M E | 1 8

98 13 3
                                    

"LEPAS siapkan kerja, jumpa aku dekat rumah dua," kata terakhir Indra sebelum bayangnya hilang dari rumah satu.

Tiyara gagal menghalang mindanya daripada terus memikirkan apa yang berlaku tadi. Tambah pula, dia terus-menerus dihantui arahan menggerunkan daripada Indra selepas makan tengah hari tadi. Waktu itu juga Tiyara rasa darah naik menyerbu wajah.

"Hmmm... Emir, tadi awak cakap Tuan Indra tu duda, kan? Dia tak ada anak ke?" Sementara Emir berada di dapur bersama dia, biarlah dia buat muka tak tahu malu untuk bertanya sikit.

Pili air singki dia tutup. Selama dia berada di sini, tak ada pula dia nampak kelibat anak kecil.

"Nope. Tak sempat saya nak menimang anak buah. Dia orang tu kahwin sekejap aje. Tak sampai setahun pun. Jodoh tak panjang..." terang Emir sedikit. Biarlah gadis itu tahu serba sedikit. Bukan banyak pun dia buka cerita.

Tiyara tersenyum kelat ketika berbalas pandangan dengan Emir. Dia mengangguk faham. Betullah orang kata, setiap orang punya masalah sendiri.

"Kalau Tiyara nak tahu dengan lebih lanjut, bolehlah tanya abang saya sendiri. Okeylah, saya nak naik atas dulu ni," sambung Emir seolah-olah dapat membaca minda Tiyara yang penuh dengan tanda tanya. Emir pun tak berani nak bercerita lebih-lebih.

"Okey, Emir. Saya pun kena jumpa Tuan Indra ni."

"Good luck, Tiyara." Tangan kanannya diangkat separuh dan digenggam erat. Menyalurkan semangat buat Tiyara. Semoga sifat perikemanusiaan masih wujud dalam jiwa abangnya. Indra bukannya kejam.

"Thanks..." ucapnya lirih. Sayu ekor matanya memerhati kelibat Emir yang sedang memanjat tangga.

Gadis itu menghela nafas berat. Alangkah indahnya kalau Emir dapat teman dia menghadap Indra. Berat kaki Tiyara melangkah ke bilik pejabat majikannya di rumah dua. Makin hampir dengan bilik pejabat Indra, makin hatinya rasa tak tenteram.

Melihatkan cara layanan Indra terhadap Fiqa tadi, ternyata sangkaan Tiyara tadi benar-benar meleset. Lelaki itu bukan mahu memenangi hati wanita itu kembali. Tapi mahu mengusir dan memadam sejarah bersama wanita itu daripada hidupnya.

Confirm! Dia memang dah buat satu kesalahan besar. Itu konklusi yang dibuat daripada pihak Tiyara.

Indra duduk bersandar pada kerusinya. Puncak hidungnya dipicit lembut. Indra akui, pada mulanya memang dia berasa marah pada Tiyara kerana senang-lenang membenarkan orang luar masuk ke dalam kawasan rumahnya. Namun, perasaan itu terbang pergi selepas dia menonton rakaman CCTV siang tadi.

Jelas terpapar kejadian di mana Fiqa melanggar bahu Tiyara dan kemudiannya selamba melangkah masuk melepasi pintu pagar rumahnya. Berani-berani Fiqa sentuh pekerjanya. Cukup dia benci kalau pekerjanya diperlakukan begitu.

Ditambah pula rasa bersalah kerana dia bertindak melulu menjadikan Tiyara sebagai mangsa keadaan.

My future wife? Huh!

Apa sebenarnya yang cuba dia buktikan kepada Fiqa daripada kenyataan itu?

Dia hidup bahagia tanpa bekas isterinya? Dia takkan mati tanpa cinta dan kasih sayang wanita itu? Padahal sudah lama dia terap rasa benci pada bekas isterinya itu. Bahkan hidup dia lebih tenang sekarang.

"Apa yang kau merepek tadi, Indra? Hai..." Lelaki itu berseloroh sendiri. Pen di tangan dicampak ke atas meja kerja. Rambutnya diramas kasar sehingga berserabut. Itulah bahananya kalau mulut main cakap lepas tanpa berfikir panjang.

Ketukan di pintu pejabatnya menarik perhatian lelaki berjambang nipis itu. Lekas postur duduknya dibetulkan supaya nampak lebih bersedia. Tetikus di sebelah disambar, baru nampak macam dia sedang sibuk bekerja. Walhal fikirannya tadi jauh merantau ke tempat lain.

MASIH ENGKAU | OGWhere stories live. Discover now