"TIYARA, kau suka lelaki yang macam mana?" Dia cuba memancing hati Tiyara kembali supaya muka kelat itu bertukar manis.
Spontan mata Tiyara bersinar bila topik lelaki dibangkitkan. Tangannya menongkat dagu bersama wajah nakal yang ditayang. "Kenapa tuan nak tahu? Tuan nak kenalkan saya dengan mana-mana lelaki ke?" Alis keningnya dijongket naik.
"Hmmm... Saya suka lelaki yang kelakar. Tak merokok! Dan paling penting, lelaki yang boleh bimbing saya ke syurga," sambungnya lagi bersama senyuman yang tak lekang di bibir. Membayangkan hidup berumah tangga sudah cukup membuatkan dia rasa bahagia.
Sengaja dia tekankan bahagian merokok itu. Tiyara cukup anti dengan perokok. Bunyi macam klise. Tapi ciri-ciri begitulah yang dia cari pada bakal suaminya nanti.
Indra mendeham sekali. "Aku... Aku tak kelakar?" Hendak tak hendak saja dia bertanya. Mujur masih jelas sebutannya di telinga Tiyara.
"Tuan? Hmmm... Tak. Muka ketat aje memanjang. Mana datang kelakarnya? Tapi kadang-kadang tuan kelakar tanpa mencuba." Nak tunggu Tuan Indra senyum, seumpama menunggu purnama yang datang cuma saban hari.
"Aku dan Emir, siapa lebih kelakar?"
Ah... Hati Indra mengeluh. Kenapalah dia kerap terlanjur memberi soalan taraf budak tadika kepada Tiyara?
Tiyara mula pandang Indra pelik. Soalan jenis apa dia bagi ni? Adakah ini sejenis ujian untuk menguji kesetiaan pekerja pada majikan? "Tuan, tak bolehlah nak dibandingkan dengan Emir. Emir tu saya tengok muka dia pun boleh gelak. Kalau tengok muka tuan, saya nak ketawa pun takut." Dalam pada Tiyara rasa pelik, tetap juga dia beri jawapan terlampau jujur kepada soalan Indra.
Imej gadis itu sedang ketawa memenuhi ruang matanya sedikit sebanyak menimbulkan rasa sakit hati. Daripada segi mana yang dia kurang jika nak dibandingkan dengan Emir? Ego lelakinya yang memuncak mengatakan dia jauh lebih baik.
"Kau ni bab mengutuk aku memang laju." Indra menggumam sendiri.
"Tuan, janganlah risau. Walaupun tuan kurang kelakar, tapi tuan baik." Cepat-cepat Tiyara menyambung kata. Nak ambil hati Indra semula. Tak naklah disebabkan hal ini gajinya dipotong.
"Tak. Aku bukan orang baik. Aku ada kisah hitam sendiri yang kau tak tahu." Cepat dia mencantas. Dia ambil peluang ini untuk membaca reaksi Tiyara.
"Well... Semua orang ada kisah hitam. Kita manusia, bukan malaikat."
Indra menggeleng perlahan. "Huh... Tapi tak semua orang boleh terima kisah hitam kita." Indra sendiri masih sukar terima dirinya sendiri, apatah lagi orang lain.
Tiyara angguk mengeyakan kenyataan Indra. Lumrah kehidupan. Disebabkan satu kisah hitam, habis semua kebaikan terkubur. Nampak tidak adil, tapi itulah yang berlaku pada kebanyakan manusia. Semua bergantung pada diri sendiri, sama ada kita boleh terima sisi baik dan jahat seseorang individu ataupun tidak. Atau kita lebih gemar menutup mata dan fokus pada sisi gelap sahaja.
Sungguh Tiyara rasa dia tidak punya hak untuk menilai sedangkan ada masa dia juga jadi manusia bertopengkan syaitan. Haha.
Jari Indra bermain dengan cawan di atas meja. "Kalau aku cakap aku pernah masuk penjara... Kau percaya?" Matanya berkeliaran memandang sekeliling, kemana-mana yang boleh. Asalkan tidak mendarat pada mata cantik Tiyara. Dia tidak mampu.
Tiyara mengangkat kepala sambal mencari anak mata Indra. Tidaklah dia mahu percaya bulat-bulat. Boleh jadi lelaki ini mereka cerita. "Hah?" soalnya meminta kepastian.
"Oh! Dulu tuan pernah jadi polis ke? Patutlah garang." Tiyara cuba bersangka baik. Mencari yang positif di balik kata-kata lelaki itu.
"I'm being serious here, Tiyara. Kalau aku pernah masuk penjara, kau masih sudi berkawan dengan aku? Masih sudi bekerja dengan aku?"
YOU ARE READING
MASIH ENGKAU | OG
Random𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 | 𝐎𝐧𝐠𝐨𝐢𝐧𝐠 "Sudi tak kau peluk aku sampai hujung nyawa?" -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧𝐬𝐡𝐚𝐡 "Tak sudi. Mana boleh. Kita bukan mahram, haram." -𝐓𝐢𝐲𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐟𝐞𝐞𝐬𝐚 "Kau jangan buat-buat bengap." -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲�...