"WELCOME, Encik Indra. And I guess you are Mr. Emir whom I talk to on the phone." Ceria nada suara Miss Sally tatkala menyambut tetamu.
Perlu dilayan dengan baik kerana bukan mudah bagi dia memujuk supaya Indra bersetuju untuk ditemubual. Berkali-kali pihak majalah cuba berhubung dengan tuan empunya badan selepas kejayaan Indra dalam satu pertandingan MMA tempoh hari. Namanya tiba-tiba mencanak naik membuatkan dia terkenal di mata masyarakat. Menjadi buah mulut masyarakat sejak dua menjak ini.
Disebabkan itu, pihak majalah merasakan ianya peluang yang baik jika dapat menulis serba sedikit tentang jejaka tersebut.
"Ya, saya Emir." Dia senyum sebaris kepada Miss Sally.
"Jemput duduk."
Indra dan Emir duduk di atas kerusi yang tersedia di bilik pejabat Miss Sally setelah dipelawa. Satu fail di tangan Miss Sally dihulurkan kepada Indra. Tapi lelaki itu hanya bersahaja. Masih dalam keadaan bersandar sambil berpeluk tubuh. Lurus memandang beberapa bingkai gambar yang tergantung di dinding bilik pejabat itu. Tiada langsung tanda-tanda dia ingin menerima huluran tersebut.
Bagi mengelakkan suasana kekok itu berterusan, Emir yang menyambut fail di tangan Miss Sally tadi. Sesuai dengan pekerjaannya yang kadang-kadang terpaksa menjadi pembantu peribadi kepada Indra, abang kandungnya sendiri.
Tanpa rela.
"Errr... So, sebenarnya saya jemput encik ke sini atas sebab inilah. Helaian yang saya bagi tu ada senarai soalan-soalan yang berpotensi untuk kami tanya sewaktu interview nanti. Kalau boleh, saya nak encik review dulu soalan-soalan tu. Mana-mana soalan yang encik rasa tak sesuai untuk ditanya, kami akan buang daripada senarai." Panjang lebar penjelasan Miss Sally asbab mereka dijemput ke situ.
Indra menghela nafas berat. "Tak boleh nak emel ke? Sekarang zaman teknologi kut." Indra menggumam sendiri. Cukup perlahan sekadar untuk pendengaran dia sendiri. Jambangnya dielus sekali. Matanya pula menerawang ke setiap pelosok bilik pejabat yang tak berapa nak besar itu.
Tetapi hinggap juga di telinga Emir yang duduk di sebelah. Dia menyiku lengan Indra atas kelancangannya dalam berkata-kata. Abang dia ni kalau dah bercakap memang tak reti nak bertapis.
"Sorry?" tanya Miss Sally yang mendengar hanya sipi-sipi gumaman tersebut. Kutlah tetamunya itu menyuarakan sesuatu yang penting. Dia perlu take note siap-siap.
"Nothing, Miss Sally. Bagi kami masa sekejap untuk baca soalan-soalan ini." Emir kembali memandang Indra di sebelah. Perlu minta pengesahan daripada tuan empunya badan dulu. Tersilap langkah, boleh kena pelangkung dengan mamat sado sebelah dia ni.
Ternyata lelaki itu tidak menunjukkan minat. Sedang mengira detik bila dia boleh pulang ke rumah. Namun, Emir memaksa tangan Indra untuk menerima helaian kertas tersebut. Senarai soalan itu dipandang sekilas lalu.
"Asalkan tiada soalan yang terlalu personal ditanya, saya ok." Ringkas jawapan yang diberi.
Dari tadi dia masuk ke bilik itu, baru sekali ini dia bercakap dengan jelas. Tegas dengan pendiriannya sendiri. Tidak suka kalau kehidupan peribadinya dicanang kepada orang luar. Untuk apa? Mereka tidak berhak tahu.
Terus kertas yang dipegang tadi diletakkan di atas meja kerja di hadapannya. "Ada perkara lain yang perlu dibincangkan lagi ke? Kalau tak ada, saya kira urusan kita dah selesai. Kami gerak dulu."
Lalu dia mengangkat punggung dari tempat dia duduk. Terpinga-pinga Emir menyaksikan aksi selamba badak Indra.
"Sorry, Miss Sally. Kalau ada apa-apa yang perlu dibincang lagi, boleh call saya. Kami berangkat dululah, ya. Terima kasih." Emir pamit pergi dengan sopan-santun.
YOU ARE READING
MASIH ENGKAU | OG
Rastgele𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 | 𝐎𝐧𝐠𝐨𝐢𝐧𝐠 "Sudi tak kau peluk aku sampai hujung nyawa?" -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧𝐬𝐡𝐚𝐡 "Tak sudi. Mana boleh. Kita bukan mahram, haram." -𝐓𝐢𝐲𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐟𝐞𝐞𝐬𝐚 "Kau jangan buat-buat bengap." -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲�...