18 : it's okay to love

99 10 0
                                    

BAD AMAINA mengintip dari mulut pintu ke luar balkoni. Malik sedang termenung sambil lengan direhatkan atas pagar kemudian tangan kanan memegang sebuah gelas kaca.

---

"Malik, durumumu anlamalısın.  Benimle evlendikten sonra seni gerçekten seviyorum ama Rehan'ı hala sevdiğime dair kendime yalan söyleyemem!"
(Malik, awak kena faham keadaan saya. Saya memang sayangkan awak selepas sahaja awak kahwin dengan saya tetapi saya tidak boleh tipu diri saya yang saya masih cintakan Rehan !)

Malik diam tidak membalas sepatah pun. Dia tahu akan hal ini namun dirinya tidak boleh berbuat apa-apa. Jujur Malik katakan, dirinya sendiri rindu akan kekasih hatinya yang telah dikahwini oleh Rehan.

"İki arkadaş nasıl bu kadar kaotik olabilir Malik?  Bütün bunlar çılgınca.  Bilmiyorum, çılgın!"
(Macam mana dua sahabat boleh jadi penuh huru-hara begini, Malik ? Ini semua gila. Tahu tidak, gila !)

---

Sejak peristiwa tersebut, arwah isteri Malik sering menyendiri di dalam bilik. Sudah berkali-kali Malik memujuk tetapi hasilnya tetap sama.

Atas alasan penat dan tidak sanggup, si isteri pun menggantung diri di dalam bilik. Pada arwah, itu satu-satunya cara untuk keluarkan diri daripada rasa ketidaktenteramannya.

Malik rasa bersalah dalam masa yang bersamaan kerana hal tersebut. Dia yang bertanggungjawab dalam menjaga si arwah namun apakan dayanya ? Si isteri tetap memilih untuk bunuh diri.

Semua itu berlaku terlalu pantas dan Malik terpaksa menghadapinya walaupun hati pedih dan sangat terguris waktu itu.

Serik dengan perkara kematian, Malik menjadi takut. Bukan bermakna takut pada kematian tetapi takut akan kematian orang yang dia sayangi.

Malik seorang lelaki dan dia akui egonya sedikit tercabar bila dia bersedih. Namun, lumrah manusia memiliki perasaan sedih. Lelaki juga boleh sedih, boleh menangis.

"Malik, Malik, Malik !" panggil Bad.

Sekarang lihat, Bad Amaina menjadi pengganti arwah isterinya. Inilah takdir yang sukar untuk manusia baca.

"üzülme.  Şimdi iyiyim.  Hadi dışarıda yürüyüşe çıkalım.  Hadi gidelim?  Sonuçta evde oturmak sıkıcı."
(Janganlah asyik bersedih-sedih. Saya kan dah sihat sekarang. Marilah kita pergi berjalan-jalan di luar. Jom ? Lagipun duduk rumah ini membosankan)

Niat Bad, dia mahu membawa Malik berkeliling untuk sama-sama tenangkan fikiran.

"I'm not in the mood, Amaina. You can go if you want."

Bad menggeleng laju. Dia tidak mahu keluar jikalau Malik tidak ikut bersama. Point Bad tadi mahu bawa Malik, rugilah Bad keluar sendiri tanpa ajak suami.

"No. You have to go with me too. I'm your wife, remember ? Don't be like this, Malik. I want my sarcastic Malik. Okay ?" Bad tarik pipi Malik memaksanya untuk senyum.

"Come on, Malik." Bad paksa.

Tiada penolakan. Malik terpaksa akur juga kehendak Bad. Anggukan pun dibuat sebagai tanda setuju dari Malik.

"Güzel !  Bir süre hazırlanmaya gittim.  İki saat sonra beni bekle çünkü önce ben giyinmek istiyorum."
(Bagus ! Saya pergi bersiap sekejap. Tunggu saya dalam dua jam sebab saya nak berdandan dulu) Bad cium pipi Malik sekilas.

Malik terkejut. Dia terkedu sebentar.

Perlahan-lahan tangannya naik menyentuh ke pipi yang dicium oleh Bad. Dia tersengih kecil. Cis, main cium-cium pula.

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now