M E | 0 9

75 12 0
                                    

SEBAIK sahaja melangkah masuk ke dalam kompeni itu, kakinya terus meluru ke bilik pejabat Miss Sally.

"Weh! Encik Indra datang." Sibuk Ikhwan menyampaikan gosip terhangat untuk hari ini.

Tiyara hanya mengangguk malas. Tak payah repot pada dia pun dia dah tahu. Dia nampak lelaki berjambang itu lalu tadi dengan mata keapla dia sendiri. Tapi hanya dipandang sebelah mata. Lantaklah dia nak datang atau pergi, bukan urusan dia. Sakit hati hari tu masih berbaki.

Tidak berminat dan tak ada mood nak melayan gosip. Monday blues. Sejak dua menjak ni dia jadi tak bersemangat nak bekerja.

"Saya nak teruskan interview hari tu." Ayat pertama yang keluar daripada bibir Indra sebaik sahaja bertemu mata dengan Miss Sally.

"Oh. Kami sangat berbesar hati menerima Encik Indra. Nanti saya akan bincang dengan staf saya," balas Miss Sally. Kecil tapak tangan, nyiru Miss Sally tadahkan. Dia sangat menunggu saat ini.

"No need. Saya nak Tiyara Nafeesa interview saya. Make it today." Anggap sajalah ini cubaan untuk dia menebus kesilapan yang dia lakukan.

Laju Miss Sally mengangguk. Baik dia turutkan sebelum lelaki itu berubah fikiran. Kalau tidak, melepas satu peluang keemasan. Peluang kedua jangan disia-siakan.

Tangan Miss Sally sibuk menaip sesuatu di papan kekunci telefon pintarnya. "Boleh, boleh. Kejap saya bagitahu Tiyara."

Tiyara membuka pesanan ringkas Whatsapp yang baru dihantar oleh Miss Sally.

Saya nak awak ikut Encik Indra. Interview dia. Nanti saya hantar list soalan yang perlu ditanya.

Spontan Tiyara terjerit kecil. Apa ni? Tak nak! Cukuplah hari tu dia kena marah dengan Encik Indra yang tak ada perasaan belas kasihan.

"Bawa kamera. Ikut aku," arah Indra senada.

Terhinjut bahunya saat mendengar suara garau lelaki itu. Tak cukup jadi MMA fighter, dia nak jadi ahli silap mata pulak ke? Sejak bila dia muncul belakang aku ni? Tup tup ada.

Tiyara termangu-mangu di tempat duduknya. Membuat isyarat mata kepada Ikhwan dan sesiapa sahaja yang berada di situ. Help! Mayday, mayday! Kenapa dia kena ikut bapak singa ni? Sudahlah berjambang. Hah, memang sesuai sangat dipanggil singa.

Sempat Tiyara mengerling ke pintu bilik Miss Sally. Ternyata wanita itu hanya membiarkan Tiyara diperlakukan seperti itu. Siap buat isyarat mata supaya Tiyara hanya menurut. Sekarang ni aku praktikal bawah syarikat majalah atau bawah lelaki ni?

Barang-barang penting dicapai dan lekas membuntuti Indra.

"Errr... Encik, nak bawa saya ke mana ni?" Terkedek-kedek langkahnya cuba menyaingi langkah Indra. Dahlah hari ni dia pakai baju kurung. Tak kena time betullah nak bawa aku lari pun.

Diam. Tak ada jawapan.

Bisu ke apa dia ni? Ada mulut tapi tak reti nak bercakap. Tahu nak marah aje. Tiyara bermonolog sendiri. Wajahnya menyeringai tak puas hati.

Jari Indra menekan butang lif anak panah ke bawah. Matanya fokus melihat pintu lif yang tidak terbuka-buka dari tadi. Entah apa yang ditenung.

Sempat lagi kalau aku nak lari ni, fikir Tiyara.

"Saya tak tahu apa niat, encik. Kalau encik nak culik saya macam mana? Lagipun sekarang ni masih office hour. Banyak lagi kerja yang saya kena settlekan."

MASIH ENGKAU | OGWhere stories live. Discover now