INDRA menghenyakkan punggung di ruang kosong sebelah Tiyara. "Mana gambar yang kau ambil tadi? Aku nak tengok. Kutlah kau curi-curi ambil gambar aku."
Sampai tahap itu sekali dia tak percaya pada Tiyara. Tapi nak buat macam mana. Dia cukup tak suka jika privasinya diceroboh.
Tiyara mencebik. Semua benda yang dia buat ada saja yang tak kena di mata Indra. Sebuah kamera DSLR dihulur kepada Indra supaya lelaki itu dapat melakukan proses penyemakan.
Terserah apa yang mahu dilakukan lelaki itu, asalkan dia puas hati. Sebagai wakil majalah, dia cuba lakukan yang terbaik untuk memuaskan hati client mereka.
Jujurnya, kerja mengambil gambar bukan kepakaran dia. Kalau nak dibandingkan diri sendiri dengan Ikhwan, memang Ikhwan jauh lebih hebat. Tapi Tiyara guna sajalah kemahiran yang pernah dia belajar dulu. Mujur dia pernah belajar teknik untuk mengendalikan kamera sebelum ini.
Indra mencondongkan sedikit sisi tubuhnya ke arah Tiyara di sebelah. Supaya dia dapat lihat dengan jelas gambar yang ditangkap oleh Tiyara sebentar tadi.
Automatik Tiyara mengesot seinci ke kiri. Lelaki singa ini terlalu dekat dengan dia. Mencacak naik segala bulu roma di kulitnya. Tiyara menjauhkan diri sebelum jantung berdegup lebih laju.
Satu per satu gambar ditunjukkan kepada Indra.
Sempat Tiyara menatap tampang muka Indra yang posisinya begitu dekat dengannya sekarang. Alangkah indah kalau bibir itu menguntum senyum. Ingin juga dia lihat senyuman ikhlas daripada Indra.
"Gambar ni delete," arah Indra. Tatkala Indra mengalihkan pandangan kepada Tiyara, mata mereka berlaga.
Untuk sejenak Tiyara hanyut dalam anak mata hitam Indra. Asyik dia melihat sampai tak sedar Indra sedang bercakap dengan dia.
"Tiyara Nafeesa, kau memang suka tengok orang sambil senyum sorang-sorang macam ni ke?" Nada suara Indra seakan mengusik. Budak ini matanya memang nakal.
Mata Tiyara meluas dek kata-kata Indra. Cepat-cepat dia kalihkan pandangan.
Aku senyum ke tadi? Masha Allah. Kau ni Tiyara, buat kerja tak clean! Dia mengutuk diri sendiri atas keterlanjurannya. Encik Indra ni pun tak payahlah sebut nama panjang dia. Bergetar tulang rusuk. Nasib baik tak sebut dengan nama bapak sekali. Kalau macam tu baik salam tok kadi, nikah terus.
"Errr... Sorry, Encik Indra. Sure! Saya delete sekarang." Tergopoh-gapah jarinya mengetik butang di kamera.
Emir masih lagi setia di tempat duduknya, menjadi pemerhati setia kepada drama dua orang manusia itu. Tengok lama-lama macam cocok pula mereka berdua ni.
"So, kerja saya dah selesai. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dululah Encik Indra dan Encik Emir. Terima kasih banyak-banyak." Tiyara nak cepat-cepat blah dari situ. Tak betah untuk berada di situ untuk seminit lamanya lagi. Malu!
Air minuman di dalam gelas tadi diteguk sampai habis sebelum mengangkat punggung.
"Oi, kau nak balik naik apa? Kau datang dengan aku tadi." Suara garau Indra menyapa telinganya.
Betul juga. Mata Tiyara tak reti duduk diam, memikirkan alasan. "Hmmm... Saya boleh naik teksi atau GrabCar. Kat sini mesti banyak servis dia orang. No problem."
"Pilih. Nak aku atau Emir yang hantar kau balik ofis?" Mata Emir membulat, hairan bila namanya tiba-tiba dilibatkan.
"Tak apa. Saya prefer driver teksi atau GrabCar yang hantar saya balik. Encik Indra tak perlu risau." Tiyara senyum sebaris, berkeras dengan keputusannya. Malas dia nak terhutang budi dengan mana-mana manusia.
YOU ARE READING
MASIH ENGKAU | OG
Losowe𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 | 𝐎𝐧𝐠𝐨𝐢𝐧𝐠 "Sudi tak kau peluk aku sampai hujung nyawa?" -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧𝐬𝐡𝐚𝐡 "Tak sudi. Mana boleh. Kita bukan mahram, haram." -𝐓𝐢𝐲𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐟𝐞𝐞𝐬𝐚 "Kau jangan buat-buat bengap." -𝐈𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐲�...