20 : it's love

109 11 0
                                    

BAD AMAINA berlari menuju ke kamar mandi. Dia mengetuk pintu kamar mandi dengan laju. Wajahnya nampak teruja.

"Malik ! Open this door !" jerit Bad.

Malik yang menggosok gigi itu tersentak dan segera dia membuka pintu kamar mandi. Kening di angkat ke atas menanyakan apa kepada Bad.

"Let's return to Malaysia tomorrow !" teruja sungguh Bad memberitahu.

Malik berkerut dahi, bingung dengan apa yang disampaikan oleh Bad. Kenapa tiba-tiba sahaja mahu pulang ke Malaysia ? Ada apa-apakah yang terjadi ?

Bad pegang tangan Malik, "Please." Bad buat muka comel. Bersungguh benar mahu pulang Malaysia.

Malaysia tempat kelahiran dia. Mungkin rasa rindu yang menyelubungi perasaan Bad yang buatkan Bad mahu pulang. Dia rindu dengan ibu dan ayahnya.

Bad sebenarnya rasa bersalah kerana telah melakukan majlis perkahwinan tanpa adanya kedua orang tua kandung dia yang menonton.

Bad membuat rancangan mahu buat satu lagi majlis perkahwinan yang grand di Malaysia. Tepat dengan tempat kediaman Bad sekeluarga.

"Malik," seru Bad.

Bad masih berusaha untuk memujuk Malik. Bagilah dia pulang. Dia punya plan untuk mereka berdua suami isteri sudah cukup cantik tahu.

"Okay." jawapan yang cukup singkat diberi Malik.

"Yay !" Bad melompat memeluk leher Malik, "Thanks shuben !"

Bad kembali berlari anak menuju keluar bilik. Malik yang terkedu itu dibiarkan sahaja di hadapan mulut pintu kamar mandi. Malik kedipkan mata beberapa kali.

'I should be careful next time. She's dangerous to me,' ucap Malik di dalam hati.

Takut barangkali dirinya tidak dapat mengendalikan perasaan suka yang tengah membuak dalam hati milik Malik Aiser ini.

Malik tersentak. Dia baru teringat dari tadi dia memegang berus giginya dengan mulut yang belum lagi dikumurnya. Malik masuk semula ke dalam kamar mandi.

Bersihkan diri terlebih dahulu. Kemudian, dia akan segera menempah tiket untuk pulang ke Malaysia. Bad sudah tetapkan hari untuk pulang. Esok.

Malik tidak bolehlah berlengah nanti dia sendiri yang menanggung rasa bersalah sebab terlepas hendak booking tiket kapal terbang.

***

"Balik Malaysia ?" terkejut pula Mel dengar Bad mahu pulang.

Mel ada sedikit pelik jugalah sebab jarang-jaranglah Bad terfikir mahu pulang kalau tidak diingatkan atau pun dipaksa.

"Ke engkau ada rancang apa-apa ?" tanya Mel.

Dari awal ketika Bad bercerita Mel sudah syak ada sesuatu yang ganjil. Dia bukannya mahu merendahkan Bad kalau Bad sudah berubah baik tetapi hakikatnya Bad susah hendak berubah sifat serta tingkahnya.

Bad senyum lebar. Tentulah ada. Mana boleh tiada merancang apa-apa.

Mel lihat senyuman di bibir Bad. Ah, dia sudah agak mesti ada yang Bad mahu buat.

"Apa lagi kau ini, Bad ?" tanya Mel.

Pelik dengan perangai kawannya yang tidak berhenti-henti berfikir tentang suatu rancangan yang memberi tekanan kepada orang sekeliling.

Bad tidak membalas pun pertanyaan Mel. Adalah dia mahu lakukan. Itu rahsia yang tidak akan dia beritahu kepada Mel Merinda walaupun Mel itu sahabat baiknya sendiri.

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now