M E | 1 4

103 12 4
                                    

TIYARA melihat sekeliling rumah dua. Senyap dan sunyi. Dalam pejabat pun tiada orang. Tapi... Kalau ada Tuan Indra pun belum tentu ruang ni akan bising. Dia berbicara sendiri. Kali terakhir dia nampak Indra adalah selepas makan tadi. Dia mendaki tangga naik ke tingkat atas. Mungkin berehat di bilik sendiri.

Sekarang sudah hampir pukul tiga. Fikirnya, dia sudah lambat untuk masuk semula kerja selepas makan tengah hari tadi. Rupa-rupanya bos lagi lambat. Sebagai pekerja yang berdedikasi, tidaklah pula Tiyara mengeluh. Lebih baik dia sambung kerja di bilik bacaan.

Sementara berjalan ke bilik bacaan, sesekali tangan Tiyara naik menyentuh peralatan-peralatan gim yang berada di dalam rumah dua. Yang Tiyara sendiri tidak tahu fungsi untuk setiap satu peralatan tersebut. Hatinya meronta-ronta ingin mencuba. Tapi silap gaya karang ada yang rosak harta milik orang.

Kaki Tiyara kembali jejak ke dalam bilik bacaan tadi. Rasa serabut pula bila tengok fail-fail dan kertas-kertas yang bertaburan di atas meja kerja itu. Gegas dia menyambung kerja yang tadinya tertunggak. Lagu dimainkan melalui corong telefon. Cuma kali ini dia lebih berhati-hati dengan pemilihan lagunya. Dan tak ada dah dia nak berjoget macam tadi. Taubat!

Dua jam kemudian, helaian kertas yang terakhir dia masukkan ke dalam fail. Juga sudah siap disemak, takut kalau ada yang dia tersilap dan terlepas pandang. Akhirnya, kerja dia selesai. Fail-fail kerja Indra pun dia sudah siap susun semula ke dalam rak buku. Tiyara menggeliat, membetulkan segala urat saraf setelah lama duduk setempat.

Dia berdiri lalu menjenguk ke pejabat Indra melalui tingkap jernih. Kosong. Aik! Takkan dari tadi tak masuk-masuk lagi? Dia mengambil keputusan untuk berjalan sekitar rumah dua. Sambil mencari kelibat majikannya.

Sampai di pintu utama rumah dua, dia dengar suara manusia sedang bercakap. Kepalanya dijengah keluar. Ada Indra sedang bercakap dengan telefon sambil...

Merokok.

"Design hari tu tak ok ke?" soal Indra kepada manusia di hujung talian. Dia mengeluh seraya menghembus keluar kepulan-kepulan asap daripada bibir dan hidung. Kakinya tidak duduk diam. Sekejap berjalan ke kiri, sekejap melangkah ke kanan.

Daripada segi gaya, nampak macam perokok sejati. Sekali imbas, dah serupa naga. Tiyara tergelak kecil. Sesuailah pun dengan raut wajah Tuan Indra yang selalu serius dan garang.

Sukar untuk dia percaya kerana bibir merah milik Indra tidak menampakkan seperti dia seorang perokok pun. Sekurang-kurangnya bukan itu tanggapan Tiyara sewaktu pertama kali berjumpa dengan Indra. Mungkin dia pakai produk supaya bibirnya kekal cantik.

Entah apa lagi yang diborakkan mereka. Sekejap-sekejap nampak Indra mengangguk-angguk mengeyakan kata-kata rakan kerjanya di hujung talian. Gadis itu masih lagi setia memerhati.

Ciri-ciri lelaki idaman Tiyara semestinya bukan lelaki yang merokok. Tapi hairan kerana lelaki di hadapannya itu nampak...

Hot?

"Tak apalah. Kalau klien ada masalah, boleh suruh dia orang jumpa aku. Kita bincang sampai klien puas hati," sambung Indra lagi.

"Uhuk! Uhuk!" Tiyara terbatuk, tindakan refleks apabila hidungnya tersedut asap rokok. Busuk! Sudah tak mampu untuk menahan nafas lebih lama. Ini pun dadanya sudah mula terasa sesak. Tangannya mengibas-ngibas di hadapan hidung supaya dia dapat menghirup udara segar. Itulah, yang gatal pergi menghendap Indra tu dah kenapa? Tak kasihan ke pada paru-paru sendiri?

Suara itu membuatkan Indra tertoleh ke arah Tiyara yang sedari tadi berdiri di pintu.

"Ok. Nanti aku bagi location rumah aku." Butang merah di skrin telefon ditekan sekali setelah selesai berbual. Telefon pintarnya diseluk masuk ke dalam seluar.

MASIH ENGKAU | OGWhere stories live. Discover now