayangan Indra ditemui di laman rumah yang sedikit tersembunyi daripada pandangan orang. Niatnya cuma satu, ingin memanggil Indra. Tiyara segerakan langkah ke tempat Indra melabuhkan duduk.
Namun... Tuan Indra tidak keseorangan. Mulalah perangai makcik bawang Tiyara menjalankan misinya untuk mencuri dengar perbualan mereka. Dinding menjadi tempat dia berselindung daripada kelihatan.
"Hai, Indra. Kenapa you duduk sini sorang-sorang? I mean... You should join them. For sure they want to know your well being after a very long time, kan?"
Tiyara menjeling tajam wanita itu dari jauh. Kalau lah dia boleh jolok anak tekak Fiqah sekarang, pasti dia buat. Sakit betul hati bila dengar perempuan tu tergedik-gedik cara percakapannya. Melenggok lain macam. Cakap macam orang normal tak boleh ke?
"Siapa suruh kau duduk?" Indra menyoal dingin seraya berdiri. Tidak ada sekelumit keinginan langsung untuk duduk dekat dengan wanita itu.
Fiqa melangut memandang Indra di sebelah. "I tetamu you kut hari ni. Takkan nak duduk pun tak boleh?"
"No, kau salah. Bukan aku yang jemput aku datang sini tapi parents aku. So, I got nothing to do with you. Minta parents aku yang layan kau."
"Yes. Itu maksudnya apa? Your mom and dad nak kita bersatu semula." Kedua jari telunjuk kiri dan kanannya disatukan. "Dan sejujurnya, I takkan sia-siakan benda tu, Indra. Kita kahwin balik and be happy macam dulu."
Indra senyum sinis dan menggeleng perlahan. Macam mana bekas isterinya itu boleh buat kesimpulan sebegitu rupa? Kalau ya pun mummy dan daddy menginginkan dia dan Fiqa kembali bersama, dia sanggup menjadi manusia berkepala batu. Sekeras-kerasnya menolak perkara itu daripada berlaku.
"Kau tak geli ke nak jilat balik ludah kau? Cukuplah tu berangan. Wake up." Intonasi suara Indra jelas mengejek. Dia hanya meludahkan fakta. Dirinya sendiri ialah insan yang pernah dibuang oleh Fiqa suatu masa dulu. Biar Fiqa sedar akan kedudukannya dan tahu semua ini terjadi angkara dia.

YOU ARE READING
MASIH ENGKAU | OG
De Todo𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 | 𝐎𝐧𝐠𝐨𝐢𝐧𝐠 "Sudi tak kau peluk aku sampai hujung nyawa?" -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧𝐬𝐡𝐚𝐡 "Tak sudi. Mana boleh. Kita bukan mahram, haram." -𝐓𝐢𝐲𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐟𝐞𝐞𝐬𝐚 "Kau jangan buat-buat bengap." -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲�...