MUNDAR-MANDIR Tiyara berjalan di hadapan katilnya sejak tadi. Entah sudah kali keberapa dia asyik berulang alik dari dua titik tempat itu. Di tangan kanan ada telefon pintar, di tangan kiri pula ada business card Emir yang diberi minggu lepas.
Kejap-kejap dia mengemam business card Emir di bibir. Selang beberapa saat, dia mengetuk-ngetuk dahi sendiri dengan bucu telefon pintarnya pula.
Penat berjalan, dia duduk di birai katil. Hujung kuku jari telunjuknya digigit-gigit. Kalau itu makanan, sudah lumat dikunyah Tiyara. Kemudian, separuh batang tubuhnya dihamparkan di atas katil. Pejam celik memandang siling bilik.
Sedari tadi dia berfikir. Bersungguh-sungguh. Tiyara tak nak buat keputusan terburu-buru.
Kalau dia terima tawaran Emir, sekurang-kurangnya dia dapat duit poket. Boleh digunakan untuk dia membiayai perbelanjaan bagi menyambung pelajarannya di peringkat degree. Tapi kalau terima, itu bermaksud dia kena menghadap perangai dingin Indra.
Papan kekunci diketik satu demi satu, menaip nombor yang tertera pada business card Emir. Tiyara dah fikir masak-masak. Kalau bukan sekarang, mungkin nanti dia akan terlepas peluang untuk bekerja dengan Emir.
Bismillahirrahmanirrahim...
Ikon hijau di skrin telefon ditekan. Penuh tekad. Sambil menunggu nada dering untuk menyambung panggilan, jarinya sibuk menguis-nguis cadar tilam. Berdebar.
"Helo." Suara Emir mula kedengaran di hujung talian.
Diam. Entah kenapa bibir Tiyara seolah-olah djahit rapat. Tiada suara yang dihasilkan. Desah nafasnya juga bagai tertahan.
"Sorry. Salah nombor." Telefon dijauhkan dari telinga. Terus talian itu dimatikan Tiyara.
Emir memandang skrin telefonnya dengan dahi yang berkerut. Pelik. Pemanggil yang telefon, pemanggil juga yang mematikan talian dulu. Siap cakap salah nombor pula tu. Telefon pintar diletakkan kembali ke tepi. Gamaknya ada scammer yang cuba untuk main-main dengan dia.
Tiyara pula sudah mengetuk-ngetuk kepala sendiri. Percubaan pertama tadi gagal sebab diri sendiri yang penakut tak tentu pasal.
Ok. Kali ini serius, Tiyara! Dengan berani dia mendail semula nombor Emir. Lebih tenang dari tadi.
"Assalamualaikum, Emir. Ini saya, Tiyara." Dia memperkenalkan diri sebaik sahaja talian disambung.
Bawah bibirnya diketap rapat. Berdebar menunggu respon daripada Emir.
"Waalaikumussalam. Hai, Tiyara! Ada apa awak call saya?" Dalam hati, Emir mula bersorak gembira. Dia berharap gadis itu bakal membawa satu berita gembira untuk dia.
"Sorry kalau saya mengganggu awak."
Tiyara jeda seketika sebelum menyampaikan hasrat sebenarnya.
"Emir, offer awak hari tu masih dibuka ke?" Segan-silu Tiyara bertanya.
"Of course! Lama saya tunggu berita daripada awak. So, awak berminat ke?"
"Ya... Saya berminat," jawab Tiyara sambil mengangguk perlahan. Tapi suaranya tidak bersungguh-sungguh.
Emir sengih. Yes! Dia bakal bebas daripada abangnya. Tapi...
"Tiyara, saya tak paksa awak. Kalau awak tak nak, tak apa. Saya boleh cari orang lain," tanya Emir, perlukan kepastian. Dia tak naklah memaksa.
Mata Tiyara terbuntang luas. Mana boleh macam tu! Sah-sah ada kerja depan mata, takkan dia nak lepaskan peluang macam tu aje.
YOU ARE READING
MASIH ENGKAU | OG
Diversos𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 | 𝐎𝐧𝐠𝐨𝐢𝐧𝐠 "Sudi tak kau peluk aku sampai hujung nyawa?" -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧𝐬𝐡𝐚𝐡 "Tak sudi. Mana boleh. Kita bukan mahram, haram." -𝐓𝐢𝐲𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐟𝐞𝐞𝐬𝐚 "Kau jangan buat-buat bengap." -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲�...