1 : Bad Amaina

392 19 0
                                    

BAD AMAINA, sebaris nama yang di pegang oleh seorang perempuan berumur 22 tahun. Perwatakan?

so, this story is gonna go wild baby!!!

"Woo!!!" jeritan kuat yang cukup memberi getaran hebat di jantung dan di gegendang telinga, pastinya milik Bad Amaina.

"Wo wo wo wo!!!" sekali lagi dia berteriak.

Di dalam ruangan karaoke, Bad tidaklah bersendirian. Dia ada bersama dengan kawan baiknya.

"Mel!!!" Bad menyeru nama Mel, si anak Dato' yang di anggap sebagai teman baik.

"Yaa!!!" balas Mel, perangai yang sama persis dengan Bad.

Mel Merinda, berlatar belakang keluarga yang cukup kaya. Seorang gadis yang memegang status sebagai anak Dato'; satu gelaran ini selalu menjadi rebutan drama-drama Melayu yang di tayang pada hari Isnin hingga Jumaat pada 7 malam di slot akasia TV3.

we should support local drama, u all >

Lagu bertajuk Pencuri yang di nyanyikan asli oleh Mark Adam menjadi pilihan lagu kepada Bad dan Mel di ruang karaoke.

"Jangan tinggalkan auramuu!" Bad memulai lagunya.

"Di sekelilingku!"

music...

"Ho! One, two, four!!"

Mikrofon di genggam erat. Bad dan Mel saling meletakkan tangan ke bahu sesama mereka. Kiraan satu, dua dan empat, mereka bernyanyi bersama.

"Kan ku curi hatimu wooooahh~"
"Menyamun senyummu~"
"Kan ku culik hatimu wo wo wo~"

Kepala turut di goyang ke kanan dan kiri sesuai dengan rentak lagu. Mereka benar-benar menghayati lagu.

"Yeahh!" seru Mel.

Mereka mulai bernyanyi lagi bersama. Goyangan kepala tidak di lupa. It's better to not ask, they just vibing.

Mak Ti, si pembantu rumah hanya memandang dari luar ruangan karaoke itu. Untunglah ruang karaoke ini tidak kedengaran pekikan dua anak gadis syurga itu.

Janganlah cuba-cuba pula membuka pintu, pasti terdengar suara Bad dan Mel memekik hingga di banglo sebelah.

Mak Ti menggeleng kepala melihat. Dia rasa patut anak gadis berdua itu berjumpa dengan pakar, bahaya kalau lama-lama di biarkan, nanti merebak.

Mak Ti berlalu pergi dari situ, tidaklah sanggup orang tua ini mahu melihat kedua anak gadis itu. Dia mahu menyambung semula pekerjaannya.

***

"Kak, kau ada nampak ke mana anak aku pergi?" tanya Puan Zaleha pada Mak Ti.

Mak Ti senyum. Dia tahu di mana anak bertuah itu pergi, di bilik karaoke letaknya. Tahulah anak itu bermain bersama dengan anak Dato'.

"Ada dekat sana itu ha. Akak ini tak naklah ganggu. Pergilah tengok."

Puan Zaleha menghela nafas panjang. Dia berjalan menuju ke ruang khas karaoke. Belum lagi sampai di pintu dia sudah terdengar suara musik yang cukup kuat seolah sedang memukul-mukul gegendang telinga.

Puan Zaleha mendekati ruang karaoke dan melihat daripada cermin pintu. Ada Bad yang sedang berdiri di atas meja manakala, Mel berada di hadapan televisyen dengan skrin yang besar itu.

Mereka berdua masing-masing memegang mikrofon. Puan Zaleha pandang ke arah skrin televisyen, dia dapat lihat satu lirik lagu yang tampaknya seperti lagu barat.

"They say oh ma gad I see the way you shineee!"

"Ohh~"

"So I say dance for me dance for me dance for me oh oh~"

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now