M E | 2 1

93 12 3
                                    

TUAN Malik berdeham sekali. Dia yang diam sambil bersandar di kerusi sedari tadi mula mencondongkan tubuhnya ke hadapan. Kemudian, kepala ditoleh memandang isterinya di sebelah. Bila jumpa anak terunanya ini, mulut itu banyak benar hendak diluahkan.

Setelah sekian lama dia memerhati, baru sekarang ini suara garaunya kedengaran. "Dah settle dah bercakap bahagian kamu, Hanim? Kalau dah, abang pula nak sambung."

Indra teguk air sehingga kosong cawan. Awal-awal dia sudah membasahkan tekak, bersiap sedia untuk menjawab soalan Tuan Malik. Bila Tuan Malik membuat keputusan untuk bercakap, Indra sudah dapat agak topik yang bakal dibangkitkan.

"Bila nak masuk ofis?" Bibir Indra terjungkit sebelah. Kan betul... Sama dengan soalan yang bermain dalam otaknya sekarang.

"Indra belum ready lagi, daddy."

Soalan sama. Dan tiap kali itu skema jawapan Indra juga sama. Skema jawapan yang tidak diterima ayahnya. Sebab itu dia selalu rasa, daddy tak faham Indra...

Dia selesa dengan kedudukannya sekarang. Bekerja dari rumah. Jauh daripada orang ramai. Hanya berkurung di dalam bilik pejabatnya.

Tuan Malik menghasilkan gelak sinis. Dia dah penat untuk mendengar alasan sama daripada mulut anak lelakinya itu. Kalau tidak mahu menyambung legasinya di syaritkat, untuk apa dia hantar Indra belajar tinggi-tinggi?

Hanya untuk jadi orang pengecut?

"Tiyara, tolong kemas rumah dua." Sengaja Indra mencipta alasan untuk menghantar gadis itu pergi. Mujur Tiyara tidak banyak celoteh dan hanya menurut.

Cepat sahaja Tiyara bersetuju. Dia beranggapan bahawa itu merupakan satu cue supaya dia pergi. Adalah itu hal penting yang perlu dibincangkan. Tak perlu untuk dia menyibuk cucuk hidung sama. Dia pun sudah mula tidak selesa untuk berlama-lama di situ. Cuma tunggu masa sesuai supaya dia boleh melangkah pergi.

"Sampai bila kamu nak buat perangai macam ni? Meeting pun kamu balun nak buat di sini. Ikut kepala kamu? Klien ni orang penting Indra... Jangan sampai dia orang lari. Kamu jangan main-main," kata-kata yang barusan keluar dari bibir Tuan Malik ada tegasnya walaupun lagaknya nampak tenang.

Ingat bila dah besar panjang, bolehlah dia harapkan anak sulungnya ini. Malah sebaliknya. Terbit sedikit rasa sesal dan kecewa pada hati seorang bapa.

"Please, daddy. Bagi Indra masa."

"Berapa lama lagi? Daddy ni bukannya muda lagi." Sungguh Tuan Malik bergantung harap pada Indra.

"Dalam dua tiga tahun lagi. Bagi masa untuk Indra stabilkan semula mental dan fizikal. Indra nak biar Indra dah betul-betul ready."

Tangan tua Puan Hanim menyentuh lengan suaminya. Berusaha untuk menenangkan sedikit bara di dalam hati Tuan Malik. Dia tahu suaminya sudah mula penat untuk menguruskan syarikat. Tambah pula ingin memujuk hati Indra yang begitu liat memberi kerjasama.

Dia sendiri sudah tidak tahu mahu pujuk bagaimana lagi.

"Dah, abang. Mari, kita balik. Anak kita busy tu banyak kerja." Puan Hanim mengajak suaminya pulang. Kalau dibiarkan perbualan ini terus berlangsung, nanti ada adegan meninggi suara.

Puan Hanim mengangkat punggung dari tempat duduknya. "Dah. Mummy dan daddy balik dulu. Jangan lupa datang majlis minggu depan. Bawa Tiyara sekali."

Tuan Malik sudah lebih laju keluar dari rumah itu menuju ke kereta, meninggalkan isterinya di belakang.

"Indra, hantar mummy ke luar." Indra ingin berdiri sebelum tubuhnya kembali terduduk dek tolakan lembut Puan Hanim pada bahunya.

MASIH ENGKAU | OGWhere stories live. Discover now