SABTU malam. Seperti kebiasaannya dataran itu sarat dengan manusia melakukan aktiviti masing-masing. Selepas solat maghrib, Nana ke lokasi kerjanya. Hari ini dia mula kerja lambat sedikit. Ikut mood sendiri. Pakaian maskot panda disarung secara berhati-hati.
"Bagusnya kau ni. Kerja pakai maskot tapi still aurat kau terjaga." Individu satu.
"Tak rimas ke, Nana? Dahlah pakai maskot." Individu dua.
"Aku yang tengok kau kerja ni pun terasa panas." Individu tiga.
Antara kata-kata yang dimadahkan manusia tatkala melihat pakaian dan pekerjaan sambilannya. Nana akan pastikan tudungnya menutup dada. Stokin mesti tak tinggal. Handsock juga dia akan pakai bila perlu. Baru belajar. Kadang-kadang dia culas juga.
Nana jauh daripada sempurna, itu apa yang selalu diingatkan kepada diri sendiri. Supaya dia sentiasa rasa ingin memperbaiki diri sebagai seorang muslimat. Hakikatnya, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Masih banyak kelemahan dia.
Dia pun bukannya kesah sangat. Panas di dalam maskot cuma sekejap. Bukannya tiap-tiap hari dia buat kerja ini. Cuma pada malam hujung minggu. Saja nak mengisi masa lapang sambil mencuci mata. Kut jumpa jodoh.
"Syasya, tolong zipkan baju maskot ni." Syasya bangun daripada duduk dan hanya menurut. Membantu sahabatnya yang ingin mencari rezeki.
"Thanks. Kau tak jadi maskot pula hari ni?" soal Nana kepada Syasya.
Hairan sebab biasanya wanita itu akan turut serta berdiri sebelah dia melayan kanak-kanak. Tapi hari ni dia duduk diam di gazebo.
"Hmmm..."
Sah! Ini memang ada sesuatu yang berlaku. Kasi chance dia layankan kawan baik dia ni sekejap.
"Oi, Syasya. Kau ok tak ni? Sya, kalau kau ada problem boleh cerita dengan aku. Macam tak biasa pulak." Nana melabuhkan duduk di tempat kosong sebelah Syasya. Kepala maskot itu diletakkan di tepi dahulu.
"Ok... Cuma aku senggugut. Lepas tu tadi aku minta Thaqif singgah drive thru McDonald's. Nak beli ais krim. Tapi abang kau tu lupa!" Muka Syasya sudah cemberut, rupa orang nak menangis.
Bila dengar alasan Syasya kenapa dia berkelakuan begitu, Nana pun keliru nak ketawa atau ikut sedih. Dia faham sangat kalau emosi wanita tiba-tiba bercelaru waktu datang bulan.
Abang Thaqif ni pun satulah. Dasar tak pandai jaga teman wanita sendiri. Kejap lagi dia nak bagi ceramah pada abang dia sendiri. Bagaimana cara-cara nak buat perempuan cair meleleh. Bukannya buat air mata perempuan yang meleleh!
"Hai... Ni kau ok tak? Kalau senggugut patutnya tak payah datang tadi. Aku minta abang hantarkan kau balik, eh?" Nana membuat tawaran. Demi kawannya, dia sanggup cari Thaqif.
"Eh, tak apa. Aku nak tengok kau layan budak-budak. Boleh ambil angin malam. Duduk rumah pun bukannya buat apa pun. Bosan." Syasya sengih pula. Errr... Seramnya. Emosi dia berubah sekelip mata, beb!
"Haa... Iyalah kalau kau dah cakap macam tu. Balik nanti kita singgah beli aiskrim, ya?" Nana layankan aje permintaan Si Syasya.
Masa untuk bekerja. Kepala maskot disarung ke atas kepala. Bermulalah misi dia untuk mencari anak-anak kecil.
"Hai, adik!" Tangannya melambai-lambai ke arah anak kecil yang lalu-lalang di kawasan tempat dia berdiri.
✧༺♡༻✧
YOU ARE READING
MASIH ENGKAU | OG
Random𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 | 𝐎𝐧𝐠𝐨𝐢𝐧𝐠 "Sudi tak kau peluk aku sampai hujung nyawa?" -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧𝐬𝐡𝐚𝐡 "Tak sudi. Mana boleh. Kita bukan mahram, haram." -𝐓𝐢𝐲𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐟𝐞𝐞𝐬𝐚 "Kau jangan buat-buat bengap." -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲�...